Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Thursday, May 10, 2007

Ini Untuk Aidil

exam dah habis ? Mama G pun tak sabar nak jumpa Aidil nih .. asyik rasa dia macam Haiqal lak !

Budak sorang nih, dah tak sabar nak gi SCHOOL HOLIDAY CAMP.

Hari ni Mama letak gambar dulu, sehari dua lagi InsyaAllah Mama letak berkenaan "Maxi Call' dan IQ/EQ Solutions. Mama dah pergi dengar pasal Maxi Call tuh. Sangat interesting ! Naperlah masa zaman Mama belajar dulu tak de semua nih - letih kena bangun tengah malam belajar sampai Suboh ! Yang ni, just 'study smart' dan InsyaAllah, semua boleh ingat. La, takmo citer today - esok-esok lah yer !

Kepada yang dah daftar dan bank-in bayaran - terima kasih ! Yang belum, cepat-cepat supaya tidak menyesal nanti :)

+++++++++++++

Ni hah, Aidil buat mengubat keterujaan tuh !

Aidil, nih kami sedang panjat Bukit Tuah. Tinggi bukit nih.

Ni atas Bukit Tuah. Yang comel berbaju merah tu, Qistina. Tahun lepas umur dia 6 tahun. Dia kecik sahaja, tengoklah bunga lalang tuh pun lebih tinggi dari dia :) Tapi dia sangat hebat ! Dia panjat tanpa pertolongan abang Faci ! Yang lain tu, Kak Mar, Firas, Haiqal, Amir, Roy, Lan, Capan dan Abang Faiq. Tahun ni, mereka datang lagi - nanti boleh berkenalan dengan Aidil,
okay !

Ni kami turun dari Bukit Tuah. Tak takut sebab abang-abang Faci ada menjaga keselamatan. Abang Fikry pass kat Uncle Cicha pastu kami ke Abang Faiq. Abang Faiq lak hantar kami kat Abang Jim, Abang Jim pass kat Along dan kat bawah Uncle Sam ada tunggu :) Kalau Pak Let bagi sebenarnya, kami nak jer, slide down ! Sure best ! Tapi Pak Let tak bagi pulak :(


Ni kawasan tanah liat. Pak Let bagi kami lanyak ramai-ramai. Seronok tau, Aidil ! Pak Let kata, "enjoy !". Kat sini kan Aidil, Pak Let ialah 'Ayah' kita. Anak baik, Ayah baik. Anak nakal, Ayah marah ! Tapi Pak Let memang bagi kita jadi kanak-kanak. Kami enjoy sangat, Aidil !

Tengoklah Haziqselekom, Danial dan Haiqal - kami melompat-lompat atas tanah liat yang macam tilam tuh !

Pantai Pasir Putih. Berhenti untuk bersihkan badan.

Yang ni kat kawasan belakang Kem. Kami sedang dalam perjalanan ke 'Lake Crossing'. Kat Kem ni, semuanya hijau,hijau, hijau ! Baru kami tahu kenapa Pak Let 'migrain' bila pergi KL. Kem dia hijau, aman dan tenang !


Ni dekat 'Lake Crossing' Dapat can, main air - best main simbah-simbah dengan kawan-kawan. Sebenarnya ni Hari Pertama. Baru sahaja beberapa jam berkenalan. Tapi kami dah macam adik-beradik - satu keluarga besar ! Abang-abang pun best, macam abang sendiri sahaja !

Hi Aidil, saya Haiqal ! (baju kuning). Kita jumpa hujung bulan nanti ye :) Bukan sahaja saya, Kak Wani pun datang juga. Kak Wani dah macam kakak saya :) Abang Haziq Muar pun akan datang. Abang Faiq tentulah ada . Nanti boleh dengar Abang Faiq main guitar dan nyanyi.
Ni lepas Obstacles yang kami buat dengan jayanya ! Entah kenapa, setiap kali ambil gambar, sure kami cakap - "saya menang motor" macam Pakcik Power Root !


Hampir senja di Kem Lambaian Danau. Saya takkan lupakan saat ini - burung-burung terbang pulang ke sarang, kami bersiap-siap untuk makan malam dan solat berjemaah di surau .. suasana sunyi, aman dan tenang ! Cuma sebentar lagi akan terdengarlah azan dari Masjid Chinchin dalam hutan ini. Pak Let and Mama G - we'll be back !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...