Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Saturday, May 05, 2007

SMK Tengku Temenggung Ahmad, Kundang Hulu Pt 2

Dah pandai mengapung diri, tak takut lagi untuk berada dalam air. Masa untuk berakit.


Rakit Race. Mula-mula semua takut. Tak pernah berakit dan masing-masing membayangkan untuk berada jauh dari daratan. Dengan semangat dan perangsang dari abang-abang Fasi dan kawan-kawan, semua peserta berjaya menamatkan race, 'what a rafting experience !'

Sudah jauh dari jeti. Abang Cicha dengan rescue boat dan abang-abang Fasi dengan kayak, sentiasa menjaga keselamatan adik-adik.

Sebelum aktivti, kena buat 'warming up' dan selepas aktiviti kena buat 'cooling down' supaya badan anda tidak sakit. Supaya semua muscle dan urat-urat badan terpelihara. Aktiviti ini diketuai oleh Abang Asri. Abang Asri ni Fasi Senior Kem yang dah bekerja, dia engineer tau dik !

Ni bukan kelas tarian ngajat yer ! Kemain lagi Abang Kerry. Minggu depan Kerry akan ke Changlun, Kolej Matrikulasi Kedah. Adik-adik nak jadi Fasi pun boleh, tapi kena belajar pandai-pandai macam abang-abang ni semua, tau !

Aktiviti petang ialah Danau Race. Dalam Danau Race ni anda akan belajar macam-macam. Biologi, Geografi, Sejarah, Entrepreneurship, Matematik dan Bahasa Inggeris. Nasib semua pandai English. Kenapa semua pandai English? If not you would bring me back some cow dung !

Untuk mendapatkan 'licence'. Get message in the bottle.

Korang jual ker korang sendiri yang beli ? One of the task - jual dadih !

Kita orang Malaysia, ketupat makanan kita. Budak-budak ni tak reti nak buat ketupat dan sanggup ambil penalti 10 minit. Encik Menteri Kebudayaan, boleh tak masukkan seni mengayam ketupat dalam sessi pelajaran kebudayaan ? Er, kita ada ker tak subjek ni di sekolah? Tak de, eh ? Tak penting ker ?

Sayangnya, pada hari Sabtu ni Abta Ternak tidak membenarkan peserta KLD ke ladangnya. Mereka cuci kandang agaknya. Jadi anak-anak ni disuruh mencari 'Jarum Mas'. Tak dapat sebab tak kenal :)

Kena ambushed :)

Ceramah Encik Kamal. Best, kan dik ? Bila ngantuk, ada selingan. Encik Kamal sedang ajar cara-cara 'berjalan'. Dah praktik, tak ? Amboi, dah bergaya hebat sekarang ye dik ?

Bersedia untuk pergi perang

Batalion yang kalah dengan Abang Farid dan Abang Firdaus

Balik dari 'War Zone'

Panaskan badan sebelum mandi.

Terima Kasih, anak-anak tersayang dari SMK TTA, Kundang Hulu, Muar, Johor kerana sudi berkhemah selama 3 hari di Kem Lambaian Danau.

Terima Kasih juga buat Puan Hazazah (mesra kami panggil Kak Zazah - she's a wonderful lady !), Cikgu Hasrol yang setia bersama anak-anak sentiasa dan Tuan Pengetua yang sudi merasmikan Majlis Penutup.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi

Dan menjawab pantun Yang Berbahagia Tuan Pengetua tempohari,

Pergi ke pasar membeli kobis,
Lapuran saya sudah habis !

p.s. Checkout your pic at Kem Lambaian Danau Fotopages. Link at the top of this page. There's link to Abang-abang Fasi's blog too !

2 comments:

aD said...

assalamualaikum kak G,

saya baru baca blog ni. menarik! tak sangka kat kg saya ada tempat outdoor yg happening mcm KLD. impress sgt.

teringin nk melawat tempat nih (bukan sebagai participant). just nk melawat & feel sendiri mcm mana life kat sana.. boleh tak?

-aD-

lilcute_girl said...

wahhh smk tengku temenggong ahmad! sy pnh sekolah di sana. :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...