Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Wednesday, March 30, 2005

Segamat dan Splash

Semalam ke Segamat dan Tebing Tinggi.

Segamat, pergi SMK Cina Seg Hwa untuk bincang program. We dun normally do this. Tp sekolah ni, tiap tahun camping kat sini. Ramai, lebih 200 orang dan sales tentulah banyak ribu. Kenalah bagi service terbaik. Bukanlah kalau grup sikit-sikit tu service tak baik, baik jugak :)

Balik dr Segamat, singgah di Tebing Tinggi. Ada sebuah Kem kepunyaan kera**jaan kat sini. Besar dan mewah. Ada macam-macam. Kuda pun ada. Masa kami di sana ada kontraktor sedang mencarigali air untuk buat natural swimming pool. Best tempat ni. Satu saja tak suka, nyamuk banyak ! Sempatlah mereka curi darah saya sikit.

Kami ke tempat obstacles course dan ke tasik buatan. Kecil sahaja tasiknya, kalau Asri menghayun paddle 10 minit habis satu pusingan, kots. Memang patut mereka tambah kemudahan air tu.

Image hosted by TinyPic.com


Kemudahan lain memang bagus - tempat makannya macam restaurant hotel, ada banquet, ada 4 classrooms, library pun ada. InsyaAllah someday, ada rezki diberikan Allah Ta'ala bolehlah kami pun macam ni. But not on this Lambaian Danau land. Tanah yang lain la kots. Lambaian Danau untuk camping site dan kegiatan lasak sahaja. Lambaian Danau Dua untuk Training Centre, insyaAllah.

Image hosted by TinyPic.com


+++++++++++++++

Splash. Hari ni Asri dan Pakdi datang untuk repair obstacles course. Paling kena buat ialah Pilot Splash. Hari tu, masa Kolej Matrik masuk, splash dah retak. Akibat banyak punggung besar. Ganas budak-budak ni. Nak repair, tiada yang mempunyai kepakarannya di Kem. Kemang dan Geger tak reti. Kena tunggu engineer berdua ni buat. Splash penting sebab seronok terjun ke lumpur. Kami punya 'Mudway Lagoon' hehe.

Image hosted by TinyPic.com


Asri juga nak repair kayak-kayak yang bocor. Tampal dengan gentian kaca.

+++++++++++++++

Been busy, sahaja take a break sekejap untuk hilangkan pening.

Latest pening ialah satu kumpulan yang bakal masuk ni. Hardcore budak kecik. Hardcore, bukan high risk. Umur 10-12. Huh, kekecik lagi dah samseng ! This morning we had a discussion dengan polis, mintak pendapat. Dan sekarang saya sedang merancang program mereka.

Kenapa ye budak-budak boleh jadi nakal teruk-teruk begini ? Teruk-teruk sebab masa umur sekolah mereka dah jadi tokan vcd haram, merokok, jual rokok, terlibat dengan kegiatan seks dan lain-lain. Seram, kan ?

Apa yang kami dapat tahu dari kumpulan-kumpulan bermasalah yang pernah dtg sini, anak-anak hardcore ni samada terbiar atau terlalu manja. Tidak dipedulikan, selalunya anak-anak orang susah. Mak ayah sibuk kerja, cari duit. Yang terlalu manja, apa nak boleh dapat, selalunya anak orang berada. Rosak jugak.

Apa formula untuk kita sebagai ahli masyarakat patut buat untuk mengatasi masalah ni ?

Kera*jaan patut buat sekolah khas utk anak-anak macam ni ?

Patut hukum ibu bapa jika anak-anak bersalah ?

Selalunya semasa program berjalan, mereka berubah jadi baik. Malah masa datang pun, mereka cuba untuk behave sebaiknya. Takut kalau didenda. Tapi selepas habis program, apa jadi ? Kembali kepada perangai lama ? Ada tak yang akan memantau anak-anak ini ? Atau sekadar menghantar mereka ke kem-kem motivasi sebab ada peruntukan dan ada arahan untuk buat program sebegini.

Someone, yang kat atas sana, pls do something untuk anak-anak ni !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...