Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Sunday, March 27, 2005

Jadi Jaga

Kenapalah saya pergi tidur lama sangat siang tadi ?

Now, padan muka takleh nak lelap. Abang Sajen telah belikan Kakak Sajen Karaoke Set yang baru. Dari tadi sehingga sekarang asyik main lagu Broery. Best pulak !

Lagu ni, dah dengar 18 kali Sajen pasang ..



Sepanjang jalan kenangan

Sengaja aku datang ke kotamu
lama kita tidak bertemu
ingin diriku mengulang kembali
berjalan-jalan bagai tahun lalu

Sepanjang jalan kenangan
kita s'lalu bergandeng tangan
sepanjang jalan kenangan
kau peluk diriku mesra

Hujan yang rintik-rintik di awal bulan itu
menambah nikmatnya malam syahdu

Walau diriku kini t'lah berdua
dirimu pun tiada berbeda
namun kenangan s'panjang jalan itu
tak mungkin lepas dari ingatanku

++++++++++

Night Combat, Night Treasure Hunting and Night Orienteering

Fasis meeting. Kami bermesyuarat mengenai hal-hal berkaitan dengan kami dan berbincang pasal aktiviti-aktiviti malam di atas.

Bersetuju untuk buat Night Combat. Bincang dahulu. Ahli panelnya Iha, Kucai dan Asri. Jangan bayangkan kami berforum dengan ahli panel duduk lawa-lawa di depan. It has to be KLD's style. Ahli panel diri atas kerusi.

Decide on weapons, cara main dan lokasi perang. Fasi dibahagikan kepada 2 kumpulan Satu kumpulan defence, satu lagi attack. Jenderal Kumpulan S ialah Kucai (defence), Jenderal Kumpulan B ialah Asri (attack). Kucai akan memepertahankan benderanya dan Asri akan cuba merampas bendera dan kubu pertahanan Kucai.

Main dengan kawasan terhad. Kalau aktiviti sebenar, main dalam kawasan radiusnya 10 km, malam semalam dalam 2 km sahaja. Kubu Kucai ialah Kem dan askar-askar Asri pula akan attack Kucai dari Jalan Luar Kem.

Askar Kucai : Cica, Toyak, Sara, Hiedy, Bob, PakLet
Askar Asri : Sham, Fendi, Iha, Bamz, Kemang, Geger

Sebelum main, askar-askar prepare weapons.

12.30 malam baru mereka dibenarkan attack. Suasana sunyi sepi. (MPIK dah tidur)

Malam bulan terang. Saya dan Arif (anak UngkuNor) memerhatikan dari Port Pak Haji. Huh terang, macam Suboh pulak.

12.50, ada askar mati. Saya tak nampak, tapi dengar suara Bamz gelak. Aik, mati pun suka ? Rupa-rupanya Bamz dan Geger dah mati. Geger biasalah, hidup atau mati - tetap senyap.

Tiba-tiba depan saya, ada 2 askar membongkokkan diri, meniarap dan lompat dari bukit. Ish, Iha dan Asri.

Pensyarah MPIK pula sudah bangun dan mula menyuluh dengan torchlight terang mereka. Ish. Terpaksa pergi dan terangkan.

Saya,"Encik, kita orang tengah perang, tolong jangan suluh".
Encik Pensyarah,"Ingatkan Kem kena apa lak."
Saya, "hehe"
Encik Pensyarah,"Asal dia orang senyap ?"
Saya,"err.. ni combat nih .. " *sebenarnya blur - iyeker combat ni perang senyap*
Encik Pensyarah," ohhhh .. okay, okay. syyyyyyyyyyyyyy"


Forward ke akhir. Kumpulan Asri berjaya merampas bendera Kumpulan Kucai.

Balik ke Kem. Cica terima panggilan telefon dari rumah.

+++++++++++++++++++++++++

Al-Fatihah buat Tuan Haji Jantan (1913-2005)

Innalillahhi wainna hirojiun.

Panggilan telefon Cica, dari rumah memberitakan Nek Ayahnya (panggilan untuk datuk) telah kembali ke rahmatullah. Cica bergegas balik, diikuti Toyak (mereka 2 pupu).

Kami hilangkan panas badan sebentar dan PakLet arahkan semua mandi. Kami akan melawat dan membantu apa patut di rumah Cica. Masa hanya ada 15 minit untuk semua orang bersiap.

Pukul 2.00 pagi semua bertolak ke rumah Cica. Belum adapun sesiapa yang sampai. Tanya Makcik Pah apa yang perlu dibantu. Separuh menyapu rumah dan bentang carpet, yang lain pindahkan perabut supaya kawasan untuk orang menziarah dan tempat untuk memandi jadi luas.

Sebab kami ramai, sekejap sahaja semua selesai. Perempuan balik ke Kem dahulu. Masak air dan buat air. (Tadi lepas perang, tak sempat minum)

Pukul 3.30 pagi, semua yang lelaki pula balik. Minum. Tidur.

What a long day !


++++++++++++++++

Entah kenapa PC saya dah jadi kelam kabut. Tulisan jadi besar-besar. Page jadi kecik. Tak sukanya.

Huh.

Tak apalah, kat Admin sekarang dah ada gambar karate !

+++++++++++++++

Ada jemputan jamuan cekodok di Kantin Fasi. Sara dan Hiedy buat cekodok.

Layan cekodok la kejap.


** resepi baru dicipta semalam.
untuk marinate ayam. garlic, ginger, garam, gula merah, asam jawa, kicap kipas udang. gaul dengan ayam. simpan 1 jam dan bakar.

Image hosted by TinyPic.com

4 comments:

MiceTedy said...

kak g,
mlm td sampai umah kol 12 t/mlm. letih sgt! sory la,lupa nak amik & bg bunga telur kat diowang sumer. ari ni tgh t'hegeh2 wat assg. ptg ni nak kena anta tp satu pun x wat lg coz ingat nak balik sabtu ari tue. huhu! ~sara~

cill said...

Sampaikan salam saya pada Cica. "Aku mintak maap pasal tak boleh turun Melaka waktu pengkebumian. Aku dapat tahu pun dari sini. Kirim salam kat mak ko jugak. Insyaallah yang pergi selamat di sana nanti"

Ungku Nor said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Ungku Nor said...

kak G..rasanya belum ada yang berjaya menjawab dengan tepat siapakah gerangan yang berlindung di belakang Iha..heheh..bye kak, love U,mmuuahh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...