Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Friday, September 16, 2005

Minggu Ini dan Kolej Komuniti Segamat

::: Semua gambar-gambar dalam entri ini ialah milik pG. Dan gambar hanyalah hiasan sahaja. :::


Image hosted by TinyPic.com
Selamat Datang Ke Kem Lambaian Danau !

Lepas waktu Jumaat nanti akan tiba 3 kumpulan untuk minggu ni :

Kolej Universiti Islam Malaysia
SMK Teknik Melaka Tengah
Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia

+++++++++++


Image hosted by TinyPic.com
Kayak Safari. Facis Training 2004.

Kolej Komuniti, Segamat

Telah hampir seminggu adik-adik sekelian meninggalkan kami. Tapi Tagboard DHI masih tidak sunyi dari teguran adik-adik sekelian.

Segala teguran yang anda berikan, kami berikan perhatian. Terima kasih.

Percayalah segala teguran dan tindakan yang kami tekankan ke atas anda semua kerana kami mahu anda berubah. Anda datang dengan tiket sebagai peserta "Program Pembangunan Diri". Seharusnyalah anda perlu "membangunkan" diri anda. Dan kami, dengan tulus ikhlasnya membantu anda.

Undang-undang Kem, memang melarang segala arak, rokok, pisau dan barang-barang bahaya lain. Telah kami tekankan, barangan itu semua adalah barangan larangan. Barang rampasan. Mungkin kami perlu buat seperti dahulu, membakar barangan tersebut di depan anda. Supaya anda tidak berprasangka buruk yang kami ni inginkan rokok anda. Silap kami. Terima kasih kerana menyedarkan. Selepas ni, barang rampasan akan dibakar terus, depan semua peserta.

Sedih untuk dinyatakan di sini, pada hari pertama lagi, sebelum penyerahan peserta kepada pihak Kem, anda semua telah merokok tanpa segan silu didepan semua orang. Pegawai-pegawai Kolej, urusetia KLD, bapa-bapa peserta Kem Kasih Sayang dan adik-adik kecil yang tidak perlu menyaksikan perlakuan anda. Hisap depan tandas, belakang dewan makan dan tepi hutan.

+++++++++++


Image hosted by TinyPic.com
Tempat tercantik di tasik kami. Airnya jernih, tenang dan bila musim penghijrahan burung-burung, macam-macam jenis burung akan datang ke sini.

Walaupun anda seperti telah lupa, tetapi bagi kami, program berjalan dengan lancar. Semua aktiviti telah dilakukan dengan jayanya. Dan ini diakui oleh pihak Kolej melalui pegawai-pegawai yang hadir sebagai pemerhati dan memantau perjalanan program.

Memang terdapat banyak gesaan dan paksaan. Tetapi anda tetap melakukannya. Memang adakala kami melayan anda dengan kasar, tetapi kekasaran itu, adalah pada tempatnya.

Anda semua tidak bangun solat Suboh, kami kejutkan dan anda didenda. Jika anda semua tidak malu, kami sendiri malu dengan Penghulu anda, Alex yang bukan Muslim. Mengejutkan anda semua untuk bersolat. Anda maki dan marah pula !

Peserta wanita pula, pada hari pertama lagi ramai tidak bersolat Maghrib atas alasan uzur. Anda fikir, saya suka memeriksa pad demi pad untuk memastikan anda benar-benar uzur ? Dan dari semua, hanya 3 orang sahaja yang benar-benar uzur.

Banyak lagi yang boleh saya nyatakan tetapi biarlah ianya menjadi kenangan kita bersama. Adatlah bila datang ke Pusat Latihan Bina Semangat. Banyak dugaan untuk anda dan juga untuk kami.

Lagipun yang tidak berpuas hati, saya percaya hanya segelintir sahaja. Ramai yang lain tidak begitu.

Kami kagum dengan Kumpulan Tok Janggut yang menang banyak acara. Mereka bersungguh untuk menang.

++++++++++++

Banyak kenangan manis semasa anda semua di sini. Menyorak dan menyokong kawan-kawan yang keletihan semasa acara renang, Amazing Race.

Kawan-kawan mengangkat Yan yang tidak mampu lagi nak berlari selepas penat berenang.

Dan semasa di sini, anda semua bersopan santun dan begitu hormatkan kami. Sentiasa ucapkan terima kasih kepada Aunty selepas makan. Cakap Aunty masak sedap, lagi.

Lepas aktiviti datang ke dapur, minta makan kat Aunty. Minta abang-abang air minuman.

Lakonankah itu adik ?

Sekali lagi, saya percaya hanya segelintir kecil yang bersifat agak kurang ajar. Yang lain baik-baik belaka orangnya. Janganlah kerana segelintir yang begitu, program anda jadi tiada makna.

++++++++++++

Bagi pihak semua - PakLet, abang-abang fasi, kakak fasi dan abang-abang dapur, Aunty ingin meminta maaf atas segala kekurangan kami. Setiap peserta yang datang, belajar dari pengalaman yang didapati di sini, dan kami juga begitu. Setiap orang peserta meninggalkan kami dengan pengalaman baru yang semestinya lain bagi setiap kumpulan.

Kolej Komuniti Segamat, terima kasih atas segala pengalaman yang anda berikan kepada KLD.


Image hosted by TinyPic.com
Route Safari 5. Keletihan, tetapi masih perlu mendayung :)

Kami memang dengan ikhlas mengajar dan mendidik anda. Tiada beza anda dengan Kolej Komuniti Alor Gajah, Kolej Komuniti Bukit Beruang, UPM, UKM, UIA, MMU, SK Cina Chinchin dan semua lebih 20 ribu peserta yang pernah bersama kami. Sekali lagi ditulis, tiada beza antara anda semua. Semuanya menerima layanan yang sama.

Ada umur, ada jodoh, kita berjumpa lagi. Doa Aunty semoga semua adik-adik memperolehi kejayaan dalam hidup adik-adik. Take Care and Study Hard ! Sampaikan salam KLD kepada Encik Ahmad dan Ustaz.

Harapan Aunty seperti moto KLD - "Semoga anda menjadi insan baru yang tabah mindanya, hebat fizikalnya dan mulia pekertinya." Amin !

+++++++++++++
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...