Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Friday, July 01, 2005

Ukur Tanah

Kami mengupah orang ( panggil apa ye orang kerja ukur tanah nih ? land surveyor ? ) mengukur dan mencari batu sempadan untuk tanah LDSB.

Semalam, saya dan suami trek tanah kami untuk melihat batang-batang kayu yang Pakcik tu tandakan. Pakcik ni orang kampung sini juga. (Icam kenal kot, Pakcik Ali yang rambut putih sekepala tuh, pakcik si Cica)

Luas rupanya kawasan yang belum kami ketahui/terokai. Dari jamban Sajen ke batu sempadan pertama sahaja sudah 150 kaki, kemudian kebelakang lagi, lagi 480 kaki. Kami jalan ke depan lagi. Kawasan orkid hutan, lake crossing, pulau, hutan resam dan hutan periuk kera semuanya adalah tanah LDSB.

Masih tak siap lagi Pakcik tu bekerja. Hari ni dia nak mengukur dalam tasik pulak.

+++++++++++

Hari ni geng dan PakLetnya ambik half-day off. Lepas solat Jumaat karang, nak pergi memancing. Perut ayam, telur kerengga dan cengkerik semua dah siap. Entah dapat ikan apalah nanti. CEO Tangki Jaya pun join sama. Dah lama dia orang tak off pun.

Semalam dia orang ramai-ramai kemas depan Bayu. Banyak pokok-pokok dan dahan-dahan mati yang perlu di bakar. Kesian Syafiq, town boy yang belajar jadi budak kampung. Kerengga masuk dalam suar dia. heheh. Takpe la, lepas sebulan nanti sure lah bertambah macho ye Syafiq. Jangan risau Wan, ok jer abang kau nih ! Dia excited nak gi mancing petang ni karang.

+++++++++++

Minggu ni tak de group. Minggu depan, dua group - MMU Melaka dan SMK Bukit Gambir.

+++++++++++

Kemang. Risau sungguh dengan budak tu. Patutnya 2 minggu lepas perlu ke HKL untuk treatment. Tapi, dia tak pergi. Pergi sekolah pulak tu. Jenuh sudah nak memujuk dia, dia buat tak kisah sahaja. Dia tak nak pembedahan dibuat ke atas nya. Sebab dia tak mahu menanggung risiko. Lumpuh seumur hidup, koma seumur hidup atau okay macam biasa. Itulah, okay macam biasa tuh, peratusannya kecil sahaja.

Dia lebih rela, bila dia dah teruk nanti baru ke doktor. Sementara ni, biarlah hidup macam biasa.

Muka Kemang dah kembang sangat. Sehari dia kena makan 30 biji ubat. Ubat tuh untuk menahan tumour tuh membesar.

Bila dia datang Kem, dia nangis, saya nangis.

Serius, mati akal saya dibuatnya. Tak reti nak memujuk dan tak tahu apa nak buat dengan hal ni. Mak dia pun, asyik-asyik berserah, asyik-asyik berserah.

Saya pun sama sahajalah, berdoa, berserah.

++++++++++++
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...