Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Saturday, May 05, 2007

Kem Kepimpinan, SMK Tengku Temenggung Ahmad,Kundang Hulu Pt 1

Jumaat hingga Ahad, 27 hingga 29 April. SMK TTA sampai awal, sebab Kundang Hulu cuma terletak lebih kurang 1 jam dari Tangkak. Sedang elok semua fasi balik Solat Jumaat, makan dan menyiapkan keperluan akhir. Minggu ni pula saya sakit kaki, terdengkut-dengkut ke sana ke sini. Saya terjatuh bagaikan nangka busuk semasa menyapu mengemas Kem tempohari.

Sampai sahaja, taklimat dan undang-undang Kem. Minum petang, Solat Asar berjemaah dan pasang khemah. Sekejap sahaja, semua sudah siap. Pergi jogging ke Antara Dua Tasik. Adik-adik enjoy tengok pemandangan Gunung Ledang di petang hari. Firdaus, Fathi dan Kerry yang bawa peserta. Cicha dan Toyak, naik motor.

Sampai ke Kem semula dan 'cooling down'. Mandi dan bersiap untuk makan malam.

Puteri-puteri SMKTTA sedang khusyuk mengaminkan doa. Surau, Kem Lambaian Danau

Selesai makan malam, Solat Maghrib, Kuliyah Maghrib dan Solat Isya' berjemaah yang diImamkan oleh Imam Masjid Chinchin, Tuan Haji Haris. Selesai semua, 'Ice Breaking'. Pak Let yang sudah sebulan bercuti sakit, nampak cukup seronok bersama anak-anaknya. Dia orang ni pun best, baaaaiiiiikkkkkk sangat ! Really, selalunya asyiklah dapat kumpulan-kumpulan yang 'sedikit nakal', yang ni best betul. Bila PakLet tak puashati dengan 'cheers' kumpulan dan suruh buat semula, mereka bersungguh-sungguh buat lagi dan mahu buat yang terbaik.

'Cheers' yang mula-mula tu memanglah err, hampeh ! hehe. Ader ker, 'cheers joget lambak' ! Ni kumpulan Kuning (Group Abang Cicha). Ishhh, kan datang Kem Kepimpinan, kenalah 'cheers' yang bersemangat. Gelak besar semua orang tengok Kumpulan Kuning berjoget sakan :)

Menyiapkan headband dan logo kumpulan

Pemenang Rakit Race dan Cheers terbaik ! Tahniah !

Pak Let sedang nyanyikan anak-anak lagu 'Bantal Bucuk' ...Ku peluk-peluk kusayangi ..

Selepas 'Ice Breaking', masa untuk 'Night Walk'. Wah, tema minggu ni - Jangan Pandang Belakang. Teruk abang-abang fasi, kan dik ? Dah lah semua penakut, dia orang pesan - jangan pandang belakang pulak :) Malam ni langit tidak cerah sebab mendung seperti hendak hujan. Jadi, tak dapat nak tunjukkan adik-adik bagaimana nak tahu arah utara-selatan, nak mencari arah kiblat dll. Lain kali, yer ?

Abang Zack sedang takut-takutkan adik-adik !

Tengah merayu Abang Toyak - mintak balik berdua ! Nasib Abang Toyak tu okay :)

Akhirnya Night Walk tamat pukul 1.45 pagi. Selamat Malam. Esoknya, bangun dan Solat Suboh dengan diimamkan Abang Mamat. Abang Mamat ni akan ke Mesir, Universiti Al-Azhar pada bulan Ogos nanti. Morning Exercise dengan abang-abang Fasi semua.

Sarapan pagi, pagi ni Abang Syafiq dan Wak Ripin yang siapkan sebab Mama G masih 'nangka busuk' ! Seperti biasa, makan berjemaah dan abang-abang Fasi ajar adik-adik menjemput makan style KLD. Kat rumah, buat macam ni tau - jangan makan sahaja tak tahu nak mengajak mak-abah dan adik-beradik. Kitakan orang Malaysia, kita beradab dan bersantun.

Aktiviti hari Sabtu - Water Confidence, Rakit Race dan Danau Race. Sebelum masuk air, mesti ada keyakinan diri dulu. Selepas tu, adik-adik diajar bagaimana untuk mengapung diri dan bergerak dalam air. Juga cara-cara menjaga keselamatan diri.

Dah confident dah !

Mula-mula takut, lepas tu tak nak naik kedarat pulak :)

Jom lumba, siapa sampai dahulu !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...