Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Friday, May 18, 2007

The Green World Of KEM LAMBAIAN DANAU

Patutnya nak cerita pasal MaxiCall. Tapi I'm not sure, nak explain macam mana. Karang tersilap, rosak pulak otak budak-budak ! So, yang datang untuk Summer Camp tuh, nanti boleh experience yer !

Ianya pasal otak yang boleh di'folder-folder'kan. Zaman dulu, masa Mama sekolah, kalau belajar sambil dengar muzik, Mak marah. Zaman sekarang, belajar, dengar muzik dan tangan sambil-sambil tuh buat peta minda ! Barulah otak kiri dan otak kanan jalan serentak :) Semakin lama, semakin banyak cara untuk memandaikan manusia.

Consultant KLD pun dah sabar nak mengajar adik-adik peserta Summer Camp nanti. Tunggulah wahai Tuan Hasyim :)

Encik Nordin dah kena. Dia, kawan Pak Let. Biasanya dia dibayar beribu-ribu untuk memberi kursus. Di KLD, bukan sahaja dia memberikan diskaun yang banyak untuk Kem sahabatnya tapi mengajar anak-anak comel yang berpyjama sahaja ! Punyalah dia gelak, kali pertama dahulu :) Dia biasa memberi kursus kepada pegawai-pegawai korporat bertali leher, berkot sakan - tetiba di KLD .... hehe ... budak-budak kecik pakai pyjama ! Nasiblah Din, sapa soh kawan ngan kita orang :)

Well, memang tak sabar menunggu Summer Camp. Bukan sahaja Mama G dan Pak Let sibuk mengatur itu-ini untuk anda, abang-abang Faci pun dah sediakan banyak plan. Abang Zul dengan aerobic Watimang Landak dan Itik Gembo-gembonya. Along dengan ponco-ponco .. dan banyak lagilah.

Gambar diambil dari Tapak Putera. Depan tu laluan Safari 3 untuk Kayak

Laluan Obstacles Run. Sebelum 'Tangga Dalam Hutan'

Jeti, pandangan dari Tapak Putera.

Tasik, waktu pagi.

Tasik Hijau, pagi. Nampak tak Gunung Ledang ?

Canyon, lepas hujan

Canyon jugak, pun lepas hujan

Hutan sebelah Laluan Obstacles.

Tapak Putera, pemandangan dari Jeti


Di Lambaian Senja. Tiga sahabat yang berkawan baik sejak Tadika - Along, Kerry dan Firdaus. Berpisah di alam Universiti. Along dan Firdaus ke Uitm bersama Fathi dan Kerry ke Kolej Matrik Kedah. Mama will miss u, 'budak-budak kecik' Kem ! Sepanjang 'percutian tunggu result SPM', mereka berempat sentiasa sahaja menghabiskan masa di Kem.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...