Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Saturday, May 14, 2005

Ben



Bolehkah cuaca mempengaruhi mood seseorang ? Cuaca diluar tingkap saya, mendung. Langit gelap. Tetapi tidak hujan, tidak juga berangin. Air tasik tenang, hanya sesekali berkocak bila ada ikan melompat menangkap ulat-ulat di permukaan.

Tapi itulah, langit gelap dan mendung tanpa hujan.

Ishh .. hati juga jadi mendung. Kenapa lah agaknya ? Tak de duit ? Emm, sentiasa tak berduit pun.

Inilah kots, sebabnya :

Ben
Michael Jackson

Ben, the two of us need look no more
We both found what we were looking for
With a friend to call my own
I'll never be alone
And you, my friend will see
You've got a friend in me
(You've got a friend in me)

Ben, you're always running here and there
(Here and there)
You feel you're not wanted anywhere (anywhere)
If you ever look behind
And don't like what you find
There's something you should know
You've got a place to go
(You've got a place to go)

I used to say "I" and "me"
Now it's "us", now it's "we"
(I used to say "I" and "me"
Now it's "us", now it's "we")

Ben, most people would turn you away
(Turn you away)
I don't listen to a word they say
(A word they say)
They don't see you as I do
I wish they would try to
I'm sure they'd think again
If they had a friend like Ben
(A friend)
Like Ben
(Like Ben)
Like Ben

Saya dengar lagu ni dekat YM saya.

Oh, this song remind me of Ben. My Ben.

Zaman belajar dulu, ada coursemate yang kami panggil Ben. Budak lelaki Melayu. Dia, Ketua Kelas. haha. Mana ada monitor-monitor ni bila anda di U, kan ? Tp kami, sekelas yang agak biol-biol semuanya, lantik monitor. Monitor seumur hidup pulak tu. Jadilah Mamat ni, dari part one hingga habis sekolah, monitor kami. And we want him to be our monitor sampai bila-bila. And he did.

What's so special about him ? Tak special apa pun. Tak hensem pun, tapi sweet. Suka senyum. Rambut afro. Kembang cam Alleycat tu.

And he's crazy dengan music. Tanyalah apa lagupun, semua dia tahu. Ben bagus main drum, main guitar.

Then, satu hari tu he gave me a cassette.

"Apa nih ?", awek brutal soal.
"Ko balik dengarlah", monitor kelas jawab

Bilik 505, Seroja Satu.

Saya mainkan cassette tuh. Hehe, Ben nyanyi dan main guitar untuk saya ! Lagu Ben, tapi dia tukar senikata. Ben tuh dia sebut Ogy dan lirik lain pun tukar-tukar gak la. Dia nyanyi dengan Didie. Pastu ada lagu Belaian Jiwa (versi grup Jay-jay tuh) and few other songs. Lupa dah lagu apa.

Lepas peristiwa lagu tu, kami agak rapat. Bukan bercinta. Saya masa tu sedang hangat bercinta dengan 'kawan baik saya'. Kami baik berdua jer. Banyak hal mengenai dirinya saya tahu. Kisah suka duka dia. Saya juga tahu dia, ter'involve' dengan ganja. Letih lah juga menasihat. Dia tetap juga jadi hamba pada benda tu. Kenapalah dia berubah jadi macam ni ?

Aduhai, zaman remaja yang penuh nostalgia !

Ben semakin berubah bila kami tahun akhir. Akibat dari perubahan diri, keputusan periksa dia, semakin lama, semakin teruk.

Bila majoriti dari kami grad, dia tertinggal. Dia extend lagi satu semester. Tapi dia habis juga akhirnya. Pastu rasanya dia pencen 'mengambil' benda alah tu.

Fast forward to zaman bekerja.

Saya bekerja di Melaka. Dia bekerja di TDC (nama lama untuk Tou*rism Malaysia).

Saya kahwin dan ada anak.

Dia kahwin dan ada anak juga. We keep in touch. Sebagai monitor kelas, dia ambil tahu tentang kami semua. Sapa kahwin, sapa beranak, sapa masih tak laku-laku :)

Satu hari tu, kawan saya telefon kat Abang. Saya ada semasa Abang terima panggilan tu. Berita di terima, "Kamal Az*han meninggal, accident kat Exit Tol Air Keroh"

Kami tak percaya. Sebabnya baru sahaja sebulan sebelum tu kami terima panggilan dari seorang sahabat sekelas. "Rahman Kud, meninggal". Saya dah menangis meraung-raung dah. You see, saya setiap tahun semasa sekolah tuh, sambut harijadi dengan Mamat ni. Dan saya sayangkan dia, kawan saya ni.

Tengah melalak-lalak, member tuh telefon balik. Eh, Rahman Kud tak jadi mati. Dia hidup balik. See, kan saya dah cakap tadi. Kami sekelas biol-biol belaka. Mati pun leh jadi, leh tidak. Dan Rahman Kud sehat sejahtera sampai hari ni. Bini pun dah ada 2.

Ben tak apa-apa kots ?

Menelefon sana-sani. Confirmed, we have lost our monitor.

Tiada lagi Ben. Sedihnya, Ben meninggal dekat dengan kami. Kami di Mini Malaysia waktu tu. Berkejar ke Plaza Tol. Semuanya tiada lagi. Kereta dan Ben telah dibawa pergi.

Sehingga sekarang saya tidak boleh pandang pada exit kedua tu. Lama mereka biarkan cat mengelupas dan retak batu tu begitu. Sedihnya bila memikir itulah tembok yang Ben langgar. Di situlah tempat Ben menghembuskan nafas terakhirnya.

Ben pergi meninggalkan seorang anak lelaki. Pergi mengikut Allahyarham Nik Zaharah, classmate kami yang meninggal setahun lebih awal.

Di luar sana, hujan mula turun.

Langit tetap gelap.

Hujan semakin lebat, selebat hujan di dalam ni. **Hajat hati tadi nak tulis sedikit pasal filem Ben ni. Pasal persahabatan seorang budak dengan seekor tikus. Nantilah**

Al-Fatihah buat sahabat-sahabat saya. Ben dan Nicky.

3 comments:

Oksigen said...

Ben juga mempunyai nostalgia kepada saya.

BEN5*** - nombor kereta perdana SEI yg cukup byk kenangan. Ehem..ehem..

Kehilangan memang satu keperitan, lebih2 lagi jika kita hanya merasa kewujudan dia setelah kita kehilangan dia.

Dan saya harap saya tidak akan kehilangan kawan2 dan KLD yang sungguh damai ini. :)

AyAres said...

Alfatihah..

yang ada..pasti kembali.. yg ada pasti pergi jua..

Anonymous said...

Keep up the good work » » »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...