Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Thursday, October 02, 2003

Hari Khamis Yang Cerah

Hari ni Nana ada dental appointment. Nangis tak nak pergi dengan Mama. Nak pergi dengan Abah jugak. Abang pulak since last Sunday tidur camp. Tepon jugak Abah dia dan Abah yang bawak pergi. Princess Abah, Abah layan la. Anak yang seorang ni spoilt sikit. Tak macam abang-abang. Manja dan dimanjakan sangat. Pergi dengan Abah dan Nenek. Nenek dia dulu dental nurse. So dia kena ada la. Apa-apa nak buat karang Nenek tahu.

Baru lepas mandi Jepun tepon ada tetamu di Kem. Cepat-cepat bersiap dan terus ke Kem. Ada 3 pegawai dari Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan. Nak book tarikh perkhemahan. Bulan Disember. Jadi bulan Disember tinggal lagi 2 weekend yang kosong.

Pagi ni peserta dari Maktab buat aktiviti 'orienteering' di route jungle tracking 8km. Encik Jamaludin (pensyarah Maktab) suka sangat dengan 'grand canyon'. Sembang dengan dia, dia beritahu dia dah puas dengan jungle tracking di semua negeri di Malaysia termasuk pergi ke hutan-hutan di Sabah dan Sarawak. Tapi dia belum pernah jumpa lagi track macam di Kem kami. Dia kagum dengan kejadian 'canyon' tu. Ni ada gambar 'grand canyon'.

Nite Walk
Malam tadi peserta pergi night walk. Tapi Cica kata selamba je jalan balik. Tak takut pun. Tak macam budak-budak universiti lain. Peserta Maktab ni pelajar Cina dan India. Tiada Melayu langsung kumpulan kali ni. Bersembang dengan mereka pagi tadi. Saya tanya kenapa mereka tak takut pun jalan balik seorang dalam gelap. "ala auntie, saya dah biasa macam ni. dekat estate pukul 3 pagi dah bangun pergi menoreh". Ramai yang lelaki India datang dari estate rupanya. Kalau pelajar Cina tu cam biasa la, semangat mereka kuat. Jarang yang lemah semangat. Anak Melayu je ramai lemah semangat. Kenapa ye ? Menurut Cica dalam banyak kumpulan yang dah mengikuti aktiviti ni, kumpulan ni paling berani. Saya kagum dengan semangat yang mereka tunjuk. Untuk acara flying-fox misalnya, jika mereka terjun tidak cantik. Mereka akan pujuk lecturer untuk buat sekali lagi walaupun lecturer beritahu kalau dapat lebih markah pun cuma 1/2 markah. Terjun jugak lagi ! Begitu bersemangat cuma untuk mendapat tambahan 1/2 markah tu.

Semoga Long sihat
Hari ni Abang dapat berita sedih. Lepas Suboh, Kak Ewet (my sis in law) tepon beritahu Long dah didiagnose ada cancer. Long ialah abang sulong suami saya. Adik beradik suami ada 9 orang. Suami saya anak ke-8.

Kesian Long. Cancer di hidung dan telah merebak hingga ke belakang telinga. Stage ke-3. Dalam 2 minggu lepas, Long ada telefon Abang beritahu yang hidungnya selalu tersumbat. Abang dah beritahu Long supaya pergi ke pakar. Abang dulu masa kerja selalu bermasaalah dengan pernafasan. Asyik la dapat blocking nose. Lepas jumpa pakar ENT kat Pantai Medical dan diberi satu ubat ni, dia sembuh. Alhamdulillah. Lagi la pulak sejak ada Kem ni. Agaknya sedut udara bersih selalu terus tak payah lagi pakai ubat sembur hidung tu. Back to Long. Long sebenarnya dah lama dah berkahak berdarah. Lama dah hidung tu tak selesa. Tapi dia diam kan je. Sampailah hari Kak Zidah (his wife) ada janji dengan pakar ENT baru la dia merelakan dirinya diperiksa. Tahu-tahu dah begini. Long bukan la orang yang tidak berpelajaran. Dia berpangkat besar dan bekerja di satu Universiti ni. Pagi ni Kak Limah (kakak Abang) bawa Long utk chemo di Damansara Medical. Satu keluarga sedih. Mak mertua tak jadi ke Mekah berumrah minggu depan ni. Kami pun amat sedih. He is my favourite brother in law. Semoga Long sembuh. InsyaAllah.

1 comment:

ghkj said...

You said you will love me wow gold the whole life, but you marry her. You said Cheap WoW Gold you will wow power leveling,come to marry me, but this will not be carried out forever.WoW Gold I am trying my best to forget you and do not love you anymore. wow leveling But I failed and I still love you. Maybe wow leveling she needs you more compared wow leveling with me. So I tell you that world of warcraft power leveling you should love world of warcraft power leveling her and take good world of warcraft leveling care of her. You said I was so kind.world of warcraft leveling Yes, because I love you,world of warcraft leveling I hope you will be power leveling happy forever.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...