Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Sunday, June 26, 2005

Aduhai

Sibuknya. Tersangatlah letih !

Lepas Kadet Polis keluar hari Ahad lepas, terus sahaja berkemas-kemas, bersiap-siap untuk kedatangan Kolej-6, UPM. UPM ada lagi belum pun balik, tiba pula Paduka Tuan. Tengah bersibuk-sibuk dengan Paduka Tuan, sampai pula Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim. Lebih 500 peserta dalam seminggu.

Kesian kat fasi. Masa nilah segala yang dipelajari akan keluar. Ketahanan diri - mental dan fizikal. Semua rasa tercabar. Kurang tidur. Aktiviti-aktiviti semua perlukan kekuatan fizikal dan menjaga peserta pula perlukan kesabaran tertinggi.

Dino dah berapa kali dah 'jadi dracula' bak kata Pakdi. Kesian sungguh kat Dino, mulutnya asyiklah mengeluarkan darah. Tak diberi dia datang, dia datang juga. Lagipun to him, kat sini sahajalah tempat dia boleh rasa dia seperti orang lain. Kami tak belai manja dia. Dilayan serupa seperti fasi lain. *dah berapa kali kena marah ah Dino, minggu ni?*

Syukur alhamdulillah, grup UPM tu peserta-peserta yang sungguhlah best. Tiada masalah langsung. Semua aktiviti - amazing race, war game, rakit, kayak safari, water confidence, obstacles-run dan macam-macam lagilah semua berjalan lancar. Terbaik semuanya.

Had fun with them. Paling saya suka tentulah pembentangan kertas kerja. Oh, saya memang suka 'business development'. Tu bidang saya :)

Dalam satu malam, habis 1 billion wang bakal dibelanja. Tahniah ! Memang bumiputera sungguh. Hahahaha. Projek terbaik tentulah Projek Homestay.

Sayang sungguh projek-projek lain dibuat tidak sebaik Projek Homestay. Amboi, sukanya Sarip Dol. Walaupun Projek Homestay baik tetapi tiada idea baru. It'll be just like other Homestay projects yang sedia ada.

Seperti yang saya cakap malam tu, tahap berfikir anda perlu pergi beyond apa yang telah ada di mukabumi ini. Saya tak suka pada projek-projek 'copy paste'. Jangan jadi Genting, jangan jadi apa-apa lah yang telah ada di mukabumi ini. Buat something new, something yang orang tak pernah fikir. Er bukan buat lah, bukan. 'Cipta'.

Tapi PakLet cuma nak mengajar anda menghadapi audience, nak supaya semua mempunyai 'self confidence'.

Saya lain, saya suka orang yang pandai berfikir :) Frust jugak, tak dapat idea baru dari anda. Saya yang buat soalan untuk anda tuh :)

++++++++

Aktiviti Luar

Sarip Dol pulun abis semua ! Semua aktiviti mereka menang :)

Alahai, bila lambat menulis report jadi beginilah. Lupa. Apa lagi yang anda buat yer ? Harus makan kismis sahaja jangan makan nasi lepas ni. Memori card sudah corrupt :)

Durian. Iye. Durian. Penuh satu boot jeep, RM 60.00. Makan kat dusun Pakcik tuh, free. Dah kenyang, baru beli. Bestkan kita makan durian ? Bubur durian, dessert durian. Satu Kem berbau durian. Sayang Rudy tak datang. Terperanjat juga saya bila diberitahu peserta telah baca Dari Hutan Ini sebelum datang.

Er, korang blogging ke ?
Blogging tuh aper ? tanya Umi, budak IT yang tak tahu html, tak tahu YM dan tak tahu blogging ..


Rupa-rupanya mereka students RudyBluehikari. Thankslah Rudy :) Sorry tak balas SMS. Credit tak de. Tak de duit nak top up. Tokeh lom bayar gaji. *sapa soh lambat bayar, kan dah tak dapat hadiah besday. sekalikan dengan hadiah hari raya, ye ? hadiah father's day, besday dan raya.*

Thanks Puan Kalsom, Encik Hamzah, Encik Wan, Encik Hadi dan Encik Ludinata dari Kolej Ke-6, UPM.

Jumpa lagi, ye !

+++++++++++++

Of Syafiq and Iwan

Partimers baru Kem. Adik beradik. Fendie ke KL untuk ambik BA yang baru dibeli hari Khamis lepas (betul ke tarikh ni ? *sumbat kismis dalam mulut*) dengan pG. Pastu mereka ambik sekali Syafiq dan Iwan. Tengah cuti semester mamat berdua ni.

Fendie bagi orientation kat mereka berdua.

Bangun pagi jangan lambat, kang kena sepak.
Kalau lapar leh pergi Kedai Sajen makan. *Makan jer, Angah jangan berani nak kacau*
PakLet hangin jangan menjawab, diam jer
Jangan pakai lelawa, pakai baju Bank. Kasut pun pakai kasut Bank.
Kak G tuh memang kuat membebel. Biar jer, bese ah makcik-makcik.


Dan macam-macam kami CSI dia. Siapa nama awek. Macam-macamlah.

So far, bagus. Klik dah dengan geng sini. Iwan dah pandai shopping kat TenTen. Dan hari ni, lepas gaji kang nak gi 'Bundle, Tangkak'. Cari baju keje. Syafiq dah insaf, dah takmo pakai dah 'baju kaya-kaya' dia tuh.

+++++++++++++

Report Paduka Tuan dan Yayasan, Bo janji nak update. Thanks ah, Tanje-tanje Mama !

+++++++++++++

Esok mo off ah, Tokeh. Nak habiskan The Da Vinci Code. Membaca pun dah tak sempat. Mana ler tak bangang dah.

Rabu, i cuci toilet. Ok, Tokeh ?

3 comments:

icam said...

Dah jumpa durian kat sini. Tapi agak mahal. Dapat juga merasa. Rezeki. Alhamdulillah. Tapi tak fresh macam tempat kita. Tangkaipun dah kecut bebetul. Mungkin dah 2 minggu gugur. Janji merasa. Lepas ni you hantar gambar pokok durian besar besarpun tak akan terperanjat lagi. Dah tenang sikit....Jangan marah Bat !

Anonymous said...

I have been looking for sites like this for a long time. Thank you!
baldness baldness hair loss product howtostophairloss.com link http buy vicodin online us adam's tax forms helper 2005 re mortgages united kingdom bloodhound virus protection business incorporation redline diet pills remove spyware free download how long is vicodin in your system pay per click promotion

Anonymous said...

Looking for information and found it at this great site... » » »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...