Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Friday, May 27, 2005

Sakit Pinggang Aku

Sejak Kemang bersekolah semula, tinggal Geger sorang sahaja mengemas Kem.
Nak tak nak, kenalah juga menghayun penyapu sama. Hari ni saya dengan penuh dedikasinya telah menyapu sekitar Dataran Insan. Habis menyapu, bakar pulak hasil sapuan.

Nasib baik, sekarang musim cuti sekolah. Fasi datang awal untuk sessi bergotong-royong. Asri, Fendie dan Toyak sapu Tapak Survivor. Pastu Fendie dan Toyak bakar sampah. Asri sapu Anjung Kelana. Susun semua kerusi.

Anak saya , Iwan kemas pejabat dan basuh bilik air pejabat. Hari ni tak sekolah sebab dah habis exam.

Geger basuh semua tandas-tandas.

CEO Tangki Jaya, Encik Hisyamudin kupas bawang :) Minggu ni dia dipaksa bekerja didapur. Staff tak cukup. Kemang terpaksa pergi Khemah Ibadah sebab dia tergolong dalam pelajar-pelajar tak bermoral anjuran sekolah dia.

Boss tak kerja, bergayut sahaja

Habis tugas masing-masing, saya masak untuk makan tengahari. Yang lain, mengepam boya untuk aktiviti berakit.

Hari ni Maahad Muar akan masuk. Esok pula, High School, Kluang. Dua-dua grup ada aktiviti Lambaian Amazing Race. Instructions untuk aktiviti ini semua dalam Bahasa Inggeris. Wah, seronok :) Aku wat ayat-ayat tahap tinggi tuh. Sure ah, bebudak tu sesat mesat gilernyer

++++++++++

Tahniah !

Image hosted by TinyPic.com


Kucai dapat 4.0 untuk keputusan examnya semester ni. Dean's List tuh, Kucai ! Dan KLD terpaksalah memberi hadiah untuk Kucai. Leh bengkrap camni.

Walaupun bagaimanapun, dear fasi ... korang takyahlah belajar sampai dapat 4 flat tuh. Dapat 3 point lebih dah lah. Cam budak ni , budak ni dan juga budak ni..

Kalau kita dapat 4 flat tuh, kan. Kita akan dituduh nerd lah, gi sekolah baca buku jer kerja lah, takde awek la dan berbagai lagi tuduhan yang tak best.
Jadinya, belajar setakat dapat 3.5 ke 3.9 jerlah. selamat aku takyah bagi hadiah Toksah rajin-rajin sangat. Nyesal bagi motovasi free kat korangs

Hehe

Gurau jer la ! Akak dan PakLet bangga dengan keputusan baik korangs semua. Tahniah ye Cai. Last semester, Pakdi dan Madas dapat 4 flat, kan ?

Nantilah hadiahnya ye Cai :) Sekarang ni tengah pokai tahap cipan lah !

+++++++++++

Okay, Maahad dah nak sampai dah tuh ! Nak pergi test bubur kacang Geger buat :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...