Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Tuesday, June 07, 2005

Khamis Yang Penuh Peristiwa

Kemang akan dibedah.

Doktor kata, ketumbuhan yang ada tu bahaya. Kalau lambat dibuang, kemungkinannya boleh lumpuh dan paling teruk - coma sepanjang hayat. Ada lagilah teruknya tapi saya tak mahu type kat sini. Doakan lah Kemang sihat seperti sedia kala.

Mak Kemang beritahu, Kemang akan dibedah pada pukul 8.00 hinga 12.30 tengahari. Bamz, Iha, Dino .. korang pergi tengok Kemang, ye ?

Tingkat Satu,
Inst. Kaji Saraf Tun Abdul Razak
Hospital Kuala Lumpur

Ya Allah, selamatkanlah Kemang .. pulihkanlah dia ... lindungilah dia Ya Allah dalam lindungan kasihMu sentiasa ... Ya Allah ..

Bamz .. Mak Kemang kata kau tolong jaga Kemang semalam ye ? Weekend nih kakak Kemang kawen. Kalau takde siapa jaga, Dino, Iha dan Bamz tolong eh ? Kesian Mak dia.

+++++++++++++++

Site Visit to BT

Kepada fasi yang berkenaan:

Bertolak dari Kem at 0700 hours.

Stopover kat Seremban utk ambik Kucai. (Stesyen Komuter)

Mesti sampai BT 0830 hours.

Akan trek sejauh 12 km (mungkin lebih).

Kawasan berbukit. Kena pintas airterjun. Ada babi hutan dan ular.

Jungle boots, backpack utk isi barang-barang. Bawa baju lebih. *Sapa busuk berjalan lasaklah balik ke Jasin. Jangan naik keter gua.*

Parang panjang, marker, marking tapes, belerang, tali-tali, snaplinks dan alatan tali, mancis.

Siapa nak bawak kamera, boleh bawak. View memang cantik. Dari atas bukit tuh boleh nampak bandar ***.

Siapa yang pergi ni, sila tidur Kem pada hari Rabu. Telefon opis utk confirm nak pergi ke tidak. Jangan confirm kat blog ni. Takde masa nak online. Tengah busy siapkan program esok dan paperwork utk LD2.

1 comment:

Tok Rimau said...

Kalau pi hospital, kirim salam pada kemang. Tok simpati. Semoga dia tabah menghadapi dugaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...