Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Saturday, May 29, 2004

Lapuran Program MRSM Kem Terendak

MRSM Kem Terendak sampai agak lambat, pukul 5 petang. Kali ni dengan 2 bas Maktab dan 4 trak. Ada yang naik bas dan ada yang naik trak. Sebuah trak lagi sarat dengan segala perkakas memasak dan ration mereka untuk 3 hari ni.

Trak-trak berhenti depan Dataran Gemilang. Kami semua memang menunggu kedatangan mereka di depan pejabat. Ustaz Zul, Iha, Ruddy, Bob, Muafa, Fikry, Khalid, Azim, Ashraf, Agus, Raup, Toyak, Jepun dan saya. PakMan tidak bertugas minggu ni sebab dia bertugas di Kem Puan Tan Chay Yan, Bukit Katil untuk Jambori Asia Pasifik.

Peserta diarah ke Dataran Gemilang untuk taklimat program dan undang-undang Kem. Lepas tu solat Asar berjemaah. Siap semua, pasang khemah. Tepat jam enam petang, semua selesai. Mandi-mandi dan bersiap untuk solat Maghrib yang diimamkan oleh Ustaz Zul. Kemudian kuliyah Maghrib pula. Masuk waktu Isya' solat Isya.

Encik Tukang Masak MRSM salah bawak kuali, kualinya bocor. Terpaksa pinjam kuali kami. Akibat tu, lambatlah pulak anak-anak dapat dinner. Pukul 9.15 baru makan ! Tapi dinnernya sedap ! Ada sambal udang, daging
masak kicap dan tumis kacang panjang campur karrot.

Pukul 10 malam baru mula 'ice breaking'. Mereka dibahagikan kumpulan, siapkan 'cheers' dan buat logo kumpulan. Lepas tu, ada beberapa game untuk menguji kepintaran dan juga 'sessi nyanyi-nyanyi'.

Tidur pukul 12.30 malam.

++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sabtu. Solat Suboh, 'morning exercise' dan sarapan pagi.

Aktiviti pagi. Peserta dibahagikan kepada 4 sub-camp. Berkayak, 'water confidence, 'obstacles-run' dan 'jungle-tracking'.

Bergilir-gilir membuat aktiviti. Selepas satu 'sub-camp' ke satu 'sub-camp'. Kena buat semua hingga habis. Kalau peserta dari Universiti , kami guna sistem setem. Habis buat aktiviti, dapat setem dan setem dilekatkan pada 'name tag'. Ada setem khas yang anda akan dapat untuk setiap aktiviti dan kerja yang dibuat. Kalau cuci tandas pun, ada dapat setem. Setem tandas :)

Petang begitu juga, menghabiskan aktiviti-aktiviti.

Sedang saya menaip ni, peserta sedang mendengar Kuliyah Maghrib yang diberi Dino.

Malam ni hidangan makan kami - BBQ ayam, kambing, ikan dan nasi goreng.

Dan aktiviti selepas itu, Bicara Hati. Esok saya akan lapurkan lagi berkenaan program ni.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

SELAMAT PENGANTIN BARU IRDA HANY DAN SUAMI

Hari ni anak saudara saya (anak sepupu) melangsungkan perkahwinan. Dan saya tidak dapat menghadiri.

Berdas-das juga Mak berleter tadi :) Mak kata nanti anak saya kahwin, tak siapa nak datang, Wah, kena buat program nanti bila dia orang kahwin. Berkhemah sambil meraikan perkahwinan.

Nak buat macam mana. Kena kerja juga. Nak cari makan. Dah kerja kami macam ni.

Nasib baik adik saya dan suaminya balik, mereka bawa Mak dan anak-anak saya ke rumah sepupu.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Thanks pG :) Hari seorang blogger datang ke Kem. Nice guy, hensem ! Dia pelajar tahun 2 di KUTKM. Sila baca blog dia.
Klik sini...
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hari ni juga Long Zul (abang ipar saya) dan isteri Kak Zidah serta anak-anak Faiz dan Aisyah datang ke Kem. Few months ago saya ada menulis tentang Long yang sakit cancer. Alhamdulillah, sekarang Long nampak sehat berbanding dulu. Tapi Long tak de air liur lagi. Kilang air liur dah musnah akibat chemo. Kurus Long sekarang. Harapan saya semoga Long sehat seperti biasa semula.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...