Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Friday, February 10, 2006

Ikan Patin

Hujung minggu ni tak de orang, tapi Rabu hingga Ahad ada 3 grup - KUIM, UPM dan KUIM jugak. Semalam dok berjaga, menyiapkan schedule kerja fasi-fasi, orang dapur, senarai barang dan order barang-barang yg perlu.

Ada BBQ utk ketiga grup nih. Dan saya dah order 70 ekor ikan patin. Patin dari Tasik Tebat, Kampung Chinchin, Melaka ye. Bukan Patin Perak ye :)

Baked Ikan Patin in aluminiun foil memang menjadi kesukaan peserta. Tak caya, tanya Puan Suria dari UPM. Ikan Patin yang ditangkap dari tasik, siang, letakkan bahan perap dan bakar. Berminyak-minyak ! Power ! Ikan Patin Tebat ni tidak berlumpur, tidak berbau.

Membakar ni adalah kepakaran Cicha. Cantik sahaja api yang dibuatnya. Caranya mudah sahaja. Nyalakan api dengan kotak telur dan letak ranting-ranting dahulu. Bila dah nyala, letak arang dan letak sedikit minyak masak. Jangan letak minyak tanah, nanti berbau minyak tanah pulak makanan. Bila dah terbakar arang tuh, tabur gula pasir. Gula, bila terbakar jadi caramel kan. Bau arang tuh akan jadi wangi lah nanti. Arang pun senang terbakar.

Image hosting by TinyPic
Cicha sedang bakar Ikan Patin. Kat belakang tuh, aweks UPM - Huna dan Kila


Selalunya kami bakar ayam, ikan dan sausage. Dulu selalu juga bakar kambing sekor-sekor. Tapi orang tak suka makan kambing. Asyiklah terbuang. Sekarang bakar ikan sahaja. Banyak-banyak.

Resepi BBQ

Baked Ikan Patin Portugese Style

Image hosting by TinyPic
Ni dia, ikan patin bakar !


1 ekor ikan patin ( 1.5 - 2 kg)
1/2 cawan cili kering yg telah diblended
6 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2 biji buah keras
2 batang serai
sedikit lengkuas (honestly, sy tak reti nak kira pakai inci-inci, tahukan resepi mak-mak kita, where dia org tulis, seinci kunyi lah .. banyak mana seinci kunyit tuh ?)
1 inci sedikit kunyi hidup
2 helai daun limau purut, hiris halus
sedikit garam
sedikit gula
sedikit minyak untuk menumis
aluminium foil utk membalut ikan

Cara :
1. Bersihkan ikan patin. Basuh dengan garam dan asam.
2. Blend serai, lengkuas, buah keras, bawang putih dan bawang merah. (Bahan A)
3. Dalam kuali, panaskan minyak dan tumis (Bahan A).
4. Dah wangi, masukkan cili blend .
5. Masak hingga cili wangi dan masak ler.
6. Masukkan garam dan gula. Rasa.
7. Masukkan daun limau, kacau dan tutup api.
8. Koyakkan sehelai aluminium foil (big enough utk bungkus ikan).
9. Sapu sedikit butter (tak sapu pun tak apa). Dan ada orang letak daun pisang. Kat Kem, kami tak letak.
10. Letak ikan, ratakan tumisan cili tadi dan balut.
11. Bakar atas api atau masukkan dalam oven.
12. Sedap makan dengan nasi lemak macam di Kem !

Ayam Madu style Kem

** Nama sahaja madu, tapi kita orang tak letak madu, payah bakar. Senang hangus :)

1 ekor ayam (potong 12, kalau besar, leceh nak bakar - lambat)
5 biji bawang putih
3 biji bawang merah
sedikit halia
1/2 cawan kicap Hablal Kipas Udang Manis
2 biji limau kasturi
beberapa titik worchestershire sauce (lea and perrin). tak de pun tak pe.
1 sudu besar gula tebu ( ni ganti madu nih, hehe)
sedikit garam

Cara :
1. Bersihkan ayam dan toskan, biar kering
2. Dalam blender. Masukkan bawang putih, bawang merah, halia, kicap, gula merah dan kicap.
3. Gaulkan bahan yang diblend dengan ayam. Gaulkan sekali garam dan worchestershire sauce.
4. Perap sekurang-kurangnya 3 jam.
5. Bakar atas api arang atau masukkan dalam oven atau goreng.
6. Ayam ni akan jadi merah-merah. Sedap !

Tentulah kena ada sos yang power utk dilawankan, kan ?

Ni Kicap Cili Api Power Matger. Resepi ? Pergi cari kat Jom Masak-Masak !!!

Image hosting by TinyPic


All pics by Sya, Kolej Tun Perak, Universiti Putra, Malaysia. Thanks dear !

3 comments:

KNizam said...

terima kasih di atas tips membakar arang tersebut, sungguh simple dan senang nak diaplikasikan. nanti kalau saya dah jadi buatnya, saya snapkan gambarnya ok. thanks sekali lagi.

p/s - minta izin nak link kan kld ni dengan saya punya fotopages. lagi satu, kld ni dekat dengan kampung saya kat kg terentang, anytime boleh datang ker? ingta plan nak amik gambar sunset or sunrise nanti kat sana la.....

KNizam Artwork
http://knizam94.fotopages.com

Anonymous said...

Keep up the good work
san francisco hotels

Anonymous said...

Very nice site!
atv tires Claw foot sitz bath tub http://www.refinancing-rate-5.info Free sexy pics of teen legs Foot jobs sex feedsandsignsm yahoo searchandsignfr Aze patanol Epson home theater projectors reviews Fax ink

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...