Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Monday, August 09, 2004

Pergi dan Datang

Grup hujung minggu lepas amat mencabar.

Sungguh. Walaupun mereka masuk Jumaat dan balik Sabtu, tapi rasa macam kerja 5 hari. Pening. Serius. Pening tahap cipan-cipan segala. Bukan saya seorang sahaja tapi semua sekali yang berada di Kem.

Sepanjang 5 tahun PakMan bekerja di Kem, saya tidak pernah tengok walau sekalipun PakMan naik angin. Dialah sesabar-sabar manusia. Kalau kami mengamuk, dialah tukang sabarkan.

Pagi Sabtu lalu, pukul 2 pagi PakMan mengamuk. Marah sangat-sangat. Peserta keluar dari Kem dan jadi 'hantu' menyergah orang lalu lalang. Takut tengok PakMan. Memang tidak pernah dia macam tu. Tetapi peserta sudah melampau. Sudah lebih 10 ribu orang peserta datang ke sini, belum pernah kami berjumpa dengan peserta sebegini.

Hari Sabtunya, acara berakit. Pun tidak pernah ada grup yang rakitnya pecah. Hampir semua rakit, fasi kena pergi ikatkan semula rakitnya semasa sedang berada di tengah-tengah tasik. Kami semua hilang suara.

Petang, aktiviti war game. PakMan denda semua peserta letak periuk kera dalam mulut, sebab bising dalam bahasa bukan Bahasa Malaysia atau Inggeris. Huh, riuh rendah Kem dalam bahaasa itu.

Majlis penutup dan semuanya pulang.

+++++++++++++++++++++++++++

Ahad, saya tidak pergi ke Kem. Saya tidur kat rumah. Sangat-sangat penat. Pening. Sakit tekak.

Ahad juga semua fasi dan PakLet mengemas Kem. Repair jeti dan cabut rumput di jeti belakang dan bilik mandi perempuan. Rumput-rumput dimasukkan dalam bot Bayu Tasik dan dibuang di rumpun menerung.

Entah bagaimana, agaknya mungkin kerana berat sangat, bot terbalik. PakLet dan Azlee yang berada dalam bot, capsize bersama. Mereka berdua pakai BA, tetapi fasi-fasi panik juga sebab, dua-dua berada bawah bot. Mereka berenang ramai-ramai untuk selamatkan PakLet, Azlee dan Bayu Tasik. Alhamdulillah semua selamat. Dan teruskan kerja semula.

+++++++++++++++++++++++++++

Hari ini akan sampai 80 orang pelajar bermasalah dari sebuah daerah ini. Setiap sekolah akan hantar 4 pelajar paling bermasalah. Mereka akan pulang pada hari Khamis. Rehat sebelah malam dan esoknya akan masuk peserta dari Fakulti Kejuteraan Elektronik, Universiti Teknikal Kebangsaan.

Staff minggu ini - Azlee, pG, Adi, Muafa, Toyak, Cica, Geger, Jepun, Ruddy, Kucai dan Pak Haji.

Selamat bekerja !

3 comments:

LiTtLe m3 said...

biar benar pak man mengamuk??? cam tak caya jek. pak man sungguhla lembut dan berpada orgnya. sampaikan salam pd pak man :)

Tok Rimau said...

1. Takut wei Pak Man mengamuk. sorokkan parang cepat. :0

2. Saya ingin mengingatkan Kak G untuk membeli majalah Minda bulan Ogos kerana ada 2 ms khas utk KLD.

http://www.jurnal.biz/forum/viewtopic.php?t=3179

Aktiviti KLD (Projek Basah) GJ tersiar dalam majalah MINDA.
http://www.karangkraf.com.my/e-majalah/Minda/

Sri Diah menerbitkan:
Wednesday, July 28. KEPADA rakan-rakan bloggers, silalah dapatkan Majalah MINDA Edisi Ogos 2004 yang telahpun beredar di pasaran. Lihat mukasurat 86 - 87 untuk mengikuti tulisan Encik Ghazali Bunari - Majalah MINDA diterbitkan setiap bulan oleh Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd.
http://sridiah2u.blogspot.com/2004_07_01_sridiah2u_archive.html#109094603526277637

Untuk baca artikel asal sebelum disunting sila ke:
http://www.jurnal.biz/forum/viewtopic.php?p=45937#45937

Terimakasih majalah MINDA kerana memberi sokongan kepada Geng Jurnal. Belilah MINDA.

Anonymous said...

Where did you find it? Interesting read California superlotto result company that makes bontril chlorate zyrtec laz y boy sectional sofa Ativan generalized anxiery disorder Why are rechargeable batteries 12 volts photos of fire alarm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...