Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Sunday, March 06, 2005

Kolej Profesional MARA

Image hosted by TinyPic.com

Anis dan Azib dengan abang-abang Kolej Profesional MARA, Melaka


Selepas 2 minggu melayan kumpulan peserta yang ramai, minggu ni terasa sunyinya ! KPM datang dengan sebuah bas sahaja, sangatlah tidak ramai peserta minggu ini. Apapun, ini adalah salah satu kumpulan yang paling seronok pernah dikendalikan.

Hari Jumaat
KPM sampai sebelah petang. Macam biasa, ambil barang-barang larangan di Kem dan PakLet bagi taklimat program. Pasang khemah dan minum petang. Solat Asar.

Jogging ke Tasik Biru. Balik jogging dan bersihkan diri. Solat Maghrib dan Makan Malam. Solat Isya'.

Ice Breaking.

Nite Walk. Nite Walk yang paling bertamadun pernah disaksikan. Geger memang fail sebagai hantu. Dia dok dalam semak, dan diam-diam sahaja. Tak tegur peserta, tak buat apapun. Cuma duduk, dalam semak. Duduk-duduk sahaja. Musykil juga, apekejadahnya dok dalam semak kalau takmo berperanan sebagai hantu. Tapi itulah Geger kami :) Seksa sungguh nak dengar suara dia. Ada seorang yang penakut, namanya Ati yang menjerit-jerit. Alahai, bukan mencabar pun hantu-hantu yang bertugas malam tu. Semuanya sopan dan baik-baik belaka :)

+++++++++++++++

Hari Sabtu

Pagi ni pergi Treasure Hunt. Route Kampung. Ada sessi temuramah dengan orang kampung. Ada soalan macam ni, "Siapakah Imam Kampung Simpang Chinchin ?". Peserta tanya orang tua. Orang Melaka jika menyebut nama orang selalu mula dengan 'dak'. Dak ni macam 'si' la. Jadi dapatlah kami jawapan seperti , 'Dak Long' (Abang Long, Cikgu Ahmad Nizal) dan Dak Ayie. Dak Long dan Dak Ayie ni, sungguh tua orangnya .. bukan 'budak'.

To be continued .. letih la, mau balik rumah


Image hosted by TinyPic.com
Bikin Rakit Sama Abang Cica


Image hosted by TinyPic.com
Toyak Berkayak .. sila jangan ikut cara salah ini.


Image hosted by TinyPic.com
Taman Depan Dataran Gemilang


Photo Credit to Dayang Norfaizah Ungku Norfaizah.

1 comment:

Ungku Nor said...

kak G..kemana menghilang..nanti minggu depan orang langsung tak on PC tauu..windu eh kat akak..kem salam spesel kat Abg Toyak..heheh..yelaa..ye laa..kat Kemang & Geger skali..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...