Disertakan gambar2 program gerak ekologi 7, fakulti
ekologi manusia, UPM di Kem Lambaian Danau
Terima kasih kepada Pak Let, Kak G dan semua fasi KLD
atas sumbangan, bimbingan dan motivasi kepada
anak-anak fakulti ekologi manusia
KEM LAMBAIAN DANAU AMAT MEMIKAT
DIJAMU MAKAN IKAN SEMBILANG
KUMPULAN URUSETIA MEMANGLAH HEBAT
MEMBAWA MISI CEMERLANG,GEMILANG,TERBILANG
p/s:gambar lain akan menyusul bila ada kelapangan
rindu plak kt ikan patin bakar resipi kak g
ikhlas dari,
JURUGAMBAR TAK BERTAULIAH
*SAIFUL*
+++++++++++++++++++++
Wa'alaikumsalam.
Thanks for the pics. Ni akak uploadkan buat tatapan semua :) Hensem-hensem belaka Pegawai Pengiring FEM, UPM :)
Jutaan terima kasih juga dari kami semua kerana FEM telah sudi 'berhutan' bersama kami selama 3 hari. Kami kagum sangat dengan urusetia FEM merendah diri dan tahan dengan segala cabaran hidup dalam hutan. Berkongsi tempat tidur ramai-ramai, mandi air tasik, makan basuh pinggan sendiri ...
Risau juga, bila Zack dan Kucai 'buli' Urusetia :) Malu kami berdua kat Prof Ahmad bila Zack suruh merangkak dalam lumpur dalam keadaan tak boleh bercakap, tak boleh complain. Kucai pulak bawak Urusetia jalan 'ribu-ribu' batu lepas 'War Game'. Anak akak berdua ni, amatlah noti !
Maaf ye !
Diharap juga anak-anak Gerak Ekologi 7 mendapat manafaat dari apa yang pihak Urusetia dan pihak Kem lakukan. Take care, anak-anak sayang !
Limau manis dimakan manis
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Manis sekali hati budinya
Mandi di jeti jangan tak basah
Sudah mandi, membersu gigi
Kita bertemu dan akhirnya berpisah
Diizin Allah, bertemu lagi
Terima Kasih, Encik Saiful.
Sembah salam dari Pak Let dan seluruh warga Kem Lambaian Danau - Zack, Asri, Kucai, Cicha, Toyak, Iha, Asyraf, PG, Azlie, Madas, Fakiha, MatGer, Adi, Syafiq dan Pakcik Bujang. Kenangan bersama anda semua akan terpahat diingatan kami.
p.s kalau rindu ikan patin, datanglah ! boleh kita bbq lagi. durian pun dah mula gugur nih !
ikhlas,
Kak G
+++++++++++++++++++++
2 comments:
lupa pula nak bagitau, somewhere last year saya ada singgah kat kem nih, tapi dah nak senja dah, so saya sempat la snap a few pics sunset kat sana. kalo nak tengok silaha ke fotopage saya kat bawah nih. nanti kalo saya nak singgah lagi ke sana, saya bagi tau, mungkin nak amik gambar sunrise pula nanti.
http://knizam94.fotopages.com/?entry=663825&back=http://knizam94.fotopages.com/?page=10#CommentsTop
Best regards from NY!
»
Post a Comment