We have budak-budak kenits kat Kem. Anak-anak dari SK Cina Chinchin.
Tak ramai, 30 orang sahaja. Tahun Satu hingga Tahun Enam. Datang dengan cikgu-cikgi semua sekali. Kiranya, satu sekolah bercamping di KLD.
Pagi-pagi lagi dah sampai. Mereka datang berjalan kaki ke Kem. Dekat jer sekolah mereka. Tak sampai pun 1 km. Melepasi ladang getah, menyeberang parit, naik bukit, turun bukit .. dah nampak tasik. Pastu jalan sikit lagi dah sampai Kem. Sekolah dalam hutan, Kem pun dalam hutan jugak :) First time rombongan Cikkiah berjalan kaki yang datang ke Kem. Sukanya kitaorang tengok !
Comelnya budak-budak tu. Ramai budak Tahun Satu :) Ada Amoi kecik nih, alahai sangat-sangat comel. Muka bulat, rambut panjang, putih melepak .. ish geram ! Rasa nak cium-cium ! hehe.
Kem Komandan untuk Grup ni ialah Abang Fendie.
Fasi untuk grup nih : Toyak, Iha, Asri dan Pakdi. Jumaat dan Sabtu, bekerja untuk SK Cina. SK Cina keluar, pagi Sabtu. Kolej Komuniti pulak masuk, sambung bekerja untuk KK pula.
Fendie, Pakdi, pG, Arif. Sedang tunggu Bob dan Kucai panggang ayam dan ikan. Photo credit : UngkuNor
Aktiviti-aktiviti mereka yang senang-senang sahaja.
Buat obstacles-run tapi obstacles yang mudah-mudah. Yang susah macam tangga, balancing, money rack, wall climbing tak buat. Buat lake-crossing, tapi fasi-fasi kena
Buat treasure hunt dan water confidence. Sukanya budak-budak bila dapat main air !
Walaupun mereka kecil, tetapi percayalah, mereka tak tahu penat ! Hyperactive budak-budak ni. Tak reti penat. Berlari kesana sini jer kerjanya. Kesian Fendie, dok kejar-mengejar :)
Malam pergi Night Walk. Asri, Pakdi dan Iha bagi penerangan. Iha ajarkan mereka bagaimana nak bezakan mana bintang, mana satellite. Sudahnya semua dilangit nak ditanya :)
Tidur malam bertemankan Abang Toyak, Abang Fendie dan Abang Asri. Mereka bertiga, tidur luar khemah anak-anak ni. Manalah tahu, kot ada yang nak buang air ker, tidur berjalan ke.
Sabtu
Mula dengan morning exercise. Pastu Fendie bawak mereka pergi 'Nature Walk'. Breakfast. Kemas bag-bag dan barang-barang. Majlis Penutup dan 'bye-bye'.
Sedang sibuk-sibuk menutup Majlis untuk SK Cina, Kolej Komuniti BB sampai.
Kolej Komuniti buat Program Pembangunan Diri. Kira banyak ceramah punya program. Encik Nordin, Insan HRD yang bagi ceramah.
Pelajar-pelajar KK biasalah, attitude problem. Bila suruh buat itu ini, semuanya diam membisu. Nak suruh volunteer jadik Penghulu/Penghuluwati pun tiada yang nak. Tapi bila ramai-ramai bercakap, ramai pulak yang 'loyer'. Semua pandai cakap, cakap kuat dan sungguh pandai berloyer buruk.
Harap-harap selepas dengar semua ceramah-ceramah tu, berubahlah. Jangan jadi tin kosong lagi, ye dik !
+++++++++
Kemang bersekolah semula. Masuk Tingkatan 6. Kerja weekend sahajalah selepas nih.
+++++++++
Jom Masak-Masak !!! updated. Ada banyak resepi baru :) Ditujukan khas buat fasi-fasi perempuan yang sedang bercuti dengan ucapan : Selamat Belajar Memasak :)
Bamz yang dirindui :)
(saham orang perempuan pandai memasak lebih tinggi dari yang tidak reti memasak. tak caya tanya fendie atau ruddy)
2 comments:
Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. »
best regards, nice info mature 24 http://www.play-scrabble-online.info/Free_casino_bonus_to_play_blackjack.html Wrinkles facelift http://www.finasteride-and-mesotherapy.info/Neck-mesotherapy-before-after-photos.html Lotteries social responsibility program Howard county driveway paving Accutane + buy prescription drugs online
Post a Comment