Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Friday, June 03, 2005

kemang....

semalam, lepas dapat saje sms dari paklet, aku terus hubungi kak g.
nak tanya betul betul duduk perkara.
aku terkesima.
ye ke nih?
aku memang susah nak percaya.
aku call dia. mujur dia belum tidur. masa tu dah pukul 1130 mlm.

sebak aku.
mata berkaca. takungan air jernih di kelopak mata memang aku tak dapat tahan lagi.
dia kata janganlah nangis. sume orang telefon aku nangis. cube gembira sikit.
gembira?
hmm.. im good at it. at faking my sadness and pretend that im happy.
aku masih bergelak ketawa dengan die, sambil menyapu-nyapu mata.
"masuk habuk lahhhh..... :P sejuk sinih. aku ade selsema skit. bese aah.."

hari ni, aku turun awal skit.
kawan aku yg hantarkan aku ke sana.
intitut kaji saraf TAR. tkt 1. wad 4a. katil no 20.
kene jalan jauh skit. kene berpeluh skit... hehe :P

aku sampai aku tengok mamat lain lak kat katil no. 20 tuh.
aiks... dah pahal plak nih kann.. pelik aku.
masa tuh pulak, kawan aku Mai tefon. aku sambil jalan mencarik dan cakap telefon.
bila aku pusing belakang, aku nampak die.
aku senyum dan berdehem.
dia perasan.
gembira aku sebab dapat tengok dia dalam keadaan yg baik. bole tersenyum. dan pandang aku ngan pandangan maut die tuh. hehe~ tak cair laaahh..~~~~
dan yg aku paling suka, rambut die!
soft baby hair. tak terlalu tersikat.
bole bebas diterbangkan angin.
cutenya mamat nih!
;)

rupanya mamat yg tido kat katil tuh tersilap.
die ade problem mental skit. sbb tuh dia tido kat katil no.20 tuh.
bole je??? huh!

aku duduk atas katil die. (takde kosi beb!)
aku kasik die majalah ujang yg aku beli sebelum sampai tadi. nak beli bunga?
romantik sangat plak.
nak beli buah, mmm.. tatau laa. aku harap bolehlah dia ubat kebosanan die ngan majalah tuh.
then, aku sembang2 ngan die.

"aku pon tak sangka lah aku ade mende nih. dah Dia nak kasik, takkan nak tolak kan..."
masa nih mata aku berkaca, mata dia pon berkaca.

"terima kasih."
"sama-sama. takde mende lah..."

"aku sakit cam dino er?"
"ntah lah. agaknya lah kot. tp dino tuh tahap kronik aah."

"aku nak operate cepat2 lah. lagi aku tunggu lagi sakit. sebelum nih takde pape. tak pnah lak aku sakit pale. tapi bile dan tahu nih. makin sakit lak kepala aku."
"alaa.. tuh psikologi aah. kan orang kata kalau kita sakit jangan dilayan. nanti makin sakit plak"

"bendanya 5.6 cm"
"ye ke?"
"ade abang tuh dah operate, tengok dia ok jek. dah kuarkan dah sume. dia punya 4 cm."

setengah jam kemudian iha sampai.
kami borak2 lagi.
iha tanya-tanya. dia jawab2.
dia ok jerk. bole cakap. bole jawab2 sume.
bole cakap tepon.
bole borak2. bole gelak2.
bole senyum2.

kemang tetap kemang. kat mana2 pon dia berkawan.
ngan kakak cleaner pon dia wat kawan. siap kakak tuh kasik dia kfc lagik. kemain ko er!

sebelah katil dia ade mamat yg terlantar sebab eksiden.
kene pkai bantuan oksigen.
dan juga bantuan mesin yg bunyi tet..tet...tet...
mesin mengukur degupan jantung gaknya.
ntah, spm dlu, bio aku dapat 5 jek... :P

pk pk, untungnya aku amik it.
jiwa aku tak cukup kental nak menghadapai cabaran sebegini hari2.

tengah2 borak, kadang2 dia mengerut-ngerut dahi dia. sakit kepala katanya.
aku pon turut mengerut-ngerutkan dahi aku.
risau dan kesian kat mamat kiut sorang nie. ;)

borak punya borak, tak sedar jam dah kol 230.
ade pakgad tegur kami, masa melawat dah habis.
rupanya, masa melawat kol 1230 - 230 (untuk dewasa, dan 430 - 700 (untuk dewasa dan kanak2)
sabtu, ahad dan cuti umum, bila2 bole melawat.

aku dan iha pon turun saing.
mm...rata2 kami mencurahkan rasa kesian kat mamat sorang tuh.
iyalah, dia yg ceria, sentiasa tersenyum leh lak dapat dugaan yg sebegini hebat.
diam-diam aku bersyukur dalam hati aku sihat wal-afiat..

Kemang,
tiada lain melainkan doa tulus dan sokongan moral yg bole kami beri.
semoga selamat semuanya.
amiiinnnn.....



nota kaki: aku rasa aku nampak seseorang masa aku jalan ngan iha nak keluar hospital tadi.
mungkin dia, mungkin tak. tapi, naluri aku kuat kata dia. benarkah dia? ntahlah...

1 comment:

Anonymous said...

Cool blog, interesting information... Keep it UP » »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...