Pls click my sponsor

Sebutharga Kem Lambaian Danau

Sila Penuhkan Borang Untuk Mendapatkan Sebutharga Dari Kami. KLIK Sini Untuk Ke Borang!

Wednesday, May 25, 2005

Budak Kenits dan Kolej Komuniti BB, Kemang bersekolah semula.

Jumaat

We have budak-budak kenits kat Kem. Anak-anak dari SK Cina Chinchin.

Tak ramai, 30 orang sahaja. Tahun Satu hingga Tahun Enam. Datang dengan cikgu-cikgi semua sekali. Kiranya, satu sekolah bercamping di KLD.

Pagi-pagi lagi dah sampai. Mereka datang berjalan kaki ke Kem. Dekat jer sekolah mereka. Tak sampai pun 1 km. Melepasi ladang getah, menyeberang parit, naik bukit, turun bukit .. dah nampak tasik. Pastu jalan sikit lagi dah sampai Kem. Sekolah dalam hutan, Kem pun dalam hutan jugak :) First time rombongan Cikkiah berjalan kaki yang datang ke Kem. Sukanya kitaorang tengok !

Comelnya budak-budak tu. Ramai budak Tahun Satu :) Ada Amoi kecik nih, alahai sangat-sangat comel. Muka bulat, rambut panjang, putih melepak .. ish geram ! Rasa nak cium-cium ! hehe. Rambut dia kan, berikat dua, pakai reben biru, pakai track biru, kasut pun comey sangat .. kasut buaya Iha panggil ... Ooppss .. lelebih lak report.

Kem Komandan untuk Grup ni ialah Abang Fendie. hahahaha Sungguh sesuai Fendie menjadi Kem Kom. Bukan kenits tuh sahaja yang comel, Fendie pun sangat comel. He'll be a good father, someday :)

Fasi untuk grup nih : Toyak, Iha, Asri dan Pakdi. Jumaat dan Sabtu, bekerja untuk SK Cina. SK Cina keluar, pagi Sabtu. Kolej Komuniti pulak masuk, sambung bekerja untuk KK pula.

Image hosted by TinyPic.com
Fendie, Pakdi, pG, Arif. Sedang tunggu Bob dan Kucai panggang ayam dan ikan. Photo credit : UngkuNor

Aktiviti-aktiviti mereka yang senang-senang sahaja.

Buat obstacles-run tapi obstacles yang mudah-mudah. Yang susah macam tangga, balancing, money rack, wall climbing tak buat. Buat lake-crossing, tapi fasi-fasi kena dukong pegang yang kecil-kecil. Yang besar sikit, jalan sendiri. Dan lari serentak semua sekali.

Buat treasure hunt dan water confidence. Sukanya budak-budak bila dapat main air !

Walaupun mereka kecil, tetapi percayalah, mereka tak tahu penat ! Hyperactive budak-budak ni. Tak reti penat. Berlari kesana sini jer kerjanya. Kesian Fendie, dok kejar-mengejar :)

Malam pergi Night Walk. Asri, Pakdi dan Iha bagi penerangan. Iha ajarkan mereka bagaimana nak bezakan mana bintang, mana satellite. Sudahnya semua dilangit nak ditanya :)

Tidur malam bertemankan Abang Toyak, Abang Fendie dan Abang Asri. Mereka bertiga, tidur luar khemah anak-anak ni. Manalah tahu, kot ada yang nak buang air ker, tidur berjalan ke.

Sabtu

Mula dengan morning exercise. Pastu Fendie bawak mereka pergi 'Nature Walk'. Breakfast. Kemas bag-bag dan barang-barang. Majlis Penutup dan 'bye-bye'.

Sedang sibuk-sibuk menutup Majlis untuk SK Cina, Kolej Komuniti BB sampai.

Kolej Komuniti buat Program Pembangunan Diri. Kira banyak ceramah punya program. Encik Nordin, Insan HRD yang bagi ceramah.

Pelajar-pelajar KK biasalah, attitude problem. Bila suruh buat itu ini, semuanya diam membisu. Nak suruh volunteer jadik Penghulu/Penghuluwati pun tiada yang nak. Tapi bila ramai-ramai bercakap, ramai pulak yang 'loyer'. Semua pandai cakap, cakap kuat dan sungguh pandai berloyer buruk.

Harap-harap selepas dengar semua ceramah-ceramah tu, berubahlah. Jangan jadi tin kosong lagi, ye dik !

+++++++++

Kemang bersekolah semula. Masuk Tingkatan 6. Kerja weekend sahajalah selepas nih.

+++++++++

Jom Masak-Masak !!! updated. Ada banyak resepi baru :) Ditujukan khas buat fasi-fasi perempuan yang sedang bercuti dengan ucapan : Selamat Belajar Memasak :)

Image hosted by TinyPic.com Bamz yang dirindui :)

(saham orang perempuan pandai memasak lebih tinggi dari yang tidak reti memasak. tak caya tanya fendie atau ruddy)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...