Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Thursday, June 02, 2005

Kemang di Hospital dan Site Visit

Minggu lepas, sewaktu HS Kluang dan Maahad masuk, Kemang sepatutnya bekerja. Tapi tidak boleh pula, sebab dia kena attend Khemah Ibadah di sekolahnya (Kemang, form 6). Sesuailah program itu untuk dia, kami semua gelak-gelak mengusik menyakat dia.

Tup-tup, hari Isnin diberitahu, Kemang berada di Hospital Melaka. Kata budak-budak kampung, Kemang pengsan sebab penat sangat. Kami tak pergi tengok dia, Isnin tu HS Kluang masih di Kem.

Malam Selasa, jumpa Bulin, abang Kemang. Dia beritahu betapa teruknya Kemang. Baru sedar sejak di masukkan ke ICU. ICU ? Ya Allah, sakit apa pulak nih ?

Too late nak pergi visit lak. Esok sahaja, on the way nak ke BT.

Image hosted by TinyPic.com
Kemang sedang bekerja.

Rabu. Geng sampai untuk kerja hari ni - Site Visit di BT dan PD. Ruddy, Syam, Toyak, Geger, Fendie dan Dino. Semua dah siap berkasut untuk 'jungle trekking' nanti.

Kami ke Hospital Melaka dulu. Mencari Aras 3, Wad 3/4. Sampai, mencari nama Kemang. Cari-cari 'K'. Yang ada Krishnan. Ooppsss lupa. Mana boleh cari 'K'. Nama betul Kemang ialah Mohd. Hairi. Cari-cari, jumpa. Katil no. 22.

Jalan terus ke depan. Mencari katil pulak. Fendi dan Syam dah asyik tengok misi lelawa tuh.

Alahai, itupun dia. Terbaring. Termenung. Kami jerit nama dia. Dia pun toleh. Gelak. Tapi mata berkaca. Kami pun sama. Dan semua pun terus sahaja berlakon. Seolah-olah kami tidak tahu apa sebenarnya berlaku. Mat-mat bunga Kem dok tanyakan ada misi lawa tak. Mintak kirim Kemang ngoratkan sorang dua. Gelak-gelak.

Perlahan-lahan Pak Let tanyakan sakit Kemang.

"Saya ada ketumbuhan dalam kepala", Kemang cakap.

Kami dah tahu sebenarnya.

Pada saya, dia beritahu, "Sakit cam Dino, ye Kak ?". Saya gelak. Aduhai, payahnya kalau sedih kita gelak. Orang menangis bila suka, saya gelak bila sedih .. Hanya Allah yang tahu hati saya.

Kami berpengalaman melihat Dino yang juga ada ketumbuhan dalam kepala (apsal aku takleh nak guna the real defination nih ?).

Kami biasa lihat darah keluar menyembur dari mulut Dino. Mula-mula dulu darah pekat merah, sekarang sudah cair, sudah jadi warna purple.

Kami biasa tengok Dino tidur tak bangun-bangun sehingga puas seorang demi seorang pergi check nafas dia. "Bangun lah Dino .. tolonglah". Dan dia bangun sambil gelak. Tahu kami risau ..

Kami biasa 'sakit jantung' bila tahu tarikh doktor bagi Dino."doktor kata, bulan 6 nih ..." Tuhan sahaja yang tahu, betapa suspensnya menunggu tarikh-tarikh tersebut.

Dan betapa senangnya hati, bila tarikh berlalu dan Dino masih ada, masih update blog, masih menyibuk-nyibuk datang ke Kem.

Hari ni, seorang lagi. Kemang pula. Semoga scan machine tuh salah, semoga doktor tu tak pandai !

Ya Allah, sihatkan lah Kemang semula. Peliharalah dia, lindungilah dia Ya Allah. Semoga dia sentiasa dibawah lindungan KasihMu.

Image hosted by TinyPic.com
Kemang dan pG .Di Patio. KLD

Tak tahu nak cakap apa, saya menyibukkan diri dengan mengemas console sebelah katil Kemang. Susun gelas, keluarkan pastries yang saya beli. Beli juga 'biskut dalam tin' kesukaan dia. Dia bukan suka biskutnya, dia sukakan tinnya. Suka amat. Itulah Kemang kami.

Yang lain bersembang. Cite misi lawa. Cite rugi-ko-off duty-awek-Maahad-lawa-giler. Citer misi lawa lagi. Citer doktor muda-muda pun banyak Fendie, tapi tak lawa. Awek Maahad lagi. Apa-apa sahaja, asalkan Kemang nampak GengLasak tetap lasak, tetap brutal macam di Kem. Apa kelas fasi KLD lembik menangis, kan ? Kitakan, yang terhebat, yang terlasak .. Huh, air mata gugur dalam hati, sebenarnya.

Kami harus pergi. Dan berjanji dengan seorang Encik Alif yang kami akan ke pejabatnya. Semua orang bersalam dengan dia. Saya ? Saya tumbuk bahu dia ! Beritahu kami akan datang lagi. Yang terakhir meninggalkan dia ialah Dino.

Baru tadi bergayut sebentar dengan dia, dia beritahu akan ke HKL esok, pukul 6 pagi. Azli ada di wad dia, sedang melawat. Sama-sama mengorats misi lawa lah tuh !

++++++++++++++++++

The Site

BT. Alahai, what a peaceful place. Hijau. Hijau. Hijau.

Dengan hutannya, air terjunnya ! Luas tanah tu, 30 ekar. Kami trek mengikut tepi bukit hingga sampai ke setengah air terjun. Ada banyak pokok-pokok yang menutupi air terjun tu. Syam terus cakap, leh buat jambatan gantung. Dan mereka dah bagi nama 'KEM LAMBAIAN RIMBA'. Banyaklah korang, nak carik mana duit ? Banyak jutanya tuh !

Sedang proses gaduh-gaduh, pening-pening, pujuk-pujuk, bincang-bincang with my darling !

PD. Fikir-fikir, juga !

Err. kat depan jalan ke Kemang Indah Condo/ Marine Research Centre UPM tuh kan. Ada warung. Dia jual kuih sedap giler - tepung bungkus. Sedap sangat. Sampai hari ni teringat-ingat.

++++++++

Latest Update On Kemang
Sudah berada di HKL. Bamz, Iha, Kucai and Sara akan melawat Kemang di HKL at 1 am karang. Nnt Iha update.

1 comment:

Anonymous said...

Keep up the good work » » »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...