Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Wednesday, March 23, 2005

MPIK

Esok, MPIK masuk sehingga hari Sabtu.

Selamat Datang lagi sekali, Dr. Amir n Gang ! Saya suka Dr. Amir. Sempoi orangnya, baik, peramah dan comey .. hehe saya suka tengok topi Baretta tuh ! :) Gang MPIK pun best jugak. Tapi, jangan lupa bawa sekali food tongs akak yang korangs pinjam hari tu. Orang dah tolong dia buat BBQ, food tongs orang dibawa balik ke Cheras sekali pulak !

++++++++++++++

Ini untuk adik-adik saya yang bakal jadi Boss.

Tahniah !

+++++++++++++

A happy place to work

Seronok bekerja di Kem. Tiap-tiap minggu berlainan kumpulan yang masuk. Dari budak kecik (peserta paling kecik pernah masuk Kem ialah Encik Affif Faizul, umur 4 bulan) hinggalah kepada kumpulan pekerja yang dah nak pencen.(Pakcik-pakcik dangdut Felda, dikau sentiasa dalam ingatanku .. hehe)

Image hosted by TinyPic.com
Ahli GeJu Junior bercamping di KLD.

Macam-macam kerenah, berbagai perangai. Mewarnai kehidupan bekerja di Kem. Kadangkala seronok, kadangkala tension. Apapun kami gembira dan sedaya upaya buat kumpulan yang datang gembira juga.

Kami bertuah kerana punyai team yang bagus. Kumpulan kami baik. Semua orang boleh bekerja dengan sesiapa sahaja. Letaklah Azlee dengan Iha, boleh sahaja. Azlee dengan Bamz, pun boleh. Pakdi dengan Sham, memang cun ! Asri dengan Iha, palinglah lawa ! Persatuan Ayam Serama ke, Fasi Fit ke, Labu Sayong ke - semuanya sekepala. Yang di dapur pun macam tu, relax sahaja, datang 200 peserta pun boleh, 400 peserta pun okay. Kalau penat teruk pun, setakat sedikit biol sahaja. Tu pun, main tukar-tukar nama. Entah kenapa, bila penat tak boleh pakai nama Melayu. Maka Pak Haji pun jadi
Uncle Robert. Apapun, saya sentiasa menghormati pekerja saya sama seperti mereka menghormati saya. Uncle Robert pun, Uncle Robertlah :)

Menghormati sesama sendiri penting. Di dapur, Pak Haji boss. Kalau saya hendak minta Geger dan Kemang buat sesuatu, saya beritahu PakHaji. Begitu juga bila dengan peserta. Kalau ada apa-apa, fasi tidak memandai sahaja beri arahan. Kem Komandan ada untuk beri arahan, kalau KK tak ada, Asst.nya ada. Dia yang bagi arahan. Dan kami ikuti arahannya.

Pekerja Kem pun berbagai orangnya. Dari yang hanya bersekolah rendah sehinggalah yang berijazah sarjana. Paling ramai, bakal-bakal pemegang ijazah sarjana muda. Layanan saya sama sahaja kepada setiap dari mereka. Kalau lain pun, setakat hormatkan umur. Takkan nak bergurau kutuk mengutuk dengan yang lebih tua dari saya, kan ?

Pada yang lain sama sahaja. Kalau yang tidak sekolah pandai tu, tak adalah sesiapa nak cakap bodoh ke, IQ kurang ke. Sebab orang yang menganggap orang lain bodoh dan IQnya rendah lah yang kurang. Kurang ajar :)

Fasi tolong kerja dapur, dan orang dapur tolong fasi. Orang dapur suka tolong jadi hantu. Fasi pun menolong juga di dapur. Bamz rajin mengemas meja dan kaunter buffet. Saya, Iha dan Azlee suka potong sayur kacang. Kalau tak suka pun, kena tolong juga. Nasib sekarang PakHaji tak suruh beli sayur labu. Kalau tak, ramai-ramai kena siang labu. Busan wo, layan John Labu. Kalau Cik Siti Kacang Panjang tu, okay. Ikat-ikat, buang hujung, gunting-gunting. Siap.

Saya mementingkan kesetiaan. Saya tidak akan mengambil/memanggil pekerja yang telah menunjukkan dia tidak setia kepada syarikat. Setia bukan sahaja kepada syarikat tetapi kepada semangat setiakawan. Orang malas pun saya tidak suka. Selalunya orang malas suka mengambil kesempatan. Tidak adillah, kawan kerja. Kita pulak tidur.

+++++++++++++++++++

Walau apapun, perniagaan saya tetap menjadi keutamaan. Apa tindakan, perniagaan Kem ni mesti diutamakan.

Saya mahu bila pekerja-pekerja datang bekerja, mereka datang bekerja dengan hati yang tenang dan gembira. Tiada rasa terpaksa. Saya selalu bandingkan dengan pengalaman kerja saya.

Dulu bekerja di sebuah tempat ni, happy sangat. Seronok bekerja. Boss best. Anggap kami semua, executive-executive bagaikan adik sendiri. Kami tetap baik sehingga hari ni. Dia masih datang rumah saya bila Raya. Dia sekarang sudah jadi orang penting, tapi dia tetap Encik M pada kami berdua.

Tempat kerja yang satu lagi ni, sungguh la tak seronok. Saya suka cara pengurusannya, tetapi saya tidak suka Boss saya. I was the second boss. Letih ma, mahu menghormati dia. Dia suka diampu. Perkara yang saya tidak buat :) Saya bahasakan diri, Kakak kat staff bahawahan saya. Dia, kami panggil Cik. Aduhai, bila bercakap dengan kami pun dia bahasakan diri dia, "CikW". Harap-harap sekarang dia dah tak buat macam tu lagi. Apekejenis protokol lak gitu ! Kat tempat ni, hari-hari pergi kerja tension. Fikir, apa pula konflik hari ni. Hari-hari bermasalah. Risau tengok muka dia yang mencuka. Segala benda dia nak buat susah. Saya jenis yang suka bekerja dalam keadaan gembira.

Bila dah ada perniagaan sendiri, ada pekerja sendiri. Saya mahu pekerja bekerja dalam keadaan yang tenang. Kerja penat pun, tak tidur pun, boleh senyum-senyum lagi. Tuhan sahaja yang tahu betapa penatnya kami setiap minggu. Tapi kami best, kan geng ? Semua cool :)

++++++++++++++++++

Minggu ni majlis potong jambul dan aqiqah untuk HADI IQMAL FADHLI. Ke Gemencehlah gamaknya selepas MPIK keluar. Ahad, tidur.

GengFasi, Projek Rahsia tu on, tau ! Someone tolong beritahu Madas, PakLet nak jumpa pasal projek Orienteering/Compass Marching. Geng Askar yang lain - Kucai dan Asri, boleh tlg jugak utk projek ni.

+++++++++++++++++

Saya sedangkan siap schedule untuk April. Ada 9 hari berturut tanpa cuti ni.
31/2-2/4 MPIK, 1-3Apr KK Alor Gajah, 4-5 Apr, Klinik Kayak UIA, 7-9 April, MPIK. 8-10, SMK Munshi Ibrahim, Labis. 13-15, SMK Seg Hwa Segamat. 14-16, MPIK. 15-17, GengJurnal.17-20, PPD Muar. Pastu rehat 2 hari. 22-24. SMA Arrahmah, rehat sehari. 25-27, TNB. Esoknya 28-30 MPIK lagi.

Asarehe la kita semua, bebs !

++++++++++++++++

7 comments:

Ogy said...

Sorry gambar tu censored skets. Tp aritu, ader orang tumpang basuh baju di Kem. Tin, Shila, UngkuNor - tuduhlah mereka !

Hahahaha ...

Ungku Nor said...

kak G..org tak sidai baju kat jeti tauu..kami sidai depan bilik jee..akakkk..minggu ni takde org ke??..nak antar kek lapis cemana nih..

Ogy said...

ungku, dtg 2/4 jer la. minggu ni akak ada hal pun.

hehe .. bukan baju awak eh?

spyz said...

a'kum kak g..
baju tu bukan saya punya..
ehhh?.. hehe..

shyeye said...

assalamualaikum...

camana nak kontek akak ni ek? x pun kontek saya la kat shyeye143@yahoo.com. nak mintak quotation utk 50org 2 hari 1 mlm.terima kasih.

Anonymous said...

Looking for information and found it at this great site...
» » »

Anonymous said...

Enjoyed a lot! Zoloft side effects florida Mitsubishi eclipse neons Number of transistor in a cpu 2005 america's best colleges http://www.fioricet-0.info Sharper image dvd players Teeth whitening in american Global merchant account florida webhosting Novoseven and insurance Publication affiliate programs Compact flash card cameras data recovery shareware laser hair removal Honolulu lasik procedure Trigiminal neurontin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...