Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Tuesday, July 13, 2004

Selamat Selasa

Semalam masa balik, langit gelap. Burung layang-layang berterbangan keluar. Pasti, akan hujan waktu malam.

Pagi tadi sampai, cuaca sejuk. Bumi bersih, baru dicuci hujan lebat malam tadi. Dalam suasana sejuk, tentulah bersarapan soto ayam panas Bidin akan menyelerakan. Terus sahaja kami berdua ke Warung Bidin.

Alahai, hajat tak kesampaian. Bidin bercuti pula. Kami ke Kedai Mak Jander. Makan nasi lemak. Sedap juga nasi lemak resepi Minah Eleng ni.

Selesai bersarapan, terus ke Kem.

Ida pula telefon, minta Abang ke KL. Rumah dia sedang di'renovate'. Ada barang nak dihantar balik kampung. Kena pula sewa lori. Nasib Muafa ada, maka mereka terus ke KL.

Tinggallah saya seorang di Kem.

Hari ni hari membasuh di Kem. Jepun dah buka semua cadar-cadar dalam chalet-chalet. Saya membasuhnya.

Cuaca panas berangin, sekejap sahaja cadar-cadar dah kering.

Pukul 11:30 tadi, datang pula pegawai-pegawai dari PPD Muar, Johor seramai 3 orang. Alhamdulillah, dah confirm pakej yang saya jualkan pada mereka.

Gambar peserta sedang buat aktiviti 'water confidence'




++++++++++++++++++++++++++++++

Letak lagu favourite suami oleh Daniel Bedingfield - You Are Not The One :)

+++++++++++++++++++++++++++++

Salam Ceria :))))

2 comments:

Unknown said...

ingat nak lari le hutan batu ni.nak pi ke hutan kak G

amd said...

Pekan Alor Gajah pun ada kedai mak jander. Org suka pergi kedai dia sebab mee dia kow! Dia dah tak kow lagi dah sebab dia jander tua...hehehe!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...