Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Tuesday, August 03, 2004

Goreng Cempedak dan Nescafe Ais

Hari ni siap menghantar sebutharga kepada PBSM IKM Jasin, Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak dan SMK Sri Tanjung, Melaka. Dan juga finalisekan tentative program untuk Secretariat Rakan Muda, KTHO, UKM.

Lega. Semua kerja dah siap.

Raup dan Jepun sibuk membuang sampah. Anak-anak orang kaya minggu lepas ni segala benda dibuangnya - kasut, seluar track dan tees. Hari Ahad hari tu Bob dah buang separuh. Masih ada lagi yang ditinggalkan merata-rata. Habis semuanya dipungut dan dibuang. Ada juga ambil tuala mandi. Nanti basuh, boleh guna buat lap kayak.

+++++++++++++++++++++++++++++++

Sudah bulan Ogos. Terimakasih kepada Rasanubari mengucapkan Selamat Bulan Ogos kepada saya :) Selamat juga untuk Su !

Sekarang blog-blog kesukaan saya merupakan blog ibu-ibu yang 'sebaya'. Tak tahu umur sebenar, tapi rasanya mesti hampir sebaya sebab kami punya anak-anak yang besarnya lebih kurang. Seronok membaca kerana saya sedar walau di mana dan apa yang kami buat, semuanya mendahulukan kepentingan anak-anak.

Bila saya terkejar-kejar buat banyak kerja dan kadang-kadang rasa tak cukup kaki dan tangan menguruskan rumah, Kem dan anak-anak; saya jadi insaf bila baca blog ibu-ibu tunggal yang saya hormati. Betapa tabahnya mereka, betapa gagahnya mereka menghadapi hidup ! Saya dengan segalanya dikongsi bersama ni pun kadang-kadang rasa kalah.

++++++++++++++++++++++++++++++++

Bulan Ogos juga ada 2 minggu yang kami akan penuh dari Isnin hingga Ahad. Grup pelajar bermasalah. Kalau grup macam ni saya tidak akan namakan mereka dari mana.

Nasib baiklah Uitm dan Universiti Teknikal akan bersemester break. Adalah fasi untuk bekerja nanti. Adik-adik MMU tak lama lagi akan exam pula. Tak boleh nak duty Kem lagi. Tapi kalau ikutkan mereka, tengah minggu exam pun nak ke Kem. Kan Iha ? :)

Asri akan bertanding dalam EcoChallenge minggu depan. Hero kami ni, peserta kayak kebangsaan. Semoga dia berjaya :)

++++++++++++++++++++++++++++++++

Tentang anak-anak.

Amir dah habis ujian pengesanan. Okay juga result dia :) Alhamdulillah.

Nadzrin dah habis exam dah. Dah juga dapat nombor. Lebih satu dari dari semester pertama dulu. Asyik sangat dengan buku cerita. Nak exam masih dengan Noddy dan Mr. Plodnya.

Nana pun dah dapat buku rekod. Teacher kata dia manja sangat. Orang terlanggar sedikit pun nangis. Kenapalah tak ikut Mama dia yang ganas ni. Kalau orang langgar, janganlah nangis. Belasah jer orang tu. Heh !

Hafidz macam biasa. Dia rajin, jenis yang tak payah nak suruh baca buku. Memang suka study. Kami berdua lawan siapa habis dulu baca buku Harry Potter. Nampak macam Mama kalah. Boring siut buku tuh ! Saya baru habis Sorcerer's Stone dan sekarang tengah baca Chamber of Secrets. Ingatkan nak tipu-tipu, tapi kena lak pop-kuiz dengan dia.

Ma, siapa dia Moaning Myrtle ? Huh, sapalak minah ni ..
Apa jadi dengan Mrs. Norris dalam Chamber of Secrets ? Dia jadi dia lah. Err .. dia yang jadi matron kat asrama Grryfindor tuh ker ? Mama ni, dia kucing la ! Oh, ye ker ? hehe
++++++++++++++++++++++++++++++

Jom minum petang :)

Kakak Kedai Sajen ada goreng cempedak tu. Saya dah terbau dari pelantar pejabat ni. Minum nescafe ais lawan dengan cempedak goreng, sedap kan ?

Jom ?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...