Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Friday, June 10, 2005

Kemang dan BT

Kemang.

Rabu malam, Bamz telefon. Tergelak-gelak.

*dalam hati saya* " Biar betul budak nih, malam semalam, telefon sambil melalak, tersedu-sedan menangis. Ni kemain suka pulak. "

" Kak g, Kemang okay .. dia dah balik kampung hehehehe hehehehehe"
" Ko biau betul, semalam sembang ngan Mak dia, Mak dia kata, konfem hari Khamis "
" hehehehehehe hehehehehehe ... tak jadi .. Kemang minta cuti ngan doktor ..hehehehehe
"


Jadi Kemang tidak dibedah hari Khamis. Belum tahu bila lagi. Tapi dia akan 'check-in' semula pada 18 Jun nanti.

Bagi pihak Kemang, terimakasih atas perhatian dari Salina, Tok Rimau, Icam, Basrie, Bean dan Mar Chempakasari. Sama-sama kita doakan agar pembedahan itu selamat, ye!

+++++++++++++

BT

Semalam, saya dan geng ke BT. Geng = Toyak, Muafa, Kucai, pG, Fendie dan Iwan dan of course ler, darling saya. Pastu Sam pun ada. Cliff dan architects dr KL.

Bertolak dari Jasin pukul 7 pagi. Singgah Bemban untuk sarapan. Singgah R n R Air Keroh untuk toilet call. Pastu stop depan KFC kat bandar *S*. Janji jumpa yang lain kat sini.

Cliff lembab pulak. Kami semua terus ke site. Parking keter masing-masing dan tukar baju ke 'baju kem'.

Cliff sampai, bentang pelan dan bincang-bincang. (Lama gak part nih)

Mula trekking.

Panjat bukit. Punyalah curam .. 50 darjah camtu. Memanjat dengan pegang anak-anak kayu. Silap langkah, silap pegang, nah kebawah la nanti. Toyak dan Muafa di depan dengan parang, menebas mana-mana patut. Kucai lead kami. pG tukang marking tempat.

Kami tengok dan tanda tempat untuk camping site, dataran berkumpul, dewan makan, dapur, staff quarters, patio, gazebos, tandas-tandas, bilik-bilik mandi, chalet-chalet organiser, view tower, tree houses, dorms dan lain-lain.

Tak habis-habis memanjat. Mencungap saya bernafas. Hadui, memang rasa tak larat. Apa nak buat, daki jugaklah. This is worst than the Mesilau trail. Kat sana ada jalan dah. Ni, Toyak pancung pokok baru leh jalan.

Habis kat atas bukit, tengok valley pulak. Turun lagi seksa. Kasut Kronos saya yang nak-hancur-tuh punyalah licin pulak. Bunga dah habis.

Ke site 'Training Center'. Saya malas nak pergi. Duduk tepi airterjun dengan Toyak dan Fendie. Kami dah pergi situ masa last visit.

Fendie turun ke valley ikut airterjun. Sampai separuh jalan saya dah terjerit-jerit suruh Fendie naik semula. Licin batu-batu tuh. Arus air dah la kuat.

Valley tuh untuk activities site. Canopy walk, obstacles course, flying fox, abseiling, rock climbing.

Dia orang sampai semula ke tepi air terjun tempat kami menunggu. Meeting kejap, Cliff dan architect balik KL. Sam masih bersama kami.

Alahai, darling decide nak panjat ke atas semula. "Kita datang bekerja, bukan berpoya-poya".

Kena jugak memanjat lagi. Nak decide tempat Dataran dan nak tengok laluan lain. Muafa dan Toyak jalan dulu. Toyak kata ada gaung, tapi kami jalaaaaannn jugak. Turun gaung dan panjat bukit lagi. Entah berapa kali saya nak terjatuh. Akhirnya sampai juga ke hujung. Penat nak mampos

Bincang-bincang.

Turun ke bawah semula.

Good news. Dibenarkan mandi airterjun. Dia orang mandilah. Saya takkanlah. Segan :) Budak-budak nih tak senonoh, takut dia mandi pakai sepender jer

Tapi sebelum mandi, kena trek turun, nak tengok airterjun. Mereka turun ikut tepi air terjun. Punyalah curam.

Saya tinggal seorang kat atas air terjun. Seram gak. Bunyi airterjun tetiba kemain bising. Ishhh !
Nasib dia orang decide nak mandi kat atas. Lega bila dengar suara bising-bising mereka.

Siap mandi, makan bun ikan bilis, karipap, donuts dan minum spritzer, mula trek turun ke bawah. Ke tempat parking.

Pastu ke bandar *S*. Makan. Mahal giler :) Chinchin gak murah :)

Sam dan Kucai balik ke KL. Kami semua balik ke Jasin.

++++++++++++++++

Pening baca entry nih sebab saya masih tak tahu nak panggil sesuatu tempat tu apa. Kata airterjun atas, ada lagi bukit atas. Nantilah, kalau ada keizinanNya, akan tercapailah segala kerja keras nih. Dan saya akan beblog dari sana juga. Bolehlah cerita betul betul sikit.

Doakanlah untuk kami semua.

Gambar belum upload. Akan upload lepas semua diconfirm, InsyaAllah. Tak sabar nak berkongsi betapa hijau, betapa segar dan betapa naturalnya tempat nih.

Dan betapa jinaknya rama-rama yang cantik-cantik.

(Sam cuba ambil gambar rama-rama atas jari Toyak, tak tahu jadi ke tidak)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...