Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Tuesday, June 14, 2005

Honeymoon Over !

Cuti sekolah dah tamat.

Anak-anak dah bersekolah balik. Routine bangun pepagi buta bermula semula. Tengahari lak, terkejar-kejar menjemput anak-anak.

Penganti Kemang belum dapat lagi. Ada yang datang interview, tapi kami 'kurang berkenan'. Jadinya, menghayun penyapu dan mencuci tandas la kami berdua menolong Geger. Banyak pulak kerjanya. Hujan-hujan begini, banyak dahan dan ranting yang jatuh. Kena pungut dan bakar.

Hari-hari sekarang hujan. Sebelah pagi panas, hujan sebelah petang. Air tasik dah semakin banyak. Tidaklah nak mandi kena menonggeng-nonggeng mencapai air. Boleh bersila-sila menceduk air.

++++++++++++++++

Selamat Pengantin Baru Fakhrin

Ahad lepas, ex-fasi kami, Fakhrin bersanding. Fakhrin fasi 2nd batch KLD. Bekas Mat Bunga Kem yang terhebat. Fendie ke, Azli ke tidak tercapai nak memecah rekod dia. Hensem, a good listener, sopan dan segalanya yang perempuan suka la, ada pada dirinya.

Bekas student Uitm, jurusan Sains Computer. Sekarang dah bekerja tetap dan sudah jadi suami orang.

Fakhrin, akak doakan Fakhrin dan isteri sentiasa bahagia dan semoga rumahtangga Fakhrin dirahmatiNya .. Selamat Sehingga Ke Anak Cucu

Kucai, Fendie, Bob, Toyak dan pG ikut suami saya dan anak-anak ke majlis dia. Saya naaaak sangat pergi, tapi HIF ditinggalkan di rumah oleh Mummynya. Kalau saya pergi, siapalah nak jaga si-comel buah hati saya tu. Oh, dia dah pandai sekarang. Panggil saya, Ma ..ma .. ma.. Panggil Babah pun pandai. Kalau panggil Mummy dia Me .. Me .., panggil Daddy dia Dede ... Dede. Seronoknya ada dia ! Jadi toy semua orang :)

Fakhrin, cepat-cepat dapat anak, okay ? Tukang gomol ada ramai nih !

+++++++++++++++

Selamat Sekolah semula Bamz, Iha, Niza, Zack, Leman, Addy dan Siti di MMU.

Huh, apa kelas cuti kejap jer nih ?

+++++++++++++++

Hujung minggu ni ada Kadet Polis Daerah K. Ramai, lebih 200 orang. Selamat Bertungkus Lumus untuk semua :)

+++++++++++++++

Site BT
Pelan dah siap dah. Di buat oleh pG dan Fendie dan ditolong oleh Kucai, Muafa dan Toyak. Kesian dia orang, sampai pukul 4 pagi berbrainstroming. Thanks ah, korang !

canopy walkway, vietkong bridge, repelling tower, x bridge, h bridge, siam bridge, postman walk ... huh !

1 comment:

Anonymous said...

This is very interesting site... film editing schools

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...