Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Tuesday, February 28, 2006

Anak-anak ku - usahawan muda !

Universiti Islam Antarabangsa.

GEMILANG ENTREPRENEURSHIP LEADERSHIP CAMP. Best module camp ni :)

Anak-anak UIA sampai petang Jumaat. Berhutan bersama kami sehingga Ahad. Sebelum ni, program yang pernah dibuat bersama UIA ialah McLead dan Kayak sahaja. Bila sahaja UIA nak buat ekspedisi berkayak, maka mereka akan datang belajar/berlatih di sini dahulu.

Yang ni, nak belajar jadi usahawan.

Apa itu 'usahawan' ? Okay, I wikipediaed the word dan ini resultnya -

Usahawan (bahasa Inggeris: entrepreneur) adalah sesiapa yang:

- terlibat dalam perniagaan, baik membuat, menjual ataupun berdagang barang-barang;
- pemilik tunggal bagi syarikatnya; serta
- telah bertapak dari segi keperluan harian tetapi masih bercita-cita mengembangkan pengaruh dan kekayaannya.

Banyak penyelidikan yang telah dijalani mempertunjukkan bahawa usahawan-usahawan yakin pada keupayaan mereka untuk mengawal takdir kendiri. Adalah disebabkan kepercayaan ini bahawa mereka bertindak dengan cara yang amat individualistik dan sentiasanya juga suka memberontak. Ia juga menyebabkan sikap yang sudi menerima terlalu banyak kerja yang tidak diterima oleh orang biasa, menggalakkan ketabahan yang luar biasa dan menopang reputasi dedikasinya kepada sebuah konsep, produk ataupun usaha perniagaan.

Click kat link Wikipedia atas tuh dan anak-anak boleh baca lebih lanjut mengenai 'Usahawan'.


++++++++++

Kita citer pasal kita camping, lah yer ?

Lepas solat Jumaat, fasi-fasi telah mula berkumpul. Pegawai-pegawai UIA dah lama sampai dah.

Taklimat program dan undang-undang Kem. Masa ni saya duduk di tepi Anjung Kasih. Nampak PakLet tunjukkan kat anak-anak - "itu Mama kamu". :) Kita senyum-senyum jer masa ni. Korangs malu :)

Malam ada aktiviti 'Ice Breaking'. Wah, sessi 'form' company. Macam-macam company - landscaping dan nursery bunga, multimedia company, makan-makan business, makan-makan business campur pemaju perumahan, polaris (apa u all jual ? lupalah) dan printing company. Ketua Kumpulan ialah CEO Syarikat.

Lawak sungguh masa ni. Kami, seronok dapat usik peserta. Gelak tengok Company Makan-makan dan Pemaju Perumahan bikin logo macam ' berniaga andaman pengantin', polaris yang letak 'RM' besar-besar atas tangan .. Green World dengan Pokok Krismasnyer .. yang mutimedia company tuh pulak, kami ingatkan Kedai Jual Cermin Mata. Mata sangat besarlah adik !

Ni cabaran pertama. Sayangnya, masa pendek kerana 'Night Walk' dibuat awal. Jadi anda, tidak dapat buat sessi penyelesaian masalah.

Night Walk. Macam biasa, Toyak, Azlie dan Zack bawa peserta ikut jalan Mini Canyon dan kami yang lain tunggu di Jalan Tanah Merah. Malam bulan gelap.

Tak saspens sangatlah sebab awal sangat. Lampu FunFair dari Tangkak masih menyinari langit :) Kalau gelap gelita lagi best, dik !

Zack dan Toyak melepaskan peserta seorang demi seorang. Saya, PakLet dan Azlie kat tepi hutan. Siap bawak bekal ubat nyamuk.

Azlie memang melampau menyakat. Siap rebah-rebah depan peserta. Mana lah aweks tuh tak menangis sedu-sedan dibuatnya. Dah kami panggil dan beritahu " Ni Mama nih, Pak Let nih, Abang Lie nih ... " masih juga tak nak tengok kami. Sian dia. Hehe, anda comel, Nor !

Baru nak okay. Sebab Cicha tunggu kat Simpang. Takut peserta ambil jalan yang salah. Cicha baik, tak usik peserta. Pujuk-pujuk adik-adik sahaja.

Tenang kejap. Sudah tiada hantu :)

Lepas corner, menjerit lagi - hantu PG dan hantu Syafiq Dapur. Matger macam biasa, jadi hantu atau jadi orang - dia diam sahaja :)

Akhirnya habis juga semua orang balik ke Kem. Sya yang kesian, hingga lelah-lelah dia takutkan gelap dan kesejukan. Anak-anak lelaki saya hero-hero belaka :) Tabah dan cool jer !

Belum boleh tidur lagi. Kupasan aktiviti dulu.

Selepas tuh, kami ada briefing di Patio Dapur. Pak Let brief fasi contigency hujan, aktiviti esok dan lain-lain.

+++++++++++++

Awal pagi anak-anak saya dah berlari ke 'Antara Dua Tasik'. Tengok pemandangan Gunung Ledang, Tasik Hijau dan Mini Canyon. Meredah Paya Berlumpur.

Oh, angin sungguh Maknya. Risau, dah hampir pukul 9, anak-anak belum makan lagi :(

MatGer dan Syafiq siapkan breakfast kat tepi Dataran. Takut karang, peserta dahlah lapar, kena pulak tukar baju baru dapat makan.

++++++++++++

Obstacles Run dan Water Confidence. Sapa menang ? Mama lupalah. Masa type nih, kat rumah. Result tinggal kat Kem.

Pujuk Zura yang menangis tak dapat buat aktiviti. Lain kali sahaja, yer Zura !

Lepas Solat Zohor dan lunch, peserta akan ke Tangkak, jual barang.

to be continued ...

2 comments:

Penunggu Gua said...

ALA MAMA....SHA BKN TAKUT GELAP...CUME TAKLEH DUK DLM GELAP N CEJUK JER......LEMAS!!!!!TULUN2!!!HEHEE....PEPUN...KORG SUMER ADE....MEMANG BEST R....WINDU N CAYANG BANGAT SAMA KAMU SUME.....MMUUAAAHHHHH....;)

Anonymous said...

You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it Manuals for sony car radios accutane outcomes Nursing and losing postpartum weight Facelift dsseldorf plastische chirurgie business cards templets 1990 body kit miata Card service international merchant account long term side effects ritalin use alpine sps1329s in car speakers 1998 honda accord mpg ultram online no prescription us mail Baccarat result tracking analysis Dental hygienist gifts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...