Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Monday, August 02, 2004

SMK Bukit Baru & SMK Seksyen 11

Bone Shaker dah okay. Bob pergi ambil dari bengkel semalam (Sabtu). Sehari sahaja bone shaker masuk hospital :)

++++++++++++++++++++++++

Bila ada 2 grup, kami dibahagikan kepada 2 grup fasi jugak. GengDapur sahaja tidak berpecah. PakHaji Berahim, Jepun, Sham dan Geger. Geger ni staff baru.

Grup SMK Seksyen 11, Shah Alam - PakMan (Kem Komandan), Bamz (setiausaha), Muafa, Cicadinho, Khalid, Adi dan Kucai. Tugas Bamz, memantau masa. Punyalah busy Bamz minggu ni, rasanya hilang 5 kg kots ? Peserta dari Shah Alam 52 orang dan 4 guru.

Grup Bukit Baru - PakLet (Kem Komandan), Cikgu Jamsari, saya, Iha, Asri, Ruddy, Azlee, Bob, Toyak, Azim, pG, Raup, Pakdi dan Fendi. Peserta SMKBB 152 pelajar, 3 anak guru yang mengikuti program, guru-guru (ramai) termasuk juga budak-budak kecil yang hanya berpampers tanpa baju berlari-lari sekitar Kem. Hehe !

Hari Ahad macam biasa, Universiti Teknikal datang untuk Klinik Kayak.

++++++++++++++++++++++++

Saya akan tulis lapuran Bukit Baru. Kalau Bamz ada masa dia akan melapurkan SMK Shah Alam. Tapi minah tu busy dengan kerja-kerja sekolah dia. Jadi jangan tunggu sangat :)

++++++++++++++++++++++++

SMKBB sampai pukul 4.30 petang dengan 4 buah bas. Seksyen 11 sampai pukul 5 petang dengan 2 buah bas.

Taklimat program dan undang-undang Kem. Simpan-simpan barang. Kaya-kaya budak-budak ni. Nak menangis dia orang tengok kami simpan handphone mahal dia orang dalam beg sampah hitam sahaja ! Camping, dik !

Untuk kumpulan Bukit Baru, 'ice breaking'nya dikendalikan oleh Guru Kaunseling mereka. Kami pemerhati sahaja. Lepas pukul 12.30 malam baru PakLet pula. Kena pulak tukar-tukar peserta. Oleh sebab banyak aktiviti lasak, pembahagian kumpulan sangat penting. Penerangan aktiviti hari Sabtu. Supper. Pukul 2 pagi baru semua dapat tidur.

Sabtu. Solat Suboh berjemaah dan sarapan. Tiada senam pagi sebab hujan.

Aktiviti pagi ni - obstacles-run, water confidence dan kayak. Cikgu Jamsari, Iha dan pakdi mengendalikan aktiviti water confidence, Asri dan pG - kayak dan kami yang lain jaga aktiviti obstacles-run. Pukul 12.30 semua aktiviti habis dan peserta membersihkan diri untuk makan tengahari dan solat Zohor.

Petang ini kami akan pergi jungle tracking. Semua pergi kecuali Bob yang akan stanby untuk kerja-kerja rescue jika perlu. Ada 2 kes, seorang semput tak larat berjalan dan seorang kaki terseliuh. Saya dan PakLet tunggu di Checkpoint 11 dekat parit depan ladang kelapa sawit. Kami bawa boya tiub tayar. Setiap kumpulan dibekalkan dengan 2 BA. Yang tak tinggi akan pakai BA.

Paling mencabar bila kami nak menyeberangkan peserta yang terseliuh. Iha di atas menurunkan dia dan Pakdi dalam parit menunggu dengan boya. Sebelum tu, Iha dah pastikan dia pakai BA. Dia pegang boya dan Pakdi berenang keseberang membawa dia. Masa nak naikkan lagi mencabar. Kami angkat dia ramai-ramai. Kemudian menunggu motor datang untuk bawa balik peserta ke Kem. Kawasan ni tidak boleh pergi dengan jeep.

Pukul 6 semua selamat sampai ke Kem. Mereka bersihkan diri, solat Asar dan minum petang. PakHaji dah siapkan minuman panas dan cucur udang.

Malam ni sepatutnya Malam Persembahan tapi PakLet cancelkan. Banyak masalah dengan grup ni. Tiada teamwork, tiada semangat nak berlawan, tidak mendengar arahan dan banyak masalah lain. PakLet buat semula ice breaking. Naikkan semangat. Beritahu mereka kesalahan-kesalahan yang mereka buat. Malam ini ada akitivti night walk. Bila kumpulan tidak 'bersemangat', tiba masa aktiviti akan adalah yang 'sakit'. Untuk aktiviti ini ada 7 orang yang sakit. Kami hantarkan mereka ke dapur. Kupas bawang :) InsyaAllah, esok akan tiada yang 'sakit' lagi.

Night Walk bermula dari Kem dan ikut jalan dalam mini canyon, keluar ke tokong Cina dan pulang semula ke Kem. Fasi-fasi menunggu di checkpoint-checkpoint. PakLet dan saya melepaskan peserta pulang. Peserta tingkatan 1 dan 2 pulang berdua. Peserta tingkatan 3,4, 5 dan 6 pulang seorang-seorang. Bila peserta tingkatan 3 mula seorang demi seorang beredar, abang-abang dan kakak-kakak beri semangat dengan bertepuk tangan untuk adik-adik.

Semuanya selamat pulang ke Kem dan kami semua tidur pada pukul 1.45 pagi.

+++++++++++++++++++++++++++++

Ahad
Solat Suboh berjemaah. Senam pagi dan sarapan.

Aktiviti hari ni - war game. Peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan. Pengadilnya Abang Ruddy dari Askar Jawa diRaja, Abang Asri dan Abang Pakdi. Perang macam perang koboi. Hehe. Apa-apalah asalkan mereka gembira. Seronok jugak tengok mereka atur strategi. Sudah ada semangat berkumpulan. Mereka semua balik sebagai tahanan askar-askar fasi. Tangan atas kepala dengan muka dan badan yang coreng moreng.

Semasa Bukit Baru berperang, seksyen 11 berperang juga. Mereka di tapak perang sebelah. Memang bising sungguh kawasan peperangan hari tu.


Balik ke Kem. Kami lihat peserta dah bersemangat. Sessi nyanyi-nyanyi dulu. Ramai-ramai, dengan kotor bolor semuanya, kami menyanyi di tepi Tapak Puteri.

Lepas tu membersihkan diri, lunch, majlis penutup dan bersiap untuk pulang.

Wah, tetiba semua sudah lawa dan kemas. Mereka pulang pakai baju sekolah. Segak-segak semuanya. Bertali leher dan berblazer. Kantin Kem rasa cam kantin sekolah jer :) Kenapalah masa dia orang ambik nasi tak bayar kita macam kat kantin sekolah, kan Pak Haji ?

Majlis penutup dan selesai semuanya. Jutaan terima kasih kepada Cikgu Jamsari yang telah berpenat lelah untuk menjayakan program kepimpinan pengawas ini.

+++++++++++++++++++++++++++++

Semalam, jalan Kem jammed. 4 buah bas SMBB, 2 buah bas SMK Seksyen 11 san sebuah bas Universiti Teknikal serentak sampai untuk ambil peserta.

Bilalah YB baru nak bagi kami jalan baru ? :))))

++++++++++++++++++++++++++++

Hari ni letih. Nak balik rumah, tidur :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...