Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Wednesday, May 19, 2004

PROJEK BASAH LAGI

...... dan sambungannya

akhirnya semua bangun dan bersarapan. Semua pergi mandi. Saya jumpa satu kekurangan pada tandas kami. Kami perlu menyediakan tandas untuk orang tinggi. Kesian MatJan, kena tuduh mengendap sebab dia dengan mudahnya boleh jenguk orang sebelah.

Dah cantik bersiap semuanya. Aini, Purbe, Tini, Fadhli, Farihah dan MatJan berbasikal ke Tasik Biru. Kebetulan ada Sukan Air Polis Daerah Jasin di Tasik Biru. Dapatlah mereka tengok sebentar sukan tersebut.

Saya dan Gang Kem menunggu kedatangan peserta GeJu. Mula-mula sampai Sesapa dari Kuantan. Kami juga ramai-ramai mengajar PakLet yang blur dengan penggunaan 'nick'. Lulus juga ujian, dia okay saja bila 'sesapa' memperkenalkan dirinya 'sesapa'. Taklah dia bantai tergelak atau buat muka pelik seperti masa langsat@cekedis datang minggu lepas.

Sekejap lepas tu Wkdin datang dengan Aidil. Dah tukar kereta baru dah ! Anak dah ramai ye, Wak ! Wkdin tengah kerisauan mengenang kereta Azah (HanyaSayang) yang rosak dalam perjalanan. Sibuklah dia menelefon kesana kesini.

Selepas pukul 12 barulah ramai sampai. Tak mahu buang masa, PakLet bagi taklimat perkhemahan dan undang-undang Kem. Kemudian sessi pasang khemah. Ada yang ambil khemah 4-men dan ada yang 6-men. Terpulang kepada saiz masing-masing.

Semasa sessi pasang memasang khemah, peserta yang lain mula sampai. Seperti biasa, kami yang perempuan peluk memeluk bila berjumpa satu sama lain. Rasa macam adik-adik sendiri yang sampai.

Antara yang lambat sampai - Fina & Syazwan yang datang dari Sarawak. Thanks Fina ! Datang dari beribu batu jauhnya ! Fina ajarkan akak betapa bernilainya sebuah persabahatan. Luv ya, girl !

HanyaSayang dan Salina pun dah sampai. Kesian Azah, banyak duit kena keluar nak repair kereta. Tapi kami smeua senang hati sebab Azah dan Salina dah sampai juga akhirnya.

Usai aktiviti pasang khemah, aktiviti di dewan makan pula. Makan-makan. PakHaji dan GangDapur dah siap. Makan sambil bersila sambil bersembang. Ros, Airiz, Abrar dan Dodah pula sampai. Ros bawakan roti canai banyak ! Airiz bawa kek. (sedap kek tu, mintak resepi, boleh Airiz ?). Lepas makan, dessertnya muffins yang UngkuNor bawa - blueberry, chocolate dan plain. Sedap-sedap semuanya. Saya cam biasa, ponteng pantang. Belasah saje apa ada :)


Sudah makan, solat Zohor dan Jama' Asar. Senangkan bermusafir, urusan kita dipermudahkan. Solat di imamkan oleh Dino (cillcrusader).

Pukul 2.30 petang, 'Ice Breaking'. Aktiviti ini di 'handle' oleh Tuan Presiden, Tok Rimau. GeJu dibahagikan kepada 4 kumpulan yang diketuai oleh Fariz(Saljubiru), Poad (Manmoncang), Spyz dan MatJan. Setiap kumpulan diberi tugas menyediakan logo kumpulan, cheers dan kemudian membuat persembahan. Seronok tengok persembahan. Masih tak lupa gelekan Poad dengan lagu 'va va va'nya, lagu Wassini kumpulan Setuju Je yang diketuai Saljubiru, Pok Amai-Amai kumpulan Hand-2 dan lagu Tanya Sama Angin oleh kumpulan MatJan. Masa ni ais-ais telah pecah berderai. Kami telah bergelak ketawa dan kutuk mengutuk mesra gitu. Aduhai, seronoknya ! Saya tersengih-sengih sambil menaip lapuran ini. Masih teringat va-va-va Poad dan lawak kumpulan MatJan dengan 'mike'nya. Rugi siapa tak datang !

Kami juga diberi seorang satu sampul surat yang kami tulis 'nick' dan 'url' blog masing-masing. Ini gesbuk kami. Siapa saja boleh sign dikertas yang tersedia dan masukkan ke dalam sampul. Dan sementara Tuan Presiden sibuk mengendalikan 'ice breaking' untuk anak-anak buahnya, the First Lady - TIN - sibuk memngemas, membasuh pinggan dan cawan yang ditinggalkan oleh anak-anak buah. Wah, part ni tak best la GeJu, kenalah disiplin sikit !

Kami ke aktiviti seterusnya - 'water confidence'. Sebelum tu, peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan : Indon dan Bangla. Wah, macam-macam cara mengapung yang diilhamkan mereka. Mula-mula Bangla terjun kedalam tasik. Pegang tepi jeti. Perlahan-lahan lepaskan diri. MatJan, oleh sebab tinggi, masih berdiri tegak. Selepas dah reti mengapungkan diri, kena pula tidur atas air. MatJan fail, tak jadi ! Yang lain perlahan-lahan berenang ke tengah tasik.

Kumpulan Indon pula terjun. Kiutnya tengok Sabrinamon, Azib, Memel, Arif, Aidi dan Sarahmon. Semua pakai BA (buoyancy aid) saiz kanak-kanak. Dan mereka dengan jayanya mengapungkan diri. Really, selamba ajer Sabrina dan Ariff yang kecil tu. Azib jangan ceritalah, memang pakar. Agaknya dimotivasi oleh GeJu-GeJu kecil tu, MatJan telah berjaya juga mengapungkan diri. Terjerit-jerit dia kepada kami, "dah jadik, dah jadik !" Heheh .. tahniah !

Masih belum puas berendam, tapi perlu ke aktiviti seterusnya - berkayak bagi kumpulan Indon dan untuk Bangla pula berbasikal dan 'flying-fox'.

Cikgu Zul, Dino dan Lenny mengendalikan aktiviti berkayak. Cikgu Zul bawak mereka ke Safari 2 dan seterusnya ke tempat 'bird watching' dihujung tasik. Bukan musim burung pindah, dapat tengok burung tempatan sahajalah.

Cica, Iha dan PakMan dekat 'flying-fox'. Saya menyibuk juga tengok mereka terjun. Wah, ctzie dan Ana suka terjun rupanya. Orang buat sekali, mereka 2 kali. Fajar mulanya tak mahu terjun, duduk bawah pokok sorang-sorang. Akhirnya terjun juga bila lihat UngkuNor dan anak-anak terjun. Ungku tak lepas naik 'staging'. Terpaksalah Cica naik dan PakMan turun untuk membantu dia. Akhirnya terjun juga.

Yang pergi berbasikal, pergi bersama Kaliong.

Lepas habis aktiviti masing-masing, bertukar pula aktiviti. Bangla pula berkayak. Di jeti belakang, ada aktiviti berendam oleh anak-anak kecil, bapa-bapa mereka dan budak-tembamz.

Petang yang seronok !

Didapur, Pak Haji & gang sedang menyalakan api untuk BBQ malam ni.

Berjemaah Maghrib dan Jama' Isya'. Imamnya Dino.

Berbarbeque pula kami. Saya beli ikan fresh dari tasik 9 ekor, ingatkan ramai tak makan ikan air tawar. Rupa-rupanya itu yang jadi pilihan. Maaf kepada yang tak dapat makan ikan. Lain kali, akak beli banyak-banyak untuk adik-adik semua. Sambal udang pula malam tu, pedas tahap dewa-dewa, bak kata budak-budak Kem. Api sampai keluar dari telinga. Heheh ..

Selesai makan malam, Tin macam biasa, berkemas dan mencuci segala pinggan dan mug yang ditinggalkan oleh peserta yang pemalas dan tidak bertanggungjawab. Shila sampai suruh akak beritahu sebab kesiankan Tin yang tak henti-henti bekerja. Dia pun nak enjoy jugak. Dia tak komplen pun, akak yang tak suka tengok keadaan tu. Thanks Tin, tolong kami jaga kebersihan :)

Aktiviti malam ni, Forum yang berpanelkan Poad, MatJan, Tok Rimau dan Kak G. Kami membincangkan hala tuju GengJurnal. Tak nak cerita lagi pasal ni, sebab dah tulis semalam. Semua orang yang berada dalam Anjung Kasih sayangkan 'Geng Jurnal' dan mahu ikatan ini kekal. Dengan pentadbir yang baik dan ahli yang 'supportive' (puas fikir apa perkataan ni dalam BM), GeJu akan berjaya. Thanks to 'u know who u are' yang beri akak maklumat penting pasal GeJu. Saya suka dengan cara tadbir Tok Rimau yang tak mementingkan diri. Macam-macam dia sponsor hari tu, tapi dia tak sebut pun. Dan kita juga patut berbangga sebab kita semua pandai memilih Ketua.

Selesai berforum, aktiviti 'nite walk' pulak.

Balik dari 'nite walk' ada yang tidak tidur lagi. Sembang-sembang lagi di Anjung Kasih. Ada yang upload gambar ke notebook Wkdin. Nettbiru anjurkan pertandingan Digital Fotografi. Sibuklah masing-masing ambil gambar.

Esoknya, menghabiskan aktiviti 'flying-fox'. Ada satu kumpulan lagi belum terjun. Habis 'flying-fox' ada aktiviti 'war game'. 'War Game' ni selalu kami buat untuk program 'team building'. Boleh release tension.

Kumpulan Indon, Jenderalnya ialah Jenderal Tok Rimau. Jenderal Sesapa, ketua kumpulan Bangla. Senjata, satu kumpulan 45 biji telur. PakLet menerangkan undang-undang permainan. Paling penting, jangan baling referee, PakLet. Jika PakLet kena, perang tamat serta merta :)

Kami beramai-ramai ke tapak perang. Setiap kumpulan diberi masa untuk atur strategi. Siapa yang terkena telur dan nampak dada, mati. Dahsyat tengok Rudy Bluehikari, Attokz, Ismail, Yaabna, Abrar, Fariz dan Hafiz. Macam boye ! Gadis-gadis GeJu pun tak kurang hebat gak. Comel saje Farihah ambil harta rebutan dengan kakinya. Brutal minah tu, hempap si-Amir anak UngkuNor. Bayangkan kalau Amir yang hempap Farihah, mahu kita ramai-ramai kena korek Farihah ! Gurau jer, tapi kenangan 'war game' tu sungguh best. Lagi sekali, rugi sapa tak pergi !

Keputusan akhir, 2-1. Bangla menang ! Berbakat sungguh, Bangla. Wkdin, MatJan dan Purbe mesti mati dulu. Tiap kali main, mereka nilah yang terkorban dulu. PakLet pening tengok 'orang-orang mati' yang kacau permainan. Tak berdisiplin 'orang-orang mati' ni. 'Orang mati' yang paling banyak bagi arahan ialah WkDin. Sampai sakit-sakit pinggang dia bermain. Kejap-kejap PakLet kena berhentikan permaianan dan jerit, "orang mati pi masuk kubur !". Heheh ! Seronoknya, seronoknya !

Habis main, sessi ambil gambar. Dengan muka yang berceloreng dan berlumpur, semua ambil gambar. Anda boleh lihat gambar-gambar dengan klik di link Geng Jurnal, atas kiri, bawah gambar Projek Basah di blog saya ni. Ada link kat sana ke Fotopages GeJu-GeJu. Ada gambar oleh Rudy Bluehikari, Hafiz, UngkuNor, Tok Rimau, Amyz, Nettbiru, Airiz, Spyz dan lain-lain. Ramai yang ambil gambar hari tu. Fina, dah upload Fina punya tak ?

Lepas 'war game' masing-masing ambil BA. Sessi mandi-manda kat jeti belakang. Alahai, Ctzie kena lintah dan dia bukak BA dan bukak seluar ! Heheh ! Tak terkata kami .. Kesian Ctzie. Lain kali biarkan sahaja, CtZie. Bukan sakit pun. Lintah tu hisap darah kotor dari tubuh awak. Kalau air tawar ada lintah maknanya air tu bersih. Lintah tak boleh hidup dalam air kotor.

Tengahari tu saya lapar dan nak makan cepat. Ingatkan nak makan dulu, tapi Wkdin (kami panggil dia Cikgu dan Nettbiru monitor sebab garang jaga kami ! ) suruh pula kemas khemah dulu. Siap kemas khemah, simpan khemah di pentas Dataran Insan.

Masih tak boleh makan. Acara tukar-tukar buku. Saya dapat buku 'Nak ke Tak Nak' oleh Dr. HM Tuah yang dibawa oleh Farihah. Terima kasih, Farihah :)

Sambil pilih buku, sambil undi pemenang Digital Fotografi. Cantik-cantik gambarnya. Yang menang gambar Poad Manmoncang. Memang cantik gambarnya. Nak kecek Poad, pamplet Kem tahun depan, nak mintak gambar tu untuk muka depan. Saya undi gambar kucing Toyak, si-Topot yang Fina ambil.

Selesai semuanya, kami makan tengahari.

Ada GeJu yang dah balik dulu. Syazwan kena balik selepas hantar Fina. Ros dan Airiz balik petang Jumaat. Mie dan Fajar malamnya pula. Terima kasih semuanya sebab walaupun ada kerja masih datang menyokong projek ini. Sukahati saya, dapat jumpa Mie, pengasas GengJurnal. Ada benda nak sembang Mie, lain kali ye!

Selepas makan mulalah aktiviti peluk-memeluk. Sedihnya ! Belum puas bersama, sudah kena berpisah. Kereta Spyz dan kereta ir-awok pula buat hal. Tayar Spyz pancit dan kereta ir-awok pula tak boleh 'start'. Bateri lemah sebab engineer ni lupa padam lampu. MatJan, Purbe dan Abrar terpaksa tolak. Ruddy Kem dalam kereta sebab ir-awok tak tahu nak buat apa. Akhirnya semua kereta okay.

Kami - Nettbiru, Shila, anak-anak Spyz, Tin, Latipah adik Tok Rimau, PakLet, Ruddy Kem, Raup, Ana, Purbe, Farihah, MatJan, Abrar, girlsmon Tok Rimau duduk depan rumah kayak melambai kawan-kawan GeJu yang nak balik. Semuanya berhenti dulu, dan peluk-peluk lagi. Rasa berat nak berpisah. Shila, Farihah dan Nettbiru sempat berurut dengan PakLet. Tin bagi kami cake untuk makan-makan sambil melambai.

Yang akhir sekali balik ialah kereta Spyz - Spyz, Shila, Nett, Memel dan Ariff dan kereta Purbe - Purbe, Farihah, MatJan dan Abrar.

Tinggallah kami. Tetiba rasa sunyi sangat di Kem. Asyik terkenang-kenangkan GeJu semua.

Bila lagi kita akan berjumpa ?

Thanks so much guys for the happy time we had. A big, big hug for u ! Luv ya, peeps !

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Jejak Kasih

Dua hari ni telah berusaha untuk mencari blog Ismail, Ana, Matun, Yaabna dan Abrar. Boleh tak tolong bagi urlnya. Nak linkkan ke My Layan List. Tulis kat gesbuk, ye.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Terima kasih banyak-banyak juga pada peminat setia GeJu yang belum ada blog - sesapa dan anak-anak Kak Zaharah dari Telekom Alor Gajah. Sudi bersama kami hingga ke akhir program.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hari Isnin telah menghantar 5 orang fasi untuk training. Iha, Ruddy, Muafa, Agus dan Dino. Mereka sekarang berada di Sommerset, Rompin dan akan pulang pada hari Jummat.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ada gambar berkayak yang saya ambil dari bot hari tu. Ambil juga gambar keluarga Tok Rimau & Spyz yang mandi di jeti tapi tak jadi pulak. Chekout my Footpages.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Mely, thanks sebab datang. Mely tahu akak nak sangat jumpa Mely :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...