Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Wednesday, May 26, 2004

Comando Chips



Hari ni jom masak-masak ! Resepi ni senang jer buat. Belajar masa jadi 'management trainee' dulu. Di hotel, mereka makan chips ni bila minum beer. Info jer ni. Janganlah pulak pergi beli air kencing setan tu.

Bahan

1/2 peket fries
1/2 cawan cili kering yang dikisar
4 biji bawang putih, cincang
1 labu bawang besar, cincang
1 cawan ikan bilis yang telah dibersih
1/2 cawan kacang tanah yang telah digoreng, jika suka
Minyak untuk menumis
Minyak untuk goreng fries
Garam secukup rasa
2 sudu besar gula pasir

Cara:

1. Goreng fries hingga kuning, keluar dan tapiskan.
2. Keluarkan minyak dari kuali, tinggalkan dalam 2 sudu besar
3. Goreng ikan bilis hingga masak (jangan garing). Keluarkan.
4. Tambah sedikit lagi minyak jika perlu. Tumis bawang putih dan cili.
Bila dah garing masukkan bawang besar, garam dan gula. Biar gula lebih sedikit. Sedap kalau manis sikit.
5. Bila semua dah rata, masukkan ikan bilis dan fries
6. Sudah boleh makan !

Selamat Mencuba !

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Itu saje entry hari ni. Busy, ada kerja nak dibuat !

2 comments:

Tok Rimau said...

Cantik kulit baru blog ni. Saya rasa banner dgn semangat kem perlu pada blog ni.

eN pG said...

betul tu kak G..kata tok rimau betul..Letak gambar KLD kat atas blogger kanan bahu kakG..
mmmm saya nak tambah lagi satu..commando chips cecah ngn sos..
sos nyer..
Mayonis skit
batang daun bawang = potong kecik2
pearlfresh juice(ikut rasa..nk strawberry pn bole)
sedikit susu cair(mmg sedikit)

kacau semua tu...ikut rasa..mmg ada kaw..klu nak letak black paper pn bole...cubala..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...