Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Wednesday, May 12, 2004

Lagi Dua Hari, Bebs !!

Nett dan Spyz minta program santai-santai. 'Yang tak berat' sangat kata
mereka. Jadinya program ni 'berpoya-poya' saja. Tapi kalau enjoy sahaja tanpa cabaran tak seronok jugak, kot ?

Rugilah anda datang dan duduk jer bawah pokok tengok tasik, kan ? Okay, saya akan ceritakan pasal program hujung minggu ini.

Day One
Sebaik sampai, anda akan mendaftar di Anjung Kelana. Serahkan juga buku anda untuk dipamerkan. Pesan Tuan Presiden, buku hendaklah dijaga dengan baik. Jangan dibawa beraktiviti.

Selesai mendaftar dan selesai urusan serahan buku dan jika semua telah sampai, kita akan mula memasang khemah. Sebuah khemah untuk 3 orang (4-men tent) atau sebuah khemah untuk 4 orang (6-men tent). Pilih mana nak. Jangan lupa, selepas berkhemah, anda perlu mencuci semula khemah itu sebelum diserah kepada pihak Kem. Jika tidak mahu mencuci,
anda boleh bayar upah RM 2.50 untuk khemah 4-men dan RM 3.50 untuk khemah 6-men. Tepuk dada, tanya selera.

Selepas semua khemah dipasang, taklimat program dan undang-undang Kem. Kami akan beritahu pasal program dan juga apa boleh dan tidak boleh dilakukan di Kem.

Pukul 12.30, makan tengahari. Pak Haji rancang nak masak Daging Masak Lemak Cili Padi, Ayam Tomato dan Sayur 'ko belilah apa-apa, G', sambal belacan dan ikan masin. Setiap kali makan, ada hidangan pedas dan tidak pedas. Jadi senanglah Purbe, Salji Sarahmon, Sabrinamon,
Azib, Memel dan Arif nak makan. Jangan risau Mak Purbe, Mak Salji Ungkunor, Shila dan Tin. Pak Haji dah bersedia melayan tetamu kecil kami.

Lepas makan, rehat-rehat sebentar dan lepas tu solat Zohor dan Jama' Asar. Lupa semalam yang anda semua akan bermusafir ke KLD.

2 petang, ice breaking dengan Tuan Presiden.

3 petang, kita akan mulakan dengan aktiviti luar. 'Water Confidence', berkayak, berbasikal dan 'flying-fox'. Ada pesanan dari PakLet : anak-anak di bawah umur 6 tahun tidak dibenarkan masuk tasik. Atas sebab-sebab keselamatan. Takut, dah ramai nanti tidak terkawal. Jika anda ada 'life jacket' untuk anak, sila bawa sekali. Kami punya, untuk umur 10 tahun ke atas sahaja. Beli yang ada cop Sirim, ye.

Kita akan buat aktiviti bergilir-gilir. Ikut kumpulan. Yang tak larat pergi dapur tolong Pak Haji masak duduk sahaja lah tengok kawan.

Minum petang pada pukul 4.30. Pak Haji nak jamu kita bubur pulut hitam.

Lepas habis aktiviti, bersihkan diri dan bersiap untuk solat Maghrib dan Jama' Isya'. Nak mintak ep bagi tazkirah, boleh ep ?

Lepas solat, dinner. Ada barbeque. Cadangnya nak buat ayam madu, ayam rempah, 'lamb chops in black pepper', 'baked fish Portugese-style', 'sausages' dan otak-otak. Nasi lemak dan sambal udang. Tengoklah apa ada kat pasar ye. Kalau ada benda istimewa nanti kami tambah.

Habis dinner, forum GeJu.

Lepas tu, 'Funtime dengan PakMan'. Yang ni pukul berapa mula pun tak apa. Biarlah kita selesaikan hal-hal berkaitan GeJu dulu. Lebih mustahak.

Akhir sekali ada 'nite walk'. Itupun kalau anda hendak berjalan malam. Kalau tidak, kita tidur sajalah :)

Esok saya akan tulis aktiviti Day Two pulak.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Untuk Urusetia

1. Nett, tolong confirmkan kat akak, nak bagi bilik yang empat tu kat siapa. Yang akak tahu nak bagi satu kat Spyz dan Shila. Kesian Shila, dia pregnant. Biarlah dia selesa. Apapun, Nett decide dan bagitau akak.

2. Kalau ada kerja untuk pameran buku tu i.e. nak buat poster ke apa ke, boleh minta Dino dan dak-tembamz tolong. Mereka ada di Kem pada hari Jumaat. Tinggalkan msg kat blog dia orang. (Dino = cillcrusader. Jurnal Ini Aku Punya dan dak-tembamz = budak tembam sez. Tengok link
kat My Layan List)

3. Jangan lupa, list nama dan kad pengenalan termasuk budak kecik sekali.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ishhhh tak sabar nak jumpa MatJan korangs semua !

Lagi 2 hari :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...