Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Monday, March 21, 2005

Panas ?

Menurut suratkhabar, cuaca hari ni bakal menjadi paling panas tahun ini. Di Kem, macam biasa sahaja. Alhamdulillah. Syukur saya, di saat orang lain rimas panas. Kami di Kem mewah dengan tiupan angin. Suasana nyaman dan selesa. Tiada siapa di Kem. Kemang dan Geger off. Bolehlah saya mandi-manda di tasik sebelum balik rumah nanti.

Hari ni hari membasuh di Kem. Cuci cadar bilik-bilik penginapan dan cuci langsir pejabat. Walaupun cuaca nyaman, namun saya sedang beremosi.

Hati sedang panas. Geram dengan seorang wanita bergelar ibu. Ibu kepada seorang staff saya. Disini saya sebut sebagai Mamat sahaja.

Semalam, seharian mendengar masalah. Patutlah beberapa minggu ni Mamat kelihatan tertekan, tidak ceria dan produktiviti kerjanya menurun. Disuruh satu, satu dibuatnya, itupun tidak sempurna. Saya panggil dia ke pejabat, tanya dari hati ke hati. MasyaAllah, tubuh belasan tahun tu menanggung seribu masalah. Masalah terbesar, masalah kewangan keluarga. 2/3 gaji yang dia dapat setiap bulan, diberi pada Ibu. Duit elaun hujung minggu juga untuk Ibu. Motosikal keluarga yang dia tidak pun gunakan, dia yang bayar. Kira-kira, cuma ada kurang seratus ringgit untuk dia setiap bulan. Patutlah sudah tidak rajin, dia berasa bekerja tanpa mendapat imbuhan sepatutnya.

Saya beritahu dia, cukuplah yang sedikit tu. Duduk kampung, bukan perlu belanja besar. "Habis, saya nak makan apa ?". Rupa-rupanya, makan minum dia pun tidak tersedia. Pergi kerja dengan perut kosong. Bila awal bulan, masih ada duit. Minum Kedai Bidin, Julas atau Simpang Cenderah. Tengah-tengah dan hujung-hujung bulan, minum dekat Kem sahaja dan makan biskut.

Tengahari pun begitu. Kadang-kadang Ibu masak, dapatlah makan nasi. Kalau tidak, lapar dan makan biskut lagi dekat Kem. Kawan dia sampai beritahu, "Mak aku menoreh, balik kerja, dapat juga aku makan nasi. Mak engkau duduk rumah jer, takkan nasi pun tak boleh masak". Memanglah malas. Asyik makan luar sahaja. Tak kesian langsung kat anak. Dah lah budak tu tidak disekolahkan. Kalau nak kikis anak, sekolahkan lah tinggi-tinggi. Biar jadi doktor, jadi peguam. Lepas tu,
kikislah. Ini budak tu membanting tulang setiap hari, dia elok-elok buat hutang dan memboroskan duit yang anak penat cari.

Makan minum anak pun tidak dipeduli. Apa punya jenis Ibu, perempuan seorang ni ?

PakLet buatkan untuk Mamat pelan kewangan. Kawan dia, kena bawa dia pergi ke Tabu**ng Haji untuk buka akaun. Berhenti bayar duit motor, biarkan siapa yang nak pakai motor tu, bayar. Duit tu simpan dalam TH.

Dulu Jepun, kami simpankan duit sampai boleh beli motor. Mula-mula kerja, pergi kerja jalan kaki. Lepas tu kami belikan basikal. Potong gaji sikit-sikit. Simpan lagi dan akhirnya dapat beli motor.

Harap-harap Mamat ni bolehlah selesaikan masalah dia. Kesian.

+++++++++++++++++++++++

Selamat Untuk Adik-adik fasi tersayang

Tompel, pG dan Dino yang sedang exam. Semoga mendapat keputusan cemerlang :)
Asri, Pakdi, Azlee, Fendi, Madas - presentation esok, kan ? Selamat Berjaya !
Zack, Iha, Bamz, Aizam di MMU - selamat setadi, nak menghadapi exam bulan depan !
Ashraf dan Kucai - selamat prepare report !

Kita orang kat Kem semua rindu korangs :)

++++++++++++++++++++++++

Orang kata, cuaca panas membuatkan orang jadi agresif. Di KLD, tidak panas dan angin sentiasa bertiupan. Tapi masih ada insan yang bertindak luarbiasa. Hehe ..

Image hosted by TinyPic.com
Tok seksi di KLD. Kat tempat lain, dia tak berani buat macam ni :)

Image hosted by TinyPic.com
Cara-cara Basri menjaga perut. Senaman kelawar jantan. hehe

4 comments:

rudy bluehikari said...

Kesiannya Mamat ni. Harap2 kak G boleh bantu dr segi pengurusan kewangan dia. Betul tindakan Kak G tuh. Mcmanala sanggup ibu buat anak mcm tuh...

Zareda said...

kat Kl pun tak berapa panas sebab hujan aje tapi jerebu ler plak.

Kesian mamat tu, memang perlu ada org bimbing dia pasal financial

Ogy said...

Rudy dan Zar :

1. Thanks 4 the comment
2. Memang kesian Mamat ni, sedih sungguh tengok nasib dia. Paling sedih cerita dia masa dia diberhentikan sekolah dulu. Dia kerja (umur 12 masa tu), cari duit beli kasut sekolah, uniform. Tiba-tiba Mak dia tak bagi sekolah, kata tak mampu.
3. Tapi geramlah tengok rumah dia, perabut serba lengkap, alatan letrik serba lengkap. Anak terabai !
4. InsyaAllah kami bimbing dia. Dia baik orangnya. Rajin.
5. Datanglah KLD. Jerebu tak ada, angin bertiup kencang :) Tapi air tasik dah surut :(

Anonymous said...

Keep up the good work film editing schools

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...