Ini Bukan Fotopages Yer !
Gambar-gambar dari SMK Labis. Punyalah lama mereka hantar, baru hari ni saya upload. Maaf ye anak-anak. Saya paling takleh lupa kumpulan ni sebab Azizi. Azizi yang naik sheikh masa 'Night Walk'. Ceh, maseh terasa pelukanmu itu !
Morning Exercise di Dataran Insan.
Tak sah, kalau tak de aktiviti 'Water Confidence'. Yang melalak ketakutan tak nak masuk air tu lah yang last sekali naik ke darat ..
Baru lepas 'crawling' kat belakang Kem. Habis baju kotor ! Kalau datang KLD, sila dress down yer. Janganlah bawak baju mahal. Pakai sahaja baju yg nak dibuat 'kain buruk'. Pakai 'kain buruk' pun, okay pe ! Cam kita orang kat Kem nih buat ! Selebet jer ... hehe
Tempat ni, kami panggil 'Mudway Lagoon'. Benda biru tu, namanya pulak 'Pilot Splash'. Yang tukang tolak peserta (tak pakai head band) tuh Fendi. Yang kat bawah tunggu peserta tuh, Toyak.
Wah, tabahnya anak dara nih ! Natural 'rock climbing'. Yang ni, tak tinggi, cuma kurang 18 kaki. Kalau nak yg lagi tinggi ada kat To'Kong Cina belakang Kem.
Cikgu-cikgu SMK Labis. Yang belakang sekali tuh, classmate Pak Let semasa di Sekolah Sains Johor, Kluang. Nama dia Cikgu Zainal Ariffin. Adik dia, Zainal Alam, wartawan yang femes tuh. " Wayang saper, kalau bukan wayang kiter ...."
Mengajar peserta bina rakit. Fendi yang ajar. Baju kuning, topi putih tuh.
Yang ni, kumpulan Cicha. Cicha selalu sabar orangnya. "Ikat molek-molek .. karang tenggelam, Abang gak nak kena rescue .." Kat Kem, Cicha ialah pilot Bot Bayu Tasik. Orang lain, jangan berani nak sibuk-sibuk pegang Bot dia.
Jumpa gambar ni. Macam tak pernah jer upload gambar chalet, kan ? Ni Rimbun nih. Kabin dengan 4 katil single. Belakangnya hutan, so kena bawak bekal kain selimut. Sejuk. Kami tak de bagi selimut. Camping site nih beb, bukan hotel !
Kalau pergi camping, duduk dalam bilik. Tak bestlah, ape kelas, kan ? Tidur camnilah, lagi best !
Nyenyak cikgu tidur !
Pak Let dan Cikgu Zainal Ariffin. Jejak kasih. Berpuluh tahun tak jumpa. Dari budak sekolah, sekarang dah jadi bapa orang dah !
1 comment:
What a great site
»
Post a Comment