Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Sunday, June 19, 2005

Kadet Polis Kluang dan lain-lain

Datang dengan beruniform, naik trak polis dan bas PDRM. Biru mata hitamku!

Ramai perempuan dari lelaki :)

Minggu ni ramainya yang bekerja, fasi serta anak menantu Kem. Ada Toyak, Cica, Kucai, Bamz, Fendie, Pakdi, pG, Asyraf dan Dino. Tipah, Siti dan Sarah. Kat dapur ada Syafiq, Iwan, Adi dan Geger. Kemang pun datang.

Kadet Polis, apa yang kami fahami sepatutnya lasak dan berdisiplin. Tapi entahlah, saya rasa macam kumpulan ni salah satu dari kumpulan yang paling teruk disiplinnya yang pernah datang sini. Dan peserta yang pernah datang sini nih, dah berjumlah lebih 22 ribu orang.

Pinggan tak berbasuh, tandas kotor, Dataran kotor, mana sahaja pergi di Kem nih semuanya semak sahaja rasa. Sakit mata dan sakit hati :) Dah lah musim lalat. Suka jerlah lalat-lalat tuh, banyak tempat landing.

Selepas 3 hari ni, rasanya ada perubahan sedikit. Tengoklah nanti lepas lunch nih, mereka kemas atau tidak.

Aktiviti pun biasa-biasa sahaja. Main-main dan sambil lewa.

+++++++++

Esok UPM masuk. Universiti dah mulakan semester baru, selepas ni melayan pelajar-pelajar Universiti la pula :)

+++++++++

Semalam keluar berdua dinner. Kat Kedai Sajen, hahahaha. Dia pakse saya belanja dia. So, saya belanja, dia bayar. Hahahahaha. Happy Father's Day, Sayang !

++++++++

Kemang.

Doktor bagi dia balik bercuti. Esok dia kena check-in balik ke Institut Kajisaraf, HKL.

Entah ubat apa diberi doktor makan, Kemang dan jadi sangat Kembang. Muka dia besar sangat. Dia bagitau, sehari kena makan 30 biji ubat.

Alahai panjang umur. Tuh dia datang tuh :)

Sempatlah bersedih-sedihan reramai. Kemain lagi Kemang dimanjakan fasi-fasi perempuan. Tipah ajak dia bergambar berdua. Bamz dan Sarah setuju jadi awek Kemang. Bermadu begitu ! Tah apa-apa budak-budak nih !

Tapi hati didalam Tuhan sahaja yang tahu. Ini pun saya sedang memujuk dia. Dia tak nak pergi hospital esok. Nak pergi minggu depan. Sessi memujuk kejap.

++++++++

Sebelum saya terlupa :

1. Congrats Tin and Tok. Er, baby KLD ker ? hehe. Dulu Affif mengidam buah koko KLD. Adik Bina takmo ker ?

2. Happy Father's Day : TokRimau, Basri, Spyz, Jigo, MBA, Idham, Dr. ep, Ayob, Tokeh Pajak Gadai, Wkdin, Wattan, RudyBluehikari, Matjan, Bobzuwan, Azimat, Li , Sam dan semua bapak-bapak sedunia.
Untuk menjadi bapa yang baik kepada anak-anak anda, cintai dan sayangilah ibu kepada mereka.

3. NST mention pasai blog. Read here.

3 comments:

Anonymous said...

tq.
dia mengidam benda lain kot..
:-)

Tok Rimau said...

Chett!

Membasahkan air seluruh badan di KLD memang sempat tapi nak cari sebab untuk melibatkan niat sebelum mandi memang tak sempat.

Entahlah kalau ada Honeymoon Suite kat KLD. Baru nak sempat.

Kem Lambaian Danau said...

spyz :

lama tak tengok affif .. dah pandai apa ?

tokR :

tak adventures lah ! hutan tuh, kan luas .. hahahaha

tahniah ye !

kak g n paklet

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...