Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Sunday, August 22, 2004

SAMTAJ Lagi !

Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah, Seksyen 11, Shah Alam ada di Kem. Ini kali kedua sekolah ni datang berkhemah di KLD.

Mereka sampai pukul 1 petang. Tersesat pula, tidak belok ke jalan atas bukit yang menuju ke Kem, sebaliknya ke Loji Air. Telefon Kem dan saya bagi arahan untuk ke Kem.

Mereka semua ambil Program Lasak Level 2. Level 2 - banyak aktiviti di air.

Sampai-sampai, kami tanya dah lunch ke belum ? Belum. Alahai, kami tak prepare lunch sebab tak order. Lunch ada tapi untuk Universiti Teknikal yang ada Kelinik Kayak setiap Ahad sepanjang Julai dan Ogos.

Bincang-bincang, kami masak untuk mereka. Sebabnya Pak Man tidak akan mahu buat program jika peserta lapar dan tidak bersedia. Tahu siapa masak minggu ni ? Saya, Jepun dan Geger. Huh, nasib baik ayam dan sayur Geger dan Jepun dah basuh dan siapkan.

Cepat-cepat, kami masak. Blend bawang merah, bawang putih dan halia. Kami masak sup ayam dengan macaroni dan sayur kacang masak tumis cili. Tu sahaja, tak sempat nak tambah sambal belacan, goreng keropok atau goreng ikan masin hari ni.

Jepun masak nasi dan Geger buat air. Fasi-fasi lain pun tolong juga. Fasi-fasi sini serba boleh - bukan sahaja lasak di hutan dan di tasik, kupas bawang pun boleh ! Heheh .. muncung leh ikat aaa bila kena suruh kupas bawang !

Sementara tunggu nasi masak, peserta solat Zohor dan jama' Asar dulu.

Sekarang, sewaktu saya menaip ni mereka sedang buat aktiviti water confidence dan obstacles-run.

+++++++++++++++++++++++++++++

Malam tadi, pukul 2.45 pagi hujan dan ribut di Kem. Kami bangun dan keluar ke pelantar. Angin kuat dan air tasik bergelombang. Hujan lebat.

Tidur semula. Ada orang tu tak dapat tidur, entah apa sebabnya. Dia rindu katil kat rumah, kot ?

Pagi tadi bila bangun, tasik berkabus tebal. Bila kabus tebal, burung-burung pun tak berani terbang. Bertenggek berderet-deret sekeliling pagar kolam pancing Mat Sah.

Kami berdua pergi berjalan sekeliling Kem. Dahan pokok yang menyokong scafolding, tempat terjun flying fox tu sekah. Dua dahan besar jatuh ke tanah dan merosakkan bumbung patio Anjung Kelana.

Telefon Muafa, minta Muafa bawa chain-saw. Muafa bersama-sama Raup, Toyak, Jepun, Geger dan Abang, mengemaskan dahan-dahan tersebut. Sayangnya kat bumbung patio saya, sudah kemek.

Sudah tidak hujan lagi, matahari mula menunjukkan wajah dan Kem jadi cerah dan ceria semula menunggu kedatangan SAMTAJ.

++++++++++++++++++++++++++

Semalam.

Sam dan Zu serta Aiman dan Qistina ke Kem. Ida dan Fadhli pun ada. Lelaki dengan hal lelaki dan kami yang perempuan sembang hal-hal perempuan. Apa lagi, kalau bukan Zahid dan Akademi Fantasia ! Huh, ada orang habis RM 800.00 undi Zahid. Qis macam Nana, minat kat Zahid. Cinta anak saya terhadap Khai sudah berubah, kini Zahid, Zahid dan Zahid sahaja. Dah minta belikan 'baju oren Zahid'. Budak lelaki minat Adam sebab Nadzrin dan semalam temuramah Aiman, dia pun kata dia minat Adam :)

Janji kat Jepun semalam nak tolong dia cuci tandas, tapi tak buat. Nasib Geger tolong dia :) Tapi sempat basuh semua cadar-cadar untuk chalet-chalet.

+++++++++++++++++++++

Untuk Bamz dan Iha
Weh, weh i have new sleeping bag ! Dia cam futon skets :) Siap ada sarung bantal to match the mattress. Mine is yellow and PakLet's blue. Lawa sey !

Beli dengan rebate yang J Card bagi :) Dapat RM 60.00 dan benda alah tuh cuma RM 39.90 satu. Kena tambah skets aa duit. Minggu akhir exam, sabar skets lagi dan kami semua di Kem doakan korangs berjaya. Bebudak nih dah start rindukan korangs berdua. Asik-asik ler tanya Iha mana ? Bamz mana ?

+++++++++++++++++++++++++
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...