Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Tuesday, February 14, 2006

Pakcik, Pandan dan Pening

Kat Kem, ada pekerja baru. Nama dia, Pakcik Bujang. Dah tua, tapi masih bujang. Eh, dia pernah kawen sebenarnya. Tapi 4 bulan sahaja. "Naper cerai, Pakcik ?" saya dengan kepohnya bertanya. "Malas", dia jawab. Er, senangnya alasan. Dan jawab sepatah jer lak tuh.

Pakcik kerjanya, mengemas Kem. Menyapu, jaga landscaping dan menyapu, menyapu ...

Setakat ni, kerjanya memuaskan. Tapi yang bosannya, kuat bertanya. Kalau MatGer jenis diam seribu bahasa, Pakcik pulak mulut murai. Ya Rabbi, Tuhan sahaja yang tahu banyaknya soal dia.

Hari ni, kami berdua tolong membakar daun-daun yang telah disapunya semalam. Musim Luruh di Kem sekarang, daun-daun tak henti-henti berguguran. Sapu sini, sana semak. Sapu sana, sini pulak semak. Dah hutan, kan ? Takkanlah pulak nak tebang pokok-pokok semua.

+++++++++

Telah berjaya menyiapkan 2 bilik lagi. Senanglah bila ada 6 bilik sekarang. 2 Rimbun, 2 Bayu dan 2 Pandan. Dah siap cat kedua-duanya. Buat masa sekarang Pandan 2 jadi bilik tidur fasi perempuan. Pandan 1, untuk Pegawai Pengiring. Tak payahlah kena tidur beramai-ramai dalam pejabat bila terjadi 'saat genting'. Kesian Bamz dan Iha, tidur tutup aurat - tidur siap pakai tudung. Sebabnya, walaupun suami saya tidur di Pelantar, dia masih gunakan bilik air pejabat. Bamz dan Iha tidak selesa.

Saya, macam biasa. Tidur bawah meja.

+++++++++

Pening.

+++++++++

Nak tulis 2 resepi kat sini. Supaya tak hilang :)

Resepi Cicah Asri
(boleh digunakan utk mencicah apa sahaja jenis buah-buahan yang layak dicicah). Sila baca resepi dalam Bahasa Kedah. (Akak menaip dalam bahasa Kedah ye, Asri)

Bahan :
Cabai Kering
Belacan
Garam
Kicap
Gula
Kacang tanah goreng, sikit sahaja, kalau nak. Tak dak pun tak pa.

Cara :
1. Blend cabai dan belacan. Keluarkan dan letak dalam mangkuk.
2. Campurkan garam, gula dan kicap.
3. Sedap dimakan dengan mangga muda.


Image hosting by TinyPic
Mangga muda


*** Kat Kem, ni lah dessert kita orang. Tak jemu-jemu ! Eh, Asri esok singgah rumah dulu tau. Petik mangga !

Kek Batik
Cara :
1 butter apa-apa brand pun boleh. ( bukan produk Denmark ye !)
2 packet biskut Marie jenis biasa (saya guna 1 biasa, 1 perisa kopi)
1 tin susu cair
1 tin susu pekat manis
1/2 cawan serbuk koko + 1 cawan milo + 1 sudu teh nescafe + 1 cawan air panas
1 cawan nestum

Cara :
1. Patahkan biskut kepada 2.
2. Buka tin kedua-dua jenis susu.
3. Panaskan kuali dan masukkan butter.
4. Kacau, biar butter cair tetapi bukan berminyak ye.
5. Masukkan campuran koko milo, susu pekat dan susu cair. Kacau rata. Masukkan nestum.
6. Bila mendidih, masukkan biskut. Kacau rata dan tutup api.
7. Masukkan dalam tin kek dan tekan dengan senduk biar rata.
8. Sejukkan. Simpan dalam fridge lagi elok.

** dapat sebuah kek yang besar. Sure jadik ! Iha, Bamz dan Fakiha boleh cuba. Kalau ler tak jadik, entahlah .. memanglah bakat memasak langsung tak de kat korangs ..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...