Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Wednesday, May 23, 2007

Operasi Lumut Lagi

Selalu kena buang lumut, kalau tidak nanti air dekat jeti tak jernih. Berhempas pulas Pak Let, Fikry, Along dan Firdaus. Saya beli 'penarik lumut' yang baru, dari besi. Mahal - RM 16.00 satu. Kalau yang plastik cuma RM 2.00 tapi kena beli banyak, sebab asyiklah patah.

Hari ni juga saya dah siap dah finalise semua hal berkenaan School Holiday Camp - t-shirt dah order, list nama untuk Insurance dah 80% siap, cuma menunggu beberapa orang lagi menghantar nama dan no. MyCard.

Esok tinggal kena updatekan akaun BT, hantar quotations untuk satu teambuilding consultan, satu untuk MPRM dan satu lagi untuk sebuah company yang nak masuk masa Merdeka Day. Pastu saya nak sambung kemas pejabat, sambil basuh-basuh kain baju budak-budak fasi pakai untuk aktiviti.

Malam esok Zulhusni akan sampai dari Penang. Aliff, Ghazali dan Wan juga. Kudin dan Blue akan sampai hari Khamis. Fasi-fasi semua sibuk di MASUM yang sedang berjalan di USM. Hari ni kot, habis.

Semua orang dah ada, sessi marking laluan Trekking pula.

Selepas tu kami akan busy sebusynya ! Jumaat ni ada 2 group. Mereka keluar 27/5. 27/5 ada satu group. Keluar 29/5. Program School Holiday Camp pula. Pastu sambung dengan Hari Keluarga Hajah Habsah sehingga 3/6. Mereka balik sahaja, kami cabut ke Taman Negara sehingga 7/6. 8/6 ada satu lagi. Sampailah akhir bulan Jun, dah fully booked. Lama dah berehat sebab Pak Let tak sihat, ni semua org dah habis exam dan Pak Let pun dah okay - full gear balik untuk cari duit !

Orang buang lumut, saya ambil gambar ! Pemandangan dari Jeti Belakang.

Air dah cantik selepas lumut dah dibuang


Lumut yang dipungut.

Kena masuk air untuk tarik lumut.

Cantik awan petang, kan ?


Dah nak naik, semua orang dah penat.

3 comments:

Ungku Nor said...

Tokeh, petang tadi dah bank in kat Bayu Tasik RM370.
Patutnya RM375 tapi mesin tak accept duit 5 henggit.
Anoi bayor masa kita jumpa nanti eh?

Nis cakap dia bayor besok.
Untuk askar dia yang berdua tu.

IC suma anoi dah antor sms kat enpon Paklet semalam.
Okeh Tokeh?
Roger..muahs.

Anonymous said...

isk lama tak pi sana nih... rindu aaa pulak

Tok Rimau said...

Kak G,
Masukkan dalam Modul: Cabaran Mengumpul Lumut. Kumpulan menang akan diberi hadiah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...