Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Monday, June 07, 2004

Kisah Isteri-Isteri

Musim kenduri kahwin saudara mara merupakan tempat pertemuan kami sepupu-sepupu, ipar-ipar dan mak-mak saudara. Inilah masa nak berjumpa, nak bergathering ramai-ramai. Selain dari tu kalau ada saudara meninggal, baru berjumpa lagi. Kalau Hari Raya pulak, taklah dapat jumpa ramai-ramai sekaligus. Ada yang ke rumah mertua dulu, baru balik ke kampung.

Musim ni saya jadi tempat mengadu hal saudara saya.

Kisah Satu.

Dia rapat dengan saya. Jarak umur kami 10 tahun. Anak sulong dia dah 22 tahun, bulan Julai ni akan grad dengan ijazah dari UK. Anak kedua di Germany ambil engineering. Kalau kita lihat dari luar, mereka merupakan keluarga bahagia, tiada cacat cela. Anak-anak pandai. Suami isteri berjawatan tinggi. Besar pangkatnya, kakak saya ni drive Merc E series.

Tiga tahun dulu kakak ni pergi ke UK, melanjutkan pelajaran. Tuntutan kerjaya membuatkan dia terpaksa 'sekolah' lagi. Dibawanya 3 anak terkecil bersama. Dua anak lagi ditinggalkan sebab sudah bersekolah menengah di SBP.

Abang (suami dia) ikut sekali selama sebulan. Selepas tu kena pulang. Kerjayanya tidak membenarkan dia bersama isteri.

Sebelum tu, nak sebut dulu. Abang ni baik. Solat tak tinggal. Dah pergi menunaikan fadhu Haji. Rajin menjaga anak. Pendek kata, memang suami mithali. Saya selalu menjadikan dia contoh bila sesekali tu nak 'bebel'kan suami :)

Ribut tidak, apa pun tidak. Kami dapat berita dia kahwin lagi. Dengan setiausaha dia. Perempuan tu bukannya anak dara. Masa bercinta, perempuan tu masih isteri orang. Minta cerai pada suami untuk berkahwin dengan Abang.

Pedihnya hati kakak. Dapat tahu semasa usia perkahwinan sudah setahun. Tahulah saja bila ada mobile. Telefon di mobile, bukan dirumah. Alasannya bil mobile, company bayar. Ijazah dapat, madu pun dapat. Balik-balik ke Malaysia, tiba-tiba kena berkongsi suami.

Yang si-isteri tak mahu menyusahkan suami, bawa anak-anak. Mana nak belajar, mana nak bela anak. Si-suami sunyi kat rumah, terpaksa bermanja pula dengan setiausaha tersayang.

Mereka tidak bercerai. Kakak rela terpaksa menerima madunya. Yang dia kenal. Yang selalu datang rumah dia dengan suami dan anak-anak sekali.

Walaupun saya tahu hal mereka, selama ni tak pernah pun tanya. Tak sampai hati.

Hari ni dia bercerita. Tentang kasih, tentang sayang. Beritahu perasaan dia terhadap saya. Katanya walaupun dia senyum dan melayan suami macam biasa, hatinya tidak punya cinta lagi. Cuma ada perasaan tanggungjawab dan paling penting mahu anak-anak tidak kehilangan Ayah.

Semasa suami kemalangan baru-baru ni, dia langsung tidak menangis. Tiada cinta lagi, ogy .... Si-madu pulak macam nak pengsan. Maklumlah masih baru lagi, cinta masih hangat.

Dia juga beritahu saya dia tidak berhubungan badan dengan rela dengan suami lagi. Setiap kali mahu bersama teringat apalah yang suami buat dengan isteri muda. Sama ker ? Dan terasa rendah diri, mungkin tidak pandai melayan maka suami cari lain.

Saya tak tahu nak menjawab. Saya cuma pendengar sahaja.

Kisah Dua

Jauh jarak usia kami. Kakak ni tak bekerja. Menjaga anak-anak orang yang dihantar kepadanya. Juga menjahit baju.

Sepanjang usia perkahwinannya dari saya kecil hinggalah telah berkahwin dan ada anak-anak, kisah rumahtangga dia memang menjadi percakapan sanak saudara.

Setiap hari bergaduh. Hendak bercerai tak tahulah nak cakap berapa ribu kali. Si-suami panas baran orangnya. Tidak boleh salah sedikitpun, mesti nak mengamuk dan pukul isteri.

Kakak sabar. Pukul-pukul pun, anak mereka ramai juga - 6 orang. Banyak kali Ibu kakak ni pergi ambil anaknya sebab tak tahan tengok kakak dipukul. Suami jemput, kakak ikut balik semula.

Lama-lama mak-bapak dan adik beradik dah tak peduli lagi. Hobi agaknya. Kalau dilapurkan kepada pejabat kadhi, bila masa kaunseling tak nak cakap benar. Suaminya baik juga, kita saudara mara yang jahat.

Hairannya anak-anak semua menjadi. Dari yang tua hingga yang bongsu, semua masuk universiti. Mungkin kesian kat ibu agaknya maka rajin belajar.

Saudara mara memang tidak peduli lagi. Tiba-tiba Hari Raya lepas kami dapat tahu, mereka bercerai. Huh, senang hati semua. Kami memang menyampah kat Abang ni. Zalim menyiksa isteri.

Tiba-tiba tadi jumpa mereka. Huh ! Dah berbalik semula. Bercerai 5 bulan sahaja. Dan tadi bukan main mesra manja. Naik geli tengok :) Rupanya adik dia beritahu mereka tidak boleh hidup tanpa seorang lagi. Mereka mula bercinta semula. Dah tak bergaduh lagi, cintan-cintun pulak :)

Saya sempat usik dia,

++amboi .. bahagia nampak ..
xxabang xxx dah berubah dah ..
++tak pukul akak lagi ?
xxtaklah .. sekarang kita berdua jer kat rumah. happy jer ! masa dia pukul pun dulu dia sayang akak sorang jer, bukan pernah hatinya dia bagi orang lain

++++++++++++++++++++++++++++++++++

Begitu ker agaknya ? Kalau cinta suami tu untuk kita, kita rela apa dibuatnya ?

Entahlah, saya tiada jawapannya.

++++++++++++++++++++++++++++++++

7 comments:

ro said...

hmmmm
tersentuh betul baca dua2 kisah ni
susah nak paham soal hati ni kan kak g
ye la
hati kalo Allah nak balikkan, dalam sekelip mata jer dah berubah
dari sayang jadi benci pastu jadi sayang balik
hanya tuan punya badan je yang paham agaknya

Pastinya, AAK said...

Soal hati ini amat sulit untuk ditafsir. Ada yg suami terangan penagih dadah etc., isteri tetap sayang dan tak mahu berpisah. Benda ini semua akan berlaku kalau salah satu pihak memberi ruang untuknya terjadi. Yang lain tu kuasa Allah. Lautan tanpa batu karang tak akan dapat menghasilkan corak ombak terindah.

Fina Junaida said...

hmm... memang susah kan Kak G cerita cerita sebegini.
Kenkadang memang zahirnya kita nampak lain, tapi di sebalik kelambu ataupun di sebalik pintu bilik tidur tu, mana-mana isteri pun tahu, ditegah bercakap keaiban keluarga kepada sesapa pun. Apa cerita keluarga memang seboleh-bolehnya disimpan.
Sebab itu kadang-kadang lain yang kita lihat, lain yang jadi.
Lain personaliti orang, lain daya tahan, lain pemikiran dan faktor penentu.
Tapi yang penting, bagi kita untuk menerima hakikat bahawa memang ada pelbagai jenis cerita dan kejadian yang berlaku di dunia ini. Kalau kita nak fikir jalan kita aje yang betul dan keluarga orang lain tuh senget, susah juga.

p/s: Kak G, saya rindu Topok!!! hehehehe

ainizakri said...

Kak g...tak terkata membaca cerita kak g kali ni. cinta yg kadang waktu terlalu rapuh!! Sama-sama kita jadikan sempadan dan pedoman.

MA said...

When I was younger, I had an idealistic view of relationship, marriage , love etc...Disekeliling MA semua contoh baik-baik. Bila dah berumahtangga, reality sinks in.Terkejut beruk. Hidup penuh cabaran. Lama juga nak terima hakikat. Berkat kesabaran, faith in Allah, dan akhirnya kematangan, dapat mengharungi juga.
Love ? What ever that is..(bak kata Prince Charles)

Kita tak tahu apa kesudahan kisah hidup diri kita. Jadi, cuba yang terbaik, yang lain berserah pada Allah agar perjalanan hidup kita dirahmati jua.

Zareda Norman said...

kak gee

masalah rtangga bermacam cara. Allah nak duga kekuatan iman kita sebenarnya samada sabar atau tidak dengan dugaan tu.

Bagi zar, doa ajer zar pohon supaya rtangga zar aman damai sehingga ke akhir hayat. Tapi kalau terjadi jugak, moga moga zar redha. Mintak sangat diberi kekuatan hati untuk mengahadapinya..

Anonymous said...

What a great site Free marketing for businesses online Pictures of ferrari f50 Canine plus vitamins 90 tablets centrum vitamin official site

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...