Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Wednesday, February 01, 2006

Majlis Daerah Jasin

28 - 30 Januari 2006

Bila terima senarai nama peserta MDJ, saya terpegun. Aduhai, veterannya peserta ! Paling matang, berumur 55 tahun. Hmm, dulu tu, pernah juga terima peserta veteran nih, tapi mereka datang atas tiket Kem Rekreasi. Berpoya-poya. Senang jer melayan. Pasangkan karaoke set, pakcik layan, kami tido ! hehe. Esoknya, untuk morning exercise, fasi jer exercise. hehe.

Pagi Khamis, pergi bayar duit insuran mereka, bila Setiausaha Majlis telefon. Ke MDJ untuk bincang-bincang lagi.

+++++++++++

Peserta MDJ sampai pukul 8.30 pagi ke Kem. Ada yang naik Jeep MDJ dan ramainya yang naik motor sendiri. Toyak cakap, malam kena kunci gate besar nih, karang adalak yang balik tidur kat rumah.

Saya dan Gengdapur dah siapkan minum pagi. Kuetiaw dan mee goreng. Biar berat sikit, takut ada yang tak sempat breakfast. MatGer buat air teh susu. Selalu kat Kem, kami bagi Nescafe. Kalau peserta orang muda, selalu pagi-pagi mintak 'caffeine'. Tah, mat salleh mana tah bebudak nih. Makan lak, tak makan pedas, vegetarian. Ishhhhh Melayu pekenda lak tak reti makan pedas nih, vegetarian nih .. Ler, sorry. Termerepek lak.

Puk puk (tepuk pipi .. i'm still tired gang, lom ilang penat MDJ).

Back to MDJ :) Fasi yang bertugas : Cicha, Toyak, Asri dan Azlie. Dino kata nak datang. Lepas minum, taklimat program dan undang-undang Kem. Seperti biasa, saya tetap jadi 'Mak' pada semua peserta. Cuma, minggu ni saya tak berani nak panggil anak-anak saya dengan nama manja masing-masing. Takkan nak panggil Encik Ramli tuh Meli jer (akhirnya saya panggil dia Tok Meli), Encik Aris tuh Aris jer (saya panggil dia, Pak Aris kemudiannya). Kurang ajar pulak rasanya. Saya nih Melayu Lokal (bukan Glokal, bukan Global). Very the Lokal, very the kampung gituh !

Fasi pun macam tuh. Orang Melayu yang sopan, kan. Fasi panggil peserta, Encik. Peserta panggil fasi, Cikgu. Cikgu Azlie, Cikgu Asri. Cikgu Toyak, Cikgu Cicha dan Ustaz Dino. Pak Imam Haris, Pak Imamlah. Encik Kamal, Encik Kamal lah. Matger dan Syafiq dipanggil 'Abang'.

Dan saya, emaknya nih dipanggil 'Akak' dan yang tua dari saya, yang kenal saya dan Mak saya - panggil saya 'Dak Ogy'. Dah orang kampung sendiri, nak buat macam mana :) Saya suka pun, rasa mudaaaaa lak !

Program pertama ialah 'Ice Breaking'. Bagus sungguh presentation mereka. Kami banyak buat program 'Team Building' sebelum nih. Kumpulan ini adalah antara yang terbaik. Bersungguh-sungguh mempertahankan idea masing-masing.

Aktiviti luar untuk hari pertama ialah 'Water Confidence'. Bukan macam biasa punya 'Water Confidence'. Nanti gambar Mazwita siap, kalau MDJ bagi saya, akan diuploadkan. Segalanya gerak kerja kumpulan.

++++++++++++++++

Hari Kedua.
Solat Suboh dan Tazkirah bersama Dino. Peserta beritahu saya, 'Ustaz cerita kisah Nabi'.

Aktiviti pagi tu ialah Obstacles Run. Mereka diberi 'time limit' 40 minit. Tapi mereka melalukannya kurang 25 minit ! Syabas ! Ada kumpulan yang buat 19 minit. Rekod Kem, 15 minit.

Selepas Obstacles Run, Kayak Safari.

Petang, Bina Rakit dan Rakit Marathon. Rakit Marathon nih, lebih jauh jaraknya dari Rakit Race.

Lepas Maghrib, BBQ Dinner.

Malam, bersama Encik Kamal.

Ni paling seronok. Encik Kamal, sebelum ke perkara-perkara 'serius' bagi peserta 'seronok' dulu. Berjoget dan beriang gumbira. Encik Kamal mainkan lagu Aladin, Kasih Latipah, lagu Dangdut Amalina (tak tahu lagu apa) Amboi, sakan semua. Dah macam joget lambak rumah orang kahwin. Kami camkan sahaja, yang sakit kaki yang tak larat buat aktiviti tadi. Amboi, sehat ye bang !

Malam ni kami belajar pasal IQ, EQ dan SQ.

Penekanan pada EQ. Banyak yang saya belajar. Walaupun setiap minggu ada ceramah, kami tetap mendengar tanpa jemu. Lagipun setiap minggu bukan benda yang sama. Lain kumpulan, lain module, lain ceramahnya.

Selepas ceramah, sessi Luahan Rasa.

Selamat Malam.

++++++++++++++

Hari Ketiga.
Solat Suboh dan Tazkirah dengan Ustaz Dino.

Sarapan pagi. Macam biasa, Matger sediakan Teh Tarik. Mee Goreng, Meehoon Goreng dan Telur Rebus.

War Game. Saya suka tengok peserta nyanyi lagu MDJ tentak marching. Bersemangat !

Makan Tengahari. Majlis Penutup.

++++++++++++++

Bersama mereka selama 3 hari, nampak begitu banyak perubahan. Jika hari pertama berkelompok-kelompok, pada hari terakhir, semuanya berpeluk mesra. Sudah rapat antara satu lama lain.

Kerjasama yang paling tip-top. Tok Batin siap tubuhkan Biro Surau, Biro Tandas dll. Pagi-pagi lagi sudah ada yang menyapu Camping Site, buang sampah, cuci sinki ... Tak payah nak suruh, nak check. Semuanya siap.

Nantilah bila dah hilang penat, saya edit lagi report nih.

++++++++++++++

Salam Tahun Baru Hijrah 1427.

2 comments:

spyz said...

ooo.. blog sudah berwajah baru..

teringat gi KLD rayacina tahun lepas..

kita tunggu anak bujang tokrimau melalui proses 'penyucian' di KLD.. hehe...

Anonymous said...

Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. Cialis Photo de fille en bikini Freshlook dimension 2 acuvue Audio conferencing t How to take medicine topamax for migranies buy cialis online Surveillance casino job cialis british columbia roche tamiflu what is surveillance in the workplace Exercise fitness equipment Tadalafil 25mg sculpteurs amateurs

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...