Iyelah tuh, seminggu lepas tu, dia telefon PakLet. Beritahu nak datang hari Isnin, lepas kenduri kahwin Pak Bear. Huh, 2 tahun yang sekejap !
Ni gambar GeJuis yang datang :
Saya seronok dapat berjumpa semula :
Basrie (bawak Mak dan Giyong),
Nida
Salina,
Maria (bawak pakwe dia - Zainal yang hensem. Orang Pontian Kecil - tempat fav kami),
Mar Cempakasari,
SuperDiman (teman ambil gambar ku yang tersayang !),
ND (kaki dah okay, tapi masih berparut ihsan KLD),
Ayares (jutaan terima kasih dari geng KLD sebab bagi kami gambar lawa dan CD gambar tuh),
Nesloice,
BeanSeng (lekat dah nama nih),
Munirah (masih lom berblog)
Langsatz (letih baru pulang dari Cuti-cuti Pantai Timur)
De5lin
Saya juga berkenalan 'secara real life' dengan
TipahVogue (Tipah ni, sangat cantik orangnya)
Hangbuah ( hehe, nick, dengan tulisan tak macam orangnya !)
Ninanaufal (bawak suami dan anak - Ain, Najwa dan Naufal. Kena bawak lagi dia orang Nina, tak confidence dalam air lagi tuh !)
Apai
SayangMama (Izam, kan ?)
Hana
Zurie dan Zurain (ada blog tak ?)
Siapa lagi yang saya miss ? Terimakasih juga anda, kerana sudi ke KLD.
Tak sah, kalau datang tak berdugong-duging.
++++++++++++
Hari Ahad.
Petang Ahad tu, tiba-tiba angin bertiup kuat. Ribut. Langit gelap. Hujan lebat. Saya kat rumah sebab melayan demam.
Abang telefon. Beritahu TokR, Tin dan anak-anak dalam perjalanan ke Kem. Saya terus drive ke Kem.
Sampai disambut Sabrina. Dia bagitau, "Auntie G, kepala kita kena benda. Sakit". Saya ambil dia, riba dia. Kesian, kepala dia ada bekas luka. Lawa pulak dia petang tu. Dua-dua beradik comel berbaju kurung. Selalunya mereka berseluar mandi sahaja bila datang Kem :) Sarah baju biru, Bina baju biru. Cantik macam anak dara.
Tin dan TokR, cerita macam mana rumah PakBear 'diserang' ribut. Tak hidangkan apapun. Ada bubur serabai jer yang ditapau oleh Mak Cica. TokR, dan Tin balik malam tu juga sebab Sarah nak study untuk periksa. Selamat Mendapat Keputusan Yang Baik, ye Sarah !
KLD pun dipukul ribut juga. 4 batang pokok besar-besar rebah dan patah di tepi tasik. Sebatang tuh patah dan hampir mengenai Chalet Bayu. Nasib tak apa-apa. Sebab tu sebagai langkah keselamatan, tiada pokok-pokok besar di tapak-tapak perkhemahan. Itupun bila hujan sahaja, kami kumpulkan dalam dewan-dewan.
Sebelum tu, kawan-kawan Cica nak sewa chalet-chalet. Sekali yang datang, bawa anak-anak kecil. Memikirkan keselamatan, tidak jadi sewa chalet-chalet. Budak kecik ramai, tidak terjaga nanti. Tahu-tahulah budak bila jumpa air. Alangkan mak-bapak budak jumpa air pun tak ingat diri.
Nasib baik tiada sesiapa di Kem sewaktu kejadian ribut.
1 comment:
What a great site Gun dealer insurance Cheap discount suites sofas Bed reed treatment water round glass coffee table and matching sofa table Bingo guide online Michael youre dancing like a beautiful dance whore Laurence levine treating psychological erectile dysfunction Cheapest online tramadol
Post a Comment