Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Friday, March 18, 2005

Busy 3 grup

SMK Sultan Alaudin

Masuk dari Jumaat hingga Ahad.

Fasi-fasi KUTKM tengah final exam, fasi MMU sahaja yang boleh datang kecuali Bamz. Bamz tengah mode 'takleh kacau langsung'.

Yang bertugas untuk kumpulan ni : Cica, Toyak, Zack, Iha, Asyraf dan Iwan. Zack ialah Asst.Kem Komandan. Itulah sahaja fasi yang bertugas. Di dapur pula, Pak Haji bercuti sebab anak saudaranya berkahwin. Saya yang memasak dibantu oleh Sham, Geger dan Kemang. Memang bertungkus lumus dibuatnya.

Image hosted by TinyPic.com
Heliconias depan Anjung Kelana. Taken in apr 2004


Asst. Kem Komandan dapat pujian dari semua. Zack rajin. Kalau selalu dia perlu dikejutkan, minggu ni dia yang bangun dulu, kejut peserta, kejut fasi-fasi. Jadi imam untuk solat berjemaah dan handle senampagi. Sebelum aktiviti bermula, peserta dah siap berkumpul. Gudwork, Zack !

Malam pertama, macam biasa. Ice breaking dan night walk. Sultan Alaudin, pelajarnya baik-baik dan bersopan. Tidak perlu nak jerit-jerit. Cuma 'fighting spirit'nya agak kurang. Kawan nak menang, menanglah. Tak kisah langsung nak berlawan.

Ada kumpulan yang kena denda. Kumpulan kuning. Ada mamat seorang ni hilangkan headband. Apalagi, kena basuh periuklah. Tapi dia datang dapur, dia panggil saya, 'Ibu'. "Ibu, nak buat kerja apa, Ibu ?". Alahai, kalau suruh dia basuh jugak
periuk terasa cam ibu tiri pulak ! Lemah jiwa saya dibuatnya !

Malam kedua tiada malam persembahan. Mereka mendengar ceramah oleh Insan Resources, Encik Nordin. Lepas tu, blind walk. Macam-macam kerenah :)

Seronok dengan anak-anak yang berbudi bahasa dan santun ni.

Ahad tiba dan masa untuk berpisah. Semasa Majlis Penutup, SMK Bt 5 pula sampai. Habislah angan-angan untuk tidur barang setengah jam :) Hantar dulu SMK Alauddin balik sebelum menyambut SMK Bt 5.

+++++++++++++++++++++++++

Maktab Perguruan Raja Melewar

Masuk hari Sabtu hingga Selasa. Program Pengakap. Mereka buat sendiri program ni. Cuma sewa tapak, sewa bilik, sewa barang-barang dan makan sahaja. Aktiviti mengikut module pengakap. Ini siri kedua tahun ni. Banyak ceramah pun mereka ni. Seronok ada orang menyanyikan waktu kami bekerja. Dah dapat hafal dah lagu-lagu pengakap ..

Image hosted by TinyPic.com
Pokok sakat dan palm yang ditanam depan Anjung Kelana


+++++++++++++++++++++++++

SMK Batu 5, Jalan Ipoh.
Masuk hari Ahad sampai Selasa. Masuk, masuk sahaja dah perasan, ni sure lain dari Alaudin ni. Pelajar dari bandar dan dari kampung tak sama. Cara handle tentulah tak sama.

Program yang diambil sama dengan Sultan Alaudin, cuma mereka ada Malam Persembahan. Tiada ceramah.

Fasi orang yang sama tapi Zack dan Iha dah balik. Diganti dengan Ruddy, Azim dan Azfar. PakMan pun ada.

Kumpulan ni ada peserta yang degil. Bila ada 2, 3 orang yang macam tu, menyusahkan semua orang. Tak seronok sungguh dibuatnya. Kalau ni Kem Bina Insan, yang pesertanya 'pelajar-pelajar bermasalah' tak apa jugak. Ini Kem Kempimpinan yang pesertanya terdiri dari pemimpin di sekolah - pengawas, pengerusi persatuan, ketua tingkatan ..

Kesian pada yang lain, bila seorang silap semua kena denda. Ada pasangan-pasangan bercinta yang buat fasi tak dapat tidur, kena berkawal sepanjang malam.

Satu demi satu kejadian berlaku. Yang tidak betulnya cuma seorang dua. Yang lain, bagus dan mencuba sedaya upaya memberikan kerjasama yang terbaik. Macam-macam ujian buat peserta, juga buat kami.

Berakit, jungle trekking, malam persembahan dan akhirnya pada aktiviti terkahir, Obstacle Run barulah kumpulan bersatu. United as one, finally. Nak meleleh airmata dibuatnya bila Cikgu Kamarudin dan kawan-kawan angkat Zila yang cramp dan Amelia yang pengsan di lake crossing.

Semua yang lain tunggu di Dataran bagi semangat kat mereka berdua.

Berjaya juga memecahkan iceberg tuh ! Huh lega !

+++++++++++++++++++

Selasa tuh, MPRM keluar dulu, lepas tu Jalan Ipoh pulak.

+++++++++++++++++++

Image hosted by TinyPic.com
Heliconias kuning sedang berbunga lebat


Semasa program berjalan bawa anak-anak tidur di Kem kecuali Hafidz yang ada tuition. Nana tengah demam, tu yang bawak tu. Dapat berendam air tasik, malam tu batuk hilang, selsema hilang. Memang kami buat begini pun bila anak-anak demam. Mandi air yang terdedah dengan cahaya matahari ni baik untuk kesihatan.

Peserta-peserta yang datang semuanya seronok dengan keadaan yang berangin di Kem. Walaupun sekarang musim panas, waktu pagi di Kem masih perlu pakai baju berlengan panjang. Malam pun begitu. Sejuk.

Malam ni saya tidur di Kem lagi. Esok Kolej Yayasan Melaka pulak masuk.

2 comments:

Ungku Nor said...

Bamz,jom deting minggu depan..pepehal call akak laa..016-2789967..windu la nak jumpa awak..

Ungku Nor said...

kak G..oo..kak G..kalau takde aral,insyaallah minggu ni org nak turun KLD..nak antar baju & nak lepas rindu kat abg Toyak..hehehehee...tak laa..start minggu depan org dah sebok dengan projek tart..takut langsung tak dapat dah nak turun..ye kak ye..sian kat Paklet..nanti takde seluor kecik nak pakai..ngeeee..windu kat akak & KLD..gejuis nak dtg pra-duging tu biarla diaorg dtg..lagipun April ni bebudak mungkin ada grading karate..nanti clash date dgn projek basah tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...