Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Tuesday, August 02, 2005

Kem dan Kawan-Kawan


Ni gambar siswa-siswi MPM, Kolej ke-6, Universiti Putra Malaysia.

Mereka datang camping bulan lepas.

Sedang bersiap-siap untuk aktiviti 'Obstacles-Run-Around-The-Camp'. Posing dulu di Dataran Insan. DI adalah tempat peserta-peserta berkumpul. Boleh memuatkan 200 orang peserta.

Imej oleh Razali, K6, UPM. Thanks Zali !


++++++++++++++++++

Hari ni, hari mengemas depan pejabat. Mengemas batu-batu merah besar. Suruh Matger buang rumput-rumput yang dah panjang.


Masih musim hujan. Air tasik terus naik. Ahad lepas, bersama anak-anak, swimming tak ingat dunia di jeti belakang. Lagi 3 inci akan tenggelamlah jeti. Best mandi bila air tengah banyak. Anak-anak teruna saya seronok berterjun tiruk ! Teringat kat Basri yang juga suka berterjun tiruk ! Basri, tak 'jiwa kacau' ker ? Dtg lah sini bagi 'jiwa kental semula' ?

Gambar Basri. Posing style apatah di jeti. Imej ini oleh TokRimau.

++++++++++++

Bila tiada orang di Kem. Semua kawan-kawan saya keluar. Pagi ni nampak Alex dan keluarganya - Maya dan anak-anak bermain depan pejabat. Meniti kabel flying-fox, kehulu kehilir. Anak kecil dia orang comel saja. Masih belum bernama si-kenits 2 ekor ni. Entah bila budak-budak ni nak bagi nama. (Alex, Maya dan keluarga = monyet Kem)

Kat dapur, Makwe memekak dengan anak-anaknya yang 4 ekor tu. Cute semua. Dah boleh bukak mata. Awie, anak Makwe dah kena buang. Kesian dia. Banyak-banyak kucing, saya paling sayangkan Awie. Kucing yang punya suara paling kuat, hence the name - Awie. Suara rock steady giler !

Ayam-ayam serama macam biasa. Bertelur ikut suka. Dah disediakan tempat dalam reban tapi bertelur kat pangkal pokok lah, celah culvert lah, ikut suka hati mereka sahaja.


Ayam Siam jantan pulak dah bersama dengan ayam denak yang tinggal dalam hutan belakang chalet Rimbun. Hari tu saya dan Matger nampak ayam denak dengan anak-anak yang besar-besar. Kaler mereka macam kaler ayam Siam. Pastu tengok ayam Siam pun ada. Confirmlah tu, anak dia.

++++++++++++

Obstacles Run

Aktiviti ini adalah larian berhalang yang mempunyai 15 course. Bermula dari Dataran Insan, turun ikut tebing curam ke tepi tasik. Dari tepi tasik, mengharung 'kubang kerbau'. Lepas tu, ke monkey rack sebelum meniti di titi. Panjat pulak tangga dalam hutan. Lari lagi meniti tepi tebing curam. Merangkak pulak bawah wire. Terjun di 'pilot splash'.
Panjat naik pulak. 'Wall Climbing'. Natural rock, bebs !

Melangkah tayar-tayar. Lake crossing. Pastu ada task dalam air tu. Lari lagi (masa ni dah semput !) panjat batu-batu merah dan masuk hutan. Terjun gaung (guna tali) dan panjat. Meluluskan diri dalam tayar-tayar.

Lari dalam hutan dan terus semula ke Dataran Insan. Sampai dan pancit !



Image hosted by TinyPic.com

Peserta terjun ke bawah dari atas. Toyak (baju merah) memang tugasnya menjaga keselamatan peserta di sini. Sekarang ni air tengah banyak, tiada lumpur. Air setinggi melepasi Toyak. Kalau nak terjun kena pakai BA. Ada letak juga boya-boya keselamatan. Tapi best sungguh terjun !


Paling penat, panjat tebing ni. Tingginya (Ruddy cakap) lebih kurang 5 meter. Seksa nak memanjat !

Salam hujung minggu untuk semua. Undi Mawi ! Mawi ! Mawi !

Untuk BOBo :
Pc tuh walaupun dah direformat, masih tak boleh pakai. Kena beli main board pulak. Pening sungguh. Tapi file semua okay. Harap-harap ni last sekali keje merepair computer tu.

Apapun thanks sebab tolong akak dan Ruddy. Budimu di kenang !

*** Latest update. PC masih di klinik. Pusat Komputer Hijra Tangkak. Tak de main board yg sesuai. Kerja-kerja saya tertunggak lagi.

+++++++++++++++++

Semalam keluar dengan Abang, Toyak, Ruddy, Matger dan Muafa. Pergi C. Seronok mengutuk dan mendengar sesedap rasa. :)

Eletrik tarif nak naik ? Er, taklah. Tu sahaja tuh, bikin gempak. Dengan harapan, orang ramai akan lupa minyak naik harga. Tak naik punyalah :)

4 comments:

Anonymous said...

hehee...cam best jer la aktiviti yg nih..tapi kenape lak mase student SMKBG pegi x nampak pon..ish..ish..ish..dah bukak ker?mawi?heh..mawi..mawi..n mawi..huhu..minyak dah pon naik..eh..harge minyak memang la dah naik..x ley nak wat ape lagi la..hhahaha..k la..all da best to all da faci n bakal2 peserta2 kem lambaian danau toba..ekekeke..

Anonymous said...

Samekom Kak G!!!lamer tak dengar khabar?nie surf2..terjumpa laks blog kak G nie..menarik arr pics obstacle run nie..men2 lumpur..arituh men war game jer..huhu..semenjak lenny pindah ke cyber, takder berita pasal kem lagi laa..ader pon kalau pakman contact..tanye iha jugak..tapi iha pon cakap dier jarang2 pg dah..nie dah ader blog ley ler tau updates kat ctu..insya allah kalau umo panjang..bley jumpa lagi ye...kim salam dgn sumer kat kem tuh ye... ;)

Anonymous said...

Very nice site! » » »

Anonymous said...

Excellent, love it! »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...