Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Wednesday, February 22, 2006

The Hikayat. Part Two.

sambungannya ......

Credit : All pics by Cik Nettbiru. Taken during Projek Basah GengJurnal. http://kayusakti.fotopages.com


Image hosting by TinyPic
Senja di Kem Lambaian Danau.


Tahmidi KUIM dan Fakulti Ekologi Manusia, UPM.

( Well, i searched Fakulti Ekologi Manusia but the website is unavailable. So i wikipediaed Ekologi Manusia and this is the result - Ekologi adalah cabang sains yang mengkaji habitat dan interaksi di antara benda hidup dengan alam sekitar. Perkataan ini dicipta oleh pakar biologi Jerman dan pengikut Darwin pada tahun 1866 Ernst Haeckel dari perkataan Greek (oikos beerti " rumah" dan logos beerti "sains".

Alam sekeliling merangkumi kedua persekitaran abiotik -- benda bukan hidup seperti cuaca dan geologi -- dan persekitaran biotik -- benda hidup seperti tumbuhan dan haiwan. Kebanyakan penyelidikan ekologi menumpu kepada taburan dan jumlah organisma dan bagaimana ini mempengaruhi ciri dan sifat alam sekitar; pengaruh organisma terhadap alam sekitar, dan pengaruh alam sekitar terhadap organisma tersebut.

Diperolehi daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Ekologi". Zack did explained to me the meaning the other day tapi takdak faham penuh lah Zack. Siaran lari bebs ! ).

Bas-bas KUIM dan UPM sampai serentak. Masa ni, sure PakLet pening, nak receive sapa dulu :) Kami semua di tepi pagar, melambai FEM, KUIM yang nak pulang. Adat Melayu, hormat pada tetamu. Datang dirai, pulang dilambai ! (Ni falsafah Kemang nih)


Image hosting by TinyPic
Berkumpul di Dataran Insan.


Asst Camp Com untuk Tahmidi ialah Asri dan FEM, UPM ialah Zack.

Pak Let receive KUIM dulu dan Zack bawa peserta UPM minum petang. Lepas tuh, tunjukkan tapak khemah untuk peserta.
Khemah dah siap dah, tak perlu nak pasang lagi. Selepas KUIM minum petang, UPM pula.


Image hosting by TinyPic
Makan Time !

+++++++++

Dinner awal. Solat Maghrib dan Jama' Isya. Kami ada short briefing tentang kerja. Schedule kerja saya dah siapkan dari awal lagi. Cuma kena briefing yang penting-penting.

Malam pertama ni, UPM ada ceramah dengan Encik Kamal dan KUIM pula 'Ice Breaking'. Separuh fasi bersama KUIM dan yang lain bersama UPM. Ceramah Encik Kamal, kami semua dah dengar berpuluh kali dah :) Tapi walaupun begitu, kami tetap setia mendengar.

Habis sessi ceramah UPM, mereka ada 'Ice Breaking' pula dengan PakLet. KUIM pergi Night Walk. Zack dan Kucai ada, terjerit terlolonglah peserta dibuatnya.

Angin bertiup kencang, langit pula gelap. Kami bersedia untuk tugas rescue peserta kalau hujan. Alhamdulillah, tidak hujan. 2 malam sebelum ni semua fasi basah menyelamatkan peserta. Hujan lebat.

++++++++++

Semasa saya sampai dapur pagi Sabtu, saya tengok peserta kedua kumpulan sedang bersama Dino. Alhamdulillah, penuh Anjung Kasih. Ni lah baiknya orang terpelajar. Kalau peserta dari golongan yang kurang terpelajar, satu kerja kami nak mengejutkan.

Semasa morning exercise, kumpulan terbahagi kepada 2. Satu kumpulan di Dataran Insan dan satu lagi di Dataran Gemilang.

KUIM di Dataran Gemilang. Entah morning exercise, entahkan vocal exercise. Zack minta peserta nyanyi Lagu KUIM sehingga bagus. Nyanyi macam orang tidak bersemangat sahaja. Kami yang fasi ni pun nyanyi sama. Dah hafal dah lagu KUIM :) Encik Hasan, pegawai pengiring KUIM yang lebih bersemangat menyanyi. Zack payah nak give up - entah berapa kalilah peserta kena nyanyi, sampai puas hati !

Asri di Dataran Insan kena buat exercise yang lebih sedikit, maklumlah peserta UPM nak kena pergi berakit. Karang, kalau cramp, kami juga yang susah :)

++++++++++

Pagi ni, KUIM pergi Amazing Race dan UPM pula pergi berakit. Rakit Marathon. Satu grup dalam hutan, satu grup dalam tasik. Sunyi sepi Kem bila semua orang keluar. Ada pelawat dari Fakulti Kimia (iyer ker ?), UTM. Kenalah orang dapur mencari Boss dalam hutan.

Selepas pukul 12.00 tengahari, peserta mula sampai semula. Masa untuk makan tengahari.


Image hosting by TinyPic
Ni ahli-ahli kubur. Yang tutup kepala tu ialah 'the femes MatJan' , Spyz dan Nida.


Aktiviti petang. KUIM pergi War Game dan UPM pulak Amazing Race. Wah, UPM pecah rekod Kem - 3 jam 57 minit ! Tak pernah lagi ada peserta buat masa macam tu lama. Hangin satu badan ler Pak Let ! UTM yang semua perempuan pun buat kurang 3 jam. Tapi kami respect kat Pegawai Pengiring UPM. Mereka buat 2 jam 23 minit. Mereka ni termasuk Prof Madya Ahamd Hariza. Bukan ada bagi short cut ke apa ke. Kat lumpur, mereka merangkak. Kan Zack dan Kucai yang jaga, mana ada perasaan kasihan kat orang dia orang berdua nih. Madas lagi. Abang-abang Sojar ni, memang takde kesian-kesian nya.


Image hosting by TinyPic
Tasik Hijau


KUIM balik awal dari Medan Perang. Setelah bersiap, mandi manda bersihkan diri, bergotong royong menolong kami menyiapkan BBQ. PakLet panggil Tok Batin dan Mak Dara, beritahu, Majlis Makan Malam BBQ nih, majlis mereka. Jika nak kami semua datang ke majlis, jemputlah !

Dengan hormatnya, kedua grup menjemput kami. Kami tunjuk-tunjuk muka sahaja. Kena makan kat dapur untuk sessi briefing lagi. Aiyak, malam ni saya tak boleh tidur awal ! Bapaknya, suruh Maknya sama-sama meleterkan anak-anak. Tak pelah, esok-esok boleh tidur. Anak-anak lebih penting.

++++++++++

Selepas BBQ, UPM ada sessi bersama Timbalan Dekan mereka dan pegawai-pegawai pengiring. KUIM, dengar ceramah Encik Kamal. Kami mendengar ceramah Encik Kamal bersama KUIM. Mintak kat PakLet, mintakan Encik Kamal bagi sessi 'ronggeng' kejap. Buat bekal, nak berjaga semasa Night Walk UPM karang. Encik Kamal bagilah 2-3 lagu untuk kami berjoget dan menyanyi. Dapatlah 2-3 bar charge batteries. 'Terang balik siaran'

Selepas ceramah, KUIM pergi tidur. Kami suspens juga sebab PakLet denda grup KUIM. Risau gak, kalau ada yang kena tidur dalam air lak malam ni. Sapa nak jaga ? Fasiiiiiiiiiii gakkkkkkkkkkkkkkk ..... Nasib baiklah, dia keluarkan arahan kat Zack, suruh semua orang pergi tidur.

UPM pergi Night Walk dan Sessi bersama Ibu Ayah.

Guys, macam mana saya treat anak saya, macam itulah saya treat anda semua. Jika pun ibu bapa anda tahu apa sebenarnya berlaku, mereka pun akan marahkan anda seperti Mama dan PakLet marah. Tak perlulah diulang apa yang kami berdua katakan pada anda malam tu. Cuma, ingat ini 'You are the Captain Of Your Soul'. Anda, anda lah yang menentukan masa depan anda. Bukan Fakulti, bukan pensyarah ... So, berubahlah.

Zack dengan Madas di To' kong melepaskan peserta. Malam tu Night Walk habis pukul 3 pagi. Saya kena pegang tangan Ekin balik ke Kem. Sejuk kaku budak tuh, dibuat Kucai. Memang ramai yang menjerit. Lain kali dik, belasah jer antu-antu tu.

Sampai ke Kem dan kira semula peserta. Cukup. Tidak lebih, Tidak kurang. Kalau kurang, 'rescue time'. Keluar balik, cari. Paling risau, kalau terlebih. Letih bebs, nak soh minah tuh balik 'Kem' dia !

Peserta semua masuk khemah dan kami ada short briefing. Selamat Malam. Eh, dah kol 3.30 pagi ! Selamat Pagi !

++++++++++++

Ahad. Siapkan sarapan pagi anak-anak.

Asri, Iha dan Azli bawak KUIM pergi Nature Walk. Fakiha, Madas, PG dan Zack exercise dengan UPM.

Sarapan pagi.

Pagi ni KUIM buat Water Confidence dan UPM pula pergi berperang. PakLet, Kucai, Zack dan Azlie ke Medan Perang. Yang lain, bersama KUIM. Buat pertama kali, Toyak tidak bertugas di 'Mudway Lagoon'. Toyak injured. Tangan dia terseliuh sebab jatuh dari pokok kelapa. Pokok kepala belakang Kedai Sajen. Nak ambil daun kelapa muda untuk sarung ketupat, dengan daun, dengan dia sekali ke bawah !


Image hosting by TinyPic
Water Confidence. Hello Sabrina !


Majlis Penutup. KUIM dulu. Sedih nak berpisah dengan anak-anak. For 3 days, anda anak-anak Mama. Kita jumpa lagi ! Thanks Pegawai-pegawai Pengiring KUIM - Shikin, Najihah, Fiza, Encik Hasan, Cikgu Rahim dan Wan. Jutaan Terima Kasih juga buat Dekan Tamhidi KUIM yang sudi datang.

Bas-bas UPM dan KUIM sampai. Kami ke Pagar Besar lagi untuk mengucapkan selamat jalan kepada KUIM. Bye ! Bye ! Bas KUIM bertolak, berlari pula ke Anjung Kelana untuk Majlis Penutup UPM. 'Get good result, guys !'

Ke Pagar semula. Bye ! Bye ! Tunggu pula Pegawai-pegawai Pengiring UPM bertolak. Thanks so much Prof Ahmad Hariza, Encik Mahadi, Encik Fazli, Encik Tarmizi, Encik Saiful dan lain-lain. Prof Laili, Jutaan Terima Kasih. Tak sangka, Prof kenal kat 'orang kampung' saya tuh. He's a great guy, Prof !

+++++++++++++

Bila semua orang dah balik, kerja kami masih belum habis. Buang sampah, angkat enjin pam air, lipat tikar dan sejadah Surau, kemas tikar Anjung Kasih, bukak cadar-cadar. Kemas dan simpan khemah. Kira duit gaji

Saya dan PakLet siapkan gaji. Pergi minum petang kat Kedai Sajen, bagi gaji dan semua balik. Till minggu depan :) UIA lah pulak !

++++++++++++

Untuk Fasi :
Thanks guys for your hard work. 4 malam kita tak cukup tidur, kan ?

Rabu, tidur pukul 3.30 pagi - Night Walk FEM, KUIM
Khamis, tidur pukul 1.30 pagi - ada lambat sebab mengawal
Jumaat, tidur pukul 3.30 pagi - Night Walk Tamhidi KUIM
Satu, tidur pukul 3.30 pagi - Night Walk UPM

Semua orang tolong menolong antara satu sama lain.

Minggu ni Toyak jatuh. Nasib lah masa Encik Kamal pasang lagu joget, Toyak boleh joget. Tangan pun cam okay jer. Jam Lie masuk tasik. Lie sakit perut. Saya dan Madas risau tengok Lie. Diam jer dia :) Takkan nak pencen jadi Presiden Kelab Bunga Kem ?

Teamwork yang baik. Macam Cicha selalu cakap, kita semua kan terlebih motivasi :) Tapi memang betullah. Semua orang penat. Tapi masih okay. Masih gelak, masih senyum. Thanks kat Kucai dan Zack - for keeping us entertained dengan lawak cerdik dan juga lawak bodoh.

Kalau teamwork kita tak baik, munafik sangatlah kalau kita buat Program Teambuilding untuk organisasi/company lain. Teringat satu Consultant ni, kami panggil untuk handle Program Teambuilding. Dengan Bossnya, dengan staffnya tak 'team' pun. Habis, mengajar orang pulak. Ishhh .. sorry termengumpat !

Saya bersyukur mendapat team yang baik. Tengok Pakcik Hang Kebun, kan ? Punyalah rajinnya. Kerja tak berhenti langsung. Habis satu kerja, dia datang cari saya. "Ani (naperlah dia panggil saya camni ?), nak buat apa lagi ?" Kena bagi kerja, kalau tak kang dia marah woo .. Hujan, berpayung dia mengangkat sampah. Syukur.

Asri, Zack, Madas, Toyak, Cicha, Azlie, Syafiq Dapur, Matger, Asyraf, Adi, Iha, Kucai, PG dan Fakiha - terima kasih sekali lagi :) Lap yu, bebeh !


Image hosting by TinyPic
Pepatung di KLD


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...