Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Thursday, July 29, 2004



Bukan demam Akademi Fantasia. Demam betul-betul. Teruk jugak demamnya - the whole package lak tu, dengan sakit kepala, badan sejuk bila malam, batuk teruk, runny nose dan segala.

Makan ubat dan tidur sahaja. Tak produktif langsung.

Mungkin demam ni akibat dari berhujan masa grup UKM dulu kemudian berhujan lagi masa grup Dang Anum. Tak cukup tidur, tak cukup rehat pun iyer. Tambah lagi terlebih-lebih makan rambutan, durian, manggis dan langsat. Mak pulak ada buat manisan favourite - wajik durian. Makan sampai tak ingat dunia. Sekarang, tanggunglah akibatnya.

+++++++++++++++++++++++++

Syarikat kami dapat berita baik - Alhamdulillah. Nantilah bila semua dah confirm betul-betul, akan dikongsi berita baik tu :) Apapun sangat bersyukur pada rezeki yang Allah swt berikan kepada kami.

+++++++++++++++++++++++++

Anak-anak. Dah sampai musim exam lagi. Semua sedang bertungkus lumus belajar untuk dapat keputusan terbaik.

Hal mengaji dan fardhu ain juga bagus. Ustaz baru ni rajin dan tegas. Tak boleh nak main-main. Dengan Ustazah Wani dulu mereka main-main lebih. Ustaz Murad, satu salah pun tidak boleh beralih. Mak dan Mak Lang pun mengaji sama. Pun tidak dapat beralih kalau salah.

Mak suruh saya mengaji sama sebab Mak cakap kalau salah tajwidnya, makna jadi lain. Rasa macam nak cari Ustaz lain jer dan mengaji di Kem. Lecehlah, kalau anak-anak gelakkan :)

+++++++++++++++++++++++++

A very busy weekend ahead

Hujung minggu ni akan melayan 2 grup - SMK Bukit Baru, Melaka dan SMK Seksyen 11, Shah Alam. Adalah dekat 300 orang di Kem minggu ni.

Pak Man akan jadi Kem Komandan untuk SMK Seksyen 11 dan Pak Let untuk SMK Bukit Baru. Ramai fasi minggu ni - Bob, Abob, Kucai, Azlee, Asri, PakDi, Fendi, Iha, Bamz, Raup, Ruddy, Toyak, Muafa, Adi, Azim, Cikgu Nazri, Cicarudin dan Khalid.

Pak Haji seperti biasa dengan gengnya - Jepun, Sham dan Ekor Putus (sapa nama sebenarnya mamat ni ?).

Hari Ahad lagi ramai sebab Saiful dan geng KUTKM ada Klinik Kayak.

Selamat Bekerja !

++++++++++++++++++++++++++









 Posted by Hello

4 comments:

LiTtLe^m3 said...

kak g, get well soon. here also demam kene hujan dan aircond dlm class :(

adk said...

hai kak G, paklet, pakman, aji kat dapo.. n adik2 fasi...

akak demam ke? sian ..makan ubat rajin2 tau..akak dah tgk citer erra yusri yg saya bitaw tu? hee heee..

saya akan sentiasa teringatkan KLD sampai bila2..dan cerita Aji yg pegi Mekah byk kali tu..n costume yg digunakannyer..ahakss..!!syyyyyyyyy...

Zareda Norman said...

Salam kak gee.. dah demam??? sian akak.. Ika pun demam gak tapi keletah dia macam tak pernah.. kejap kejap nak makan ubat.. risau pulak nengokkan..

harap kak gee cepat sembuh.. Wah KLD dapat rezeki yang.. Alhamdullillah.. rajin kita berusaha for sure Allah SWT tak hampakan pada yang meminta..

Unknown said...

semoga sihat cepat...dah sihat bole berujan lagi..hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...