Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Wednesday, September 01, 2004

Salam Merdeka

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan ke 47.

Menyambut dengan melayan TV di rumah. Tengok citer Janji Diana dan Cinta Kolestrol. Filem Paloh saya dah tengok di panggung, tahun lalu. Semua filem tu tak best langsung. Takleh hipokrit, kan ? Memang bukan taste saya. Tapi saya habiskan juga tengok sebab Mak tengok dan remote di tangan dia.

Pengarah-pengarahya bukan calang orang. Saya tak tahu nak fikir apa bila tahu pengarah Cinta Kolestrol tu, seorang Prof Madya. Huh ! Er, kenapa filem tu jadi begitu ? Saya seperti tengok sesuatu yang tidak berkualiti, yang tidak seharusnya buah tangan seorang yang tinggi ilmunya. Atau saya kots, yang tak reti nak menilai ..

++++++++++++++++++

Anak-anak bercuti di Penang bersama Ida dan Fadhli. Hari Jumaat, lepas solat Jumaat, kami bertolak ke KL. Hantar 3 Ridzwans dan Rina. Malam tu tidur rumah mereka sebab esok, pagi-pagi nak bertolak ke Penang.

Anak-anak kata seronok di Penang. Mana taknya, di swimming pool dari pagi ke petang sampaikan tak ingat nak makan. Amir dan Hafidz kalahkan Uncle sekarang bila berenang. Pergi parasailing. Jalan-jalan sekitar Penang. Patutnya balik hari Isnin. Tak puas lagi tidur semalam lagi. Semalam petang baru sampai. Itupun jenuh kami telefon, ingatkan kena sekolah. Hari Isnin, semua ponteng sekolah.

Mereka berempat bila bersama Busu dan Uncle, memang tak ingat mak-bapak. Kamilah yang rindu-rindu, sunyi-sunyi. Bodoh dibuatnya tanpa mereka :)

+++++++++++++++++

Selepas mereka bertolak ke Penang, kami berdua ke UiTM, Shah Alam. Lama sungguh tak tengok sekolah kami. Huh, pokok-pokok tepi Tasik Shah Alam dah besar-besar. Ishh tua kita, bang !

Lalu kat Kolej Jati, nampak bilik lama Abang. Teringat masa saya duduk di Level 5, Seroja 2 dulu. Kami berbalas flash kamera malam-malam. 3 kali flash maknanya I Love You. Dua kali pulak - Goodnite. Tah apa-apa .. But then, masa tu bukan ada mobile lagi. Bercinta main style bodo-bodo gitulah. Dah berflash-flash baru lelap tidur :)

Besarnya UiTM ! Macam-macam Kolej dah ada dah. Dulu, kat stadium tu, kira hujung dunia. Kalau takde Kesatria dan Pesta Konvo sure tak sampai situnya. Perindu 4 masih Kolej ROTU macam dulu.

Pusing-pusing sampai Perindu Satu, nampak bilik Yan lama. Rindunya saat muda dulu ! Yan teman saya menangis dan ketawa. Bila Yan dan Baz bercinta, saya seperti kehilangan. Dan Mamat Muar ni, take advantage, jadi kawan baik saya pula ! Last-last hari ni, dia dah bagi saya 4 orang anak !

Abang mencari padang. Padang dia main hoki, main bola, main tenis .. Dulu, dia bermain. Saya jadi tukang tunggu dia :)

Rupanya dah 18 tahun saya tinggalkan tempat ini. Banyak kenangan, banyak pengalaman di sini dan sebahagian besar darinya saya bawa bersama dalam hidup saya.

++++++++++++++++++++++

Dari Shah Alam ke Kelang. Dulu, Kelanglah tempat berjalan kalau weekend yang tak balik rumah. Ada pasar malam kat Pasar Jawa. Beli putu bambu dan makan ABC kat satu gerai ni.

Siksa dulu kalau nak berjalan keluar dari ITM. Kena turun bawah, lalu Mamakteria (dah takde lagi) yang ada anak tangga tingginya kurang sikit dari anak tangga Batu Caves. Tunggulah tepi jalan tu, Bas KL-Kelang !

Pusing-pusing Kelang.

Pastu ke Morib. Tengok RestHouse dan padang golf yang Su tulis dalam Rasasanubari. Terus pula ke Bagan Lalang.

Hobi kami, tengok chalet-chalet, hotel-hotel dan benda-benda yang seangkatan dengannya.

Dari Bagan Lalang ke PD. Abang kata, jom honeymoon yang !

++++++++++++++++++++++

Hotel di PD penuh belaka. Tapi ada apartment sewa. Sewanya murah. Sebuah one room apartment - RM 55.00/nite sahaja. Kalau tak silap nama apartment tu Sunrise atau Sunshine atau Sun something. Lupa ah ! Dia terletak sebelah Corus.

Simple jer bilik dia. Tapi bersih. Ada TV, ada cooking facilities, ada hot shower dan paling penting, beach dia best. (swimming pool ada, kiddie pool pun ada kat level 4) Tak de batu. Beach dia macam beach Bayu. Pagi-pagi ada makcik jual nasi lemak dan macam-macam benda makan depan apartment ni. Sangat-sangat okay untuk budget holiday.

Tapikan, tak best langsung bercuti berdua ni. Rindu anak-anak. Makcik sebelah apartment kami yang ikut anaknya bercuti tu, bila kami tegur dia pandang tempat lain. Uih, sombongnya ! Bila pergi berenang, orang pandang semacam jer.

Last-last baru tahu. Orang pandang serong, mungkin ingat kami berdua ni couple tua yang ada affair, kot ?

Moralnya, kalau dah tua macam ni - pergilah bercuti dengan anak-anak. Kami check-out awal pagi Ahad tu. Balik, pergi Kem.

Kerja lagi baik.

4 comments:

ep said...

ogy... bercuti berduaan tanpa anak2 berbeza dengan bercuti semasa belum ada anak2 lagi. Pada kala tu fikiran tertumpu pada yang pasangan. Bila dah ada anak2 fikiran isteri banyak tertumpu kepada anak2 pulak. Apakah dengan demikian secara tak langsung perhatian atau kemesraan kepada suami berkurangan? Atau kemesraan telah telah bertukar kepada corak yang lain?

wIFEY said...

Dulu2 guna flash kamera ye! sekarang zaman saya missed call tiga kali berturut-turut maknanya I LOVE You, ada sms saja tanak guna biar nampak cam ego sikit :)

couple tua honeymoon mmg nampak cam pelik, agaknya org. kita ni suka fikir pelik2 :)

MA said...

I pun tengok Cinta Kolestrol setakat 10 minit je. Ntah hapa-hapa..yang mengedik-gedik tak real langsung. Yang pelahap pun tak real. Prof Madya is just a title. To get a full professorship tu yang kena ada macam-macam kriteria, buat research paper etc.

Funny kenapa makcik tu ingat you all ada affair. Apa taknyer, dah tua-tua tu takkan cannot afford a better room than $55 semalam. Itu yang dia syak tu.

Orang Melayu kita aje yang ada pemikiran singkat cam tu.

Kem Lambaian Danau said...

Doc Ep: Iyelah ep, asyiklah teringat anak. klu dia org ada kami pergi bot laju, jetski, kayak & buat semua benda lasak. ni berdua, tak tahu apa nak buat :). mesra tetap mesra ep la ep ! kan kami berdua-duaan sentiasa :) bile nak dtg lagi ep ? kaki dah okay ? buat tak petua saya tu ?

syati : oh cam tu ye .. kiuts gak idea tu :)

MA : iyelah macam tu fikir makcik tu kots, "dah ler papa kedana dok bilik murah, tak bermoral lak tuh !". hehe ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...