Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Tuesday, August 24, 2004

Bye SAMTAJ, Hye Betty, Hye Spyz ..

Adik-adik SAMTAJ baru sahaja bertolak pulang. 3 hari 2 malam bersama mereka, sayu pula bila nak berpisah.

Esok, semua orang bercuti. Lusa kena basuh semua khemah-khemah. Hujung minggu ni tiada grup. Tetapi banyak kerja membersih dan mengemas nak dibuat.

Tadi semasa adik-adik SAMTAJ basuh kayak, minta mereka naikkan bot Bayu Tasik. Bot tu nak dibasuh dan nak kena cat balik tulisan Bayu Tasik yang telah pudar.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tadi Betty dan kawannya Ali datang untuk booked tarikh perkhemahan Persatuan Literasi Melayu, MMU Cyberjaya. Booked seminggu lepas Raya, 28-30/11.

Lepas tu ada 2 orang pegawai dari MPRM juga datang, Encik Yaakob dan Dr. Tam datang melawat, juga nak booked tarikh.

Baru tadi pula Spyz hantar sms dalam perjalanan ke Kem dari Mersing. Seronok juga dapat jumpa dengan Shila, Memel dan Arif lagi :)

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Gambar ni saya ambil dari blog Airiz. Letak sini sebab nampak syahdu .. hijau sahaja. Rumpunan teratai ni terletak di arah belakang Kem. Sorry ye, Airiz, main belasah ambik jer !


Yang ni pulak, ambik dari blog Saiful, UKM. Gian tengok air tasik masa nih, penuh melimpah-limpah. Sekarang airnya tak sampai ke paras jeti lagi. Apapun, petang ni nak berenang !



6 comments:

Lan said...

Lama tak singgah kat hutan Kak G. nak rehat kejap...

LiTtLe m3 said...

kak g, terima kasih ye smlm. sampai jek terus bg mkn. segan kami tak bawa apa buah tgn pun. nanti buku resepi tu saya bg yek ;). cuti saya nak try buat chocolate chips cake ;)

Digital_DevilX said...

ooo kak g...sayer pong ade blog...mai2 la...:P....

spyz said...

terima kasih atas layanan.
sblm sampai memang cadang nak terjun.
tapi sampai dah lewat sangat pulak.
tapi tgk air yg cantik aritu memang rasa nak terjun jugak2. saya wakilkan kat arip aje (tq selamatkan.. hehehe..)
InsyaAllah org tu dah sihat nanti kitorang nak lepak sana.. tahun depanlah kot..
:)

Anonymous said...

Very nice site! Wbr ionamin Diet help impotence http://www.kansas-city-cooking-school.info/Cabinet-design-rhino.html blood high pressure vioxx Automotive schools http://www.ice-hockey-equipment-4.info/Airwall-saunas.html High blood pressure from stress Zocor nebenwirkungen Panic attacks raise blood pressure How to fix moen faucet Zyban prescribed for Betting syndicate celecoxib and blood pressure high blood pressure emotional symptoms Japanese motor car import insurance

Anonymous said...

That's a great story. Waiting for more. » » »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...