Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Friday, June 22, 2007

Apsere Adventure Taman Negara Pahang - Day Three

Walaupun malam hari kedua kami tidur lambat akibat dari aktiviti merangsang otak, paginya tetap kena bangun awal. Project Team atau PakLet ker yg kejut semua orang ?

Hari ni, selepas sarapan, kami akan ke Canopy Walk dan mendaki Bukit Teresek. Sarapan pagi masih Nasi Lemak Paling Sedap Di Dunia.

Bersiap dan Exercise Dulu. Streching.


Exercise depan Tembeling View. Lead by Kucai.

Naik River Taxi menuju ke Canopy Walk. Semua naik Canopy Walk kecuali PakLet yang gayat dan Mama G yang kakinya telah injured. (terseliuh bulan lepas, belum baik betul dan jadi teruk di Taman Negara).

Mutiara Taman Negara Resort.

Depan Chalet di Mutiara Resort

Besar beb, pokok nih ! Ada lagi yang lebih besar dari ni ..

Budak berdua nih, mana pergi pakai swimsuit, senang nak terjun dalam air !

Canopy Walk sedang diperbaiki, jadinya 'walk' tuh dah pendek, tapi bayar serupa juga. Tak mencabar sebab laluan yg tinggi tuh lah yang diperbaiki.

Kami di Canopy Walk. Aiman, Abang Sham, Kucai, Ayin, Apis, Fikry.

Hampir sampai hujungnya ! Dari kiri : Boss, Fikry, Zul, Faiq, Mamat, Wan

Dah sampai bawah !

Selepas turun dari Canopy Walk, kami mendaki pula Bukit Teresek, bukan dari jalan shortcut, tapi dari jalan ke Canopy Walk tadi.

Bukit Teresek ni, tingginya 1.5 km. Steep. Mendaki dalam keadaan lecak dan basah selepas hujan, lagilah mencabar. Tempat-tempat yang steep tuh, kena berpegang kepada tali. Selepas 800 meter, Mama G mengalah, tidak boleh mendaki lagi. Lagipun worried, takut ada ligamen yang injured. Kesian pun kat GengLasak, yang bergilir-gilir membantu. Without Mama G, GengLasak can climb faster.

Nana dan Qiss yang tak tahu penat !

Mama G pegang kayu dah dan ditolong kami, tapi tak larat lagi selepas 800 metres

Mama G dan PakLet decide untuk turun ke Kuala Tahan (Mutiara Resort). Fikry take the responsibility untuk bawa turun Mama G dan PakLet. Manalah tahu kalau Mama G takleh jalan lagi, PakLet can take care of her while Fik pergi cari pertolongan.

Jauh lagi beb ! Sampai atas 1.5 km, pastu nak jalan lagi ke Lubuk Simpon, pastu Kuala Tahan !


Yang lain meneruskan perjalanan. Lead by Syafiq and Toyak dan Abang Sham sebagai sweeper. Sampai first view and second view. Kat sini tempat orang tengok view Gunung Tahan. View tak clear pun. Kami tanyakan keadaan jalan ke Lubuk Simpon/Kuala Tahan dari Bukit Teresek dengan guides yang kami jumpa di First View. Okay, boleh jalan ! Sebenarnya beb, jalannya bahaya dan tiada trail lagi setelah bertahun-tahun jalan itu ditinggalkan. Tapi sebab kami tidak mengambil service dari guide-guide tu, maka mereka naklah 'test' kami. Inipun kami tahu setelah selamat sampai ke Tembeling View.

Taklah kami risau sangat, memandangkan kami biasa di hutan. Tapi kami bawa 4 budak kecil - Qistina (7 tahun), Nana (9 tahun), Aiman (9 tahun) dan Ayin (11 tahun). Kak Zu, okay, hebat ! 200 meter dari Bukit Teresek tiada trail lagi. Mula susun orang berjalan. Syafiq dan Toyak di depan sekali. Diikuti Kucai, the girls dan geng lain memantau dan menjaga budak-budak kecik. Belakang sekali, Firdaus, Zul dan Abang Sham sebagai sweeper. Kami berjalan dalam satu kumpulan, tidak berpecah.

Syafiq jatuh. Syafiq tidak pernah buat kesalahan begini sebab antara kami, Syafiq boleh dikira paling alert di dalam hutan selain Toyak, Kucai dan Zali. Toyak take over sebagai leader. Toyak berpengalaman dalam hal hiking-hiking nih. Dia dah panjat Gunung Ledang lebih 60 kali. Tapi dalam hutan, lagilah tempat yang firstime pergi, banyak cabaran, banyak dugaannya. Bukan percaya pada kuasa benda ghaib, tapi hari tuh, kami diuji. Alahai, 'dia' ikut kami ! Jenuh Abang Sham marah, barulah kami ditinggalkan.

Sudahlah tiada trail, tiada bunyi yang boleh dibuat pandu arah. (bunyi air, bunyi bot) Hutan pokok besar, redup, agak sukar mencari arah dengan panduan cahaya matahari. Kami terus kebawah, mencari Sungai Tahan. Akhirnya terdengar juga bunyi deruan bot. Alhamdulillah ! Barulah semua boleh bercakap. A lesson learnt, lain kali kena bawa Compass. Boleh kena tinggal jer Compass kat Kem.

Kalaulah anything happen that day, kami tiada bekalan makanan ! Yang ada cuma beberapa botol air mineral dan lolipop yang Kak Zu bawa untuk budak-budak kecik. Cuma yang baiknya - PakLet, Mama G dan Fik berada di Mutiara Resort. Kalau lebih 5 jam kami hilang, mereka tentu sudah meminta pertolongan. Dalam hutan ni, lagi lama hilang, lagi susah nak jumpa sebab kesan-kesan tapak kaki telah tiada.

Bila nampak Lubuk Simpon, terus semua suka semula ! Mandi manda lagi :)

Mandi manda dan cuci rambut.

Balik ke Tembeling View for a late lunch. Jama Zohor dan Asar.

Petang tu, patutnya rehat.

Kami layan Ais Kacang kat RiverNet. Kakak Tuan punya kedai tuh orang Swiss, bersuamikan orang Melayu. Dah kenal dia sejak tahun lepas, so bestlah sembang dan mengusik. Kami layan dia cakap Melayu, suka dia. Buat Kedai tuh macam Patio Fasi kat Kem !

Yang main tengteng, main tengteng. Last-last, kami ke Woodland Resort, main pool.

Hari nak hujan lak, balik ke Tembeling View.

Malam, Fik and Team arranged Doa Selamat untuk Kem dan meraikan Hari Ulangtahun Perkahwinan ke 14 untuk Abang Sham dan Kak Zu ! Tahniah - semoga berkekalan sehingga ke Syurga. Amin ! Hajah Rosnah served BBQ yang best !

Doa Selamat dibacakan oleh Mamat, yang akan ke Al-Azhar bulan September ni.

PakLet dan Abang Sham potong kek untuk Kem

Keluarga bahagia Abang Sham dan Kak Zu. Ada rezeki tahun depan bolehlah menyambutnya di Apsere Adventure, Taman Negara Mulu, Sarawak pula !

Selepas Majlis Doa Selamat, Brainstorming Session. Mencari idea untuk aktiviti-aktiviti baru untuk Kem. Sleep and dream on your idea, guys !

Malam tu, pukul 10 malam, kami pergi River Safari. Tengok binatang liar waktu malam. Nampaklah seekor burung hantu dan 2 ekor kijang ! Angin malam yang sepoi-sepoi dan sejuk lepas hujan dan keadaan yang sunyi telah membuatkan seorang demi seorang lelap !

That's the end of Day 3. To be continued in Last Day in Taman Negara ...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...