Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Friday, June 22, 2007

Apsere Adventure Taman Negara Pahang. Day One

Minta maaf, peminat-peminat genglasak KLd !!!

Lama eh, tak update blog. We have been busy - kerja siang malam bagaikan berbini 4 orang mempunyai 10 orang anak yang nak dibagi makan :) hehe, tak delah, kita orang nak cari duit sekolah. Tak lama lagi U nak mula sem baru, banyaklah 'du' nak pakai, kan ?

Sibuk-sibuk tu pun, sempat meluang masa ke Taman Negara - yearly adventure yang diorganise oleh GengLasak. Tahun ni Project Manager kami, Fikry dibantu oleh Wan, Kudin, Zali, Boss dan Kucai telah bersusah-payah bekerja keras untuk merealisasikan segala yang telah dibincang sejak awal tahun lagi. Congrats to Fik & Gang - semuanya best belaka !

Bergambar depan Anjung Kelana. Sian Wak Ripin kena tinggal jaga Kem.

Hari Ahad, 4 Jun setelah habis Program Keluarga Hajah Habsah - dah salam Nenek dan lambai kumpulan yang kini telah menganggap kami keluarga mereka, kami bersiap-siap. Buang sampah, kemas Kem, mandi-manda dan mekap lawa-lawa :) Dah puas hati, semuanya dah hensem, berkumpul di pejabat untuk taklimat dari Projek Team dan PakLet.

Selepas Taklimat. GengLasak Junior yang 4 orang tu - berjaya dan lulus sebagai ahli Kelab GengLasak. Nana dan Ayin tiada dalam gambar.

Pukul 6 petang, bas datang untuk membawa kami ke Stesyen Keretapi Tampin - 1 jam setengah dari Kem. Dalam bas, kami dihiburkan dengan lagu-lagu Tamil terbaru, pilihan DJ driver bas. Seronok, bebs !

Lagu punyalah best, leh disco dalam bas ! Nadre, abang driver ! Muka kiri, Sam dan Muka kanan - Project Manager - Fikry. Muka camni sebab lagu tuh best sangat ..

Oleh kerana keseronokan itu, tidak sedar, sudah sampai ke Tampin. Makan malam. Jama' Maghrib dan Isya. Lawa-lawa semula dan berehat menunggu keretapi. Ramai lak aweks yang ngorats kami. Leteylah camni ! hehe

Makan di Tampin.

Keretapi sampai dan bermulalah perjalanan kami ke Jerantut, Pahang. Sekejap sahaja, genglasak dah mula buat kerja-kerja sukarela. Boss dan Fik, tukang bawa orang cacat penglihatan pergi tandas.

Stesyen Keretapi Tampin

Kami sampai di Stesyen Jerantut pukul 4.30 pagi. Terus bentang flysheet kat tempat lapang depan Stesyen Keretapi. Tidur sebentar. Sekejap sahaja rehat, Bas Latip datang jemput kami. Dah jadik member, Pakcik Latip sanggup jemput sehingga depan Stesyen. Kalau tidak kena menapak ke Stesyen Bas.

Dua jam perjalanan, sampailah kami ke Taman Negara Pahang ! Alhamdulillah ! Apa khabar Tembeling View Chalet dan RiverNet Station ? Sama macam dulu juga :) Rasa macam balik kampung jer, bebs !

Hajah Rosnah buka satu chalet untuk kami Solat Suboh. Bergilir-gilir solat sebab tempatnya kecil. Lepas tu, breakfast time ! Makan Nasi Lemak 'best in the world' yang telah dirindui sekian lama.

to be continued in day two ..

genglasak 2007 apsere adventure - paklet, mama g, abang sham, kak zu, fikry, syafiq, azwan, toyak, kucai, kudin, ghazali, blue, faiq, boss, ayap, fati, along, firdaus, zulhusni, mamat, aliff, angah, ayin, nana, aiman, qistina

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...