Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Wednesday, August 15, 2007

Day 2 - Part 3

Sila klik pada gambar untuk lihat gambar besar


Selepas makan dan Solat, kami dapat peluang main air pula. Water Confidence, Rakit Race dan berkayak.
Abang Kudin dan Abang Faiq sedang ajar kami membina rakit

Rakit Race bermula ! Ni adik-adik sekolah rendah. Setiap rakit ada 2 orang Abang Faci tolong mereka. Budak kecik kan, mereka taklah pandai nak berdayung :)

Seronok juga berakit.

Ni kami dah jauh ketengah tasik. Nampak tak tepi tasik kat Kolam Pancing Pakcik Matsah tu ?

Sekolah Menengah pulak berakit

Sekolah Menengah berakit tanpa Abang-abang Fasi sebab mereka dah besar - kuat dan tabah ! hehe

Geng Sekolah Menengah

Lepas berakit, naik kayak pulak

Cuba buat raft dengan kayak kami, lepas tu bergerak serentak - berjaya juga kami !

Keluar dari barisan, satu demi satu. Paddle kayak ni ada right-handed dan ada lefthanded, jadi yang kidal tu, kenalah ambil paddle untuk orang kidal.

Datin Sarah dan Datin Najihah.

Penat main air dalam tasik, main air kat sini pula.
Abang-abang Fasi basuh kayak untuk kami.

Geng Sekolah Menengah kena buka rakit, susun buluh, susun boya dan buang tali-tali.

Sedang kami seronok bermain air - Mama, Abang Cicha dan abang-abang Dapur sibuk membakat ayam, ikan dan sausage untuk dinner kami !

2 comments:

Puteri said...

bestnye men air.... =)

Kem Lambaian Danau said...

puteri pun boleh datang jugak, main air :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...